DEWAN NEGARA : KANDUNGAN KOMUNIKASI 2016

Indeks Artikel

 
MESYUARAT PERTAMA

No

Tajuk 

Daripada / Soalan

Tarikh 

1 Media Sosial

Datuk S. Vigneswaran a/l M. Sanasee minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan pengolahan isu laporan media yang tidak seimbang dan tidak beretika yang kian meningkat di mana laporan tepat yang telus dan tanpa prejudis mencapai sasaran pembaca dan pemerhati berita hanya selepas fakta yang difabrikasi disebarkan melalui laman sosial.

-
 2  Ketagihan Internet

Puan Hajah Azizah binti Harun minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan apakah ada usaha untuk mengekang penyakit ketagihan internet di kalangan pengguna.

-
3 Aktiviti Perjudian Atas Talian

Datuk Zali bin Mat Yasin minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan adakah Kementerian melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mempunyai kaedah dan tindakan khusus bagi mencegah atau mengambil tindakan penguatkuasaan secara efektif dalam memerangi aktiviti perjudian atas talian. 

20/04/2016
 4  Akaun Media Sosial

Datuk Seri Boon Som a/l Inong minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan :

(a) jumlah akses kepada internet di negara ini dalam tempoh lima tahun lalu serta bilangan rakyat Malaysia yang memiliki akaun media sosial seperti Facebook, WhatsApp, Telegram, dan Instagram; dan

(b) jumlah pemilik akaun media sosial yang didapati bersalah menyalahgunakan media sosial mereka untuk pelbagai tujuan.

20/04/2016
5 Industri Animasi dan Kreatif

Datuk Norliza Binti Abdul Rahim minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan:

(a) prospek industri animasi dan kreatif tempatan akhir-akhir ini yang mampu menghasilkan skrip penceritaan yang mantap dan kualiti animasi yang setanding dengan filem animasi luar negara; dan

(b) apakah perancangan Kerajaan dalam menjadikan filem-filem bercorak animasi sebagai satu produk yang boleh diketengahkan serta menjana punca pendapatan negara.

21/04/2016

 

Cetak Emel