• Laman Utama
  • Info Korporat
  • BAHAGIAN/UNIT
  • SEKTOR KOMUNIKASI STRATEGIK DAN INDUSTRI KREATIF
  • Bahagian Pembangunan Kandungan

Bahagian Pembangunan Kandungan

Carta Organisasi

BPK
Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas

Profil Bahagian

kamarudin

PUAN NORHADZNITA HJ. MOHAMMAD ILHAM
Setiausaha Bahagian
iconphone 03-8911 5963| iconemail2 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Latar Belakang

Bahagian Pembangunan Kandungan telah bertanggungjawab dengan fungsi-fungsi baru yang dilihat mampu memberikan impak dalam menetukan hala tuju pembangunan kandungan komunikasi dan digital secara kreatif dan inovatif.

Visi , Misi & Objektif

VISI

  • Menjadi peneraju utama pembangunan kandungan komunikasi dan digital dalam merealisasikan gagasan 1Malaysia.

MISI

  • Mewujudkan satu persekitaran dasar yang strategik, responsif dan inovatif dalam menggalakkan pembangunan kandungan yang dinamik dan berdaya saing.

OBJEKTIF

  • Untuk merancang, menyelaras, melaksana dan memantau pembangunan industri kandungan kreatif, penyiaran dan rangkaian serta perkhidmatan pos.

Fungsi & Peranan

Cawangan Kandungan Industri Kreatif

Unit Pembangunan Kandungan Kreatif

  • Memantau, menyelia dan menyemak status prestasi pelaksanaan Dasar Industri Kreatif di bawah program NKEA-CCI.
  • Menyediakan dasar-dasar baru berkaitan Industri Kreatif Majlis Perundingan Industri Kreatif Negara;
  • Penglibatan dalam TWG RMK-11 Industri Kreatif
  • Membantu dan menyelaras Pusat Pitching/OSC
  • Membangunkan Database Repository bagi penilaian projek industri kreatif
  • Mempertingkatkan daya saing kandungan industri kreatif tempatan di peringkat global;
  • Penglibatan dalam Jawatankuasa melibatkan MDeC & SKMM
    • Jawatankuasa Pemandu Creative Industry Lifelong Learning Programme (CILLP)
    • Jawatankuasa Penilai ICONDAP (Developer Assistance Programme )
    • Jawatankuasa Penilai Bumiputera Content Incentives (BCI2)
    • Jawatankuasa Penilai MSC Malaysia Animation and Creative Content Center (MAC3)
    • Network Media Content Research Committee Meeting (SKMM)

Unit Dasar Industri Kreatif

  • Memantau dan menyelia pelaksanaan pelan tindakan dasar industri kreatif dengan mengurus setia jawatankuasa-jawatankuasa berikut:
    • Jawatankuasa Tindakan Pelaksanaan DKIN;
    • Jawatankuasa Kandungan Kreatif Filem dan TV (Bank Skrip);
    • Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan DKIN;
    • Jawatankuasa Penilai Geran Pemadanan MTV;
    • Jawatankuasa Penilai Geran Sokongan Lawatan Artis ke Luar Negara;
    • Jawatankuasa Dasar Industri Muzik;
    • Jawatankuasa Album Etnik Kotemporari
  • KL Converge

Program yang merangkumi persidangan/pameran/pasaran yang menyentuh aspek komunikasi dan industri kreatif. Objektif penganjurannya adalah seperti berikut:

    • Menjadi pasaran ulung untuk industri komunikasi dan industri ICT di rantau Asia Tenggara mahupun di Asia;
    • Meningkatkan integrasi/perkongsian sumber dan pengalaman di antara usahawan industri komunikasi dan industri ICT serta menjadi platform untuk perdagangan dan menjalin kerjasama ekonomi di peringkat serantau dan antarabangsa;
    • Mempromosi hasil dan produk industri kreatif tempatan serta memberi kesedaran kepada masyarakat tentang industri kreatif negara; dan
    • Memberi pengiktirafan terhadap usahawan dan penggiat industri komunikasi dan industri ICT dalam membangunkan ekonomi Malaysia.

Cawangan Kandungan Penyiaran dan Rangkaian

  • Menyelaras, melaksanakan dan memantau dasar kandungan penyiaran dan rangkaian;
  • Menyelaras, melaksana dan memantau dasar bagi program pembangunan kandungan penyiaran dan rangkaian;
  • Menyelaras, melaksana dan memantau pematuhan stesen TV dan radio swasta mematuhi peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.
  • Menyelaras dan memantau isu-isu penyalahgunaan kandungan laman sesawang terutamanya yang menyentuh sensiitiviti rakyat Malaysia

Cawangan Kandungan Industri Pos

  • Mewujudkan sebuah instrumen perundangan dan kawal selia pos yang lebih komprehensif bagi memastikan kepentingan rakyat dan negara terus dipelihara;
  • Membangunkan sebuah Strategi Pos Kebangsaan yang merancang agenda pembangunan yang agresif dan teratur bagi memenuhi keperluan pengguna yang sentiasa berubah, penanda dan suasana operasi yang dipacu oleh revolusi maklumat, globalisasi dan suasana ekonomi yang sentiasa berubah;
  • Memastikan akses perkhidmatan pos di kawasan luar bandar terus dipelihara;
  • Merasionalisasikan tarif perkhidmatan pos domestik dan antarabangsa mengikut kesesuaian dari masa ke semasa;
  • Mengekalkan Keahlian Malaysia dalam organisasi pos serantau dan antarabangsa iaitu (Asian Pacific Postal Union) APPU dan Universal Postal Union (UPU) bagi menyuarakan pandangan Negara dan penglibatan dalam mengetengahkan isu-isu polisi negara di peringkat antarabangsa; dan
  • Penubuhan satu jawatankuasa tetap melalui usaha sama KKD, SKMM dan PMB bagi menyelaras, berbincang dan mengambil tindakan bagi perkara dan isu yang berkaitan dengan perkhidmatan pos dan kurier

Strategi Pos Kebangsaan (SPK)

Strategi Pos Kebangsaan merupakan satu rancangan pembangunan sektor pos dan kurier di Malaysia yang diwujudkan untuk memenuhi keperluan komersil dan sosial Negara bagi kandungan industri pos Negara. SPK adalah berdasarkan kepada lima teras:

  • Perkhidmatan Pos Sejagat yang mampan
  • Meningkatkan kualiti perkhidmatan
  • Meningkatkan Produktiviti
  • Menggalakkan Pertumbuhan Industri
  • Merangsang Pembangunan Peringkat Antarabangsa

Piagam Pelanggan

A. Pengguna

  • Memastikan pengguna mendapat perkhidmatan yang cekap melalui penyediaan infrastruktur yang bersepadu dan bermutu tinggi oleh industri komunikasi.
  • Memastikan perkhidmatan komunikasi disediakan secara sama rata, selamat, boleh dipercayai, berterusan dan pada harga mampu bayar .
  • Memastikan aduan diberi maklum balas awal 3 hari selepas diterima dan maklum balas terperinci 1 bulan dari tarikh diterima.

B. Industri

  • Memastikan wujudnya persekitaran yang kondusif bagi pembangunan industri komunikasi.
  • Menggalakkan penggunaan teknologi terkini untuk pembangunan industri komunikasi menerusi penyelidikan dan pembangunan yang berterusan.
  • Memastikan wujudnya sistem kawal selia berintegriti berdasarkan polisi, peraturan dan garis panduan sedia ada.
  • Memastikan permohonan lesen dan pindaan syarat-syarat lesen diberi maklum balas awal 7 hari selepas tarikh terima dan keputusan permohonan dalam tempoh 30 hari daripada tarikh permohonan lengkap diterima.

C. Badan Kawal Selia

  • Memastikan suatu sistem kawal selia yang telus, adil dan progresif bagi menggalakkan pembangunan industri komunikasi.
  • Memastikan wujudnya sistem sokongan pengurusan yang berterusan bagi pelaksanaan sistem kawal selia yang berkesan.
  • Memastikan perkhidmatan komunikasi dilaksanakan mengikut standard kualiti yang ditetapkan.
  • Memastikan maklum balas terhadap cadangan dan syor yang dikemukakan oleh SKMM kepada YB Menteri diberi dalam tempoh 2 minggu selepas tarikh diterima.

D.Stakeholders  

  • Memastikan kehendak dan keperluan stakeholders diuruskan mengikut standard dan masa yang ditetapkan.
  • Memastikan tindakan diambil terhadap arahan YBM dan Keputusan Jemaah Menteri dalam tempoh 7 hari.

Cetak Emel