• Laman Utama
  • Info Korporat
  • BAHAGIAN/UNIT
  • SEKTOR PENGURUSAN
  • Bahagian Akaun

Bahagian Akaun

Carta Organisasi

BHGN AKAUN
 Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas

Profil Bahagian

210602 sub BAkaun

ENCIK ROSDI ABU
Setiausaha Bahagian
iconphone  03-89115771 | iconemail2 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Latar Belakang

Kementerian Komunikasi dan Digital yang dahulunya dikenali sebagai Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah diberi status Jabatan Mengakaun Sendiri (JMS) selaras dengan keputusan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada tahun 2002 yang berlandaskan kepada peruntukan tahunan kementerian melebihi RM1 billion dan berasaskan kepada beban kerja bayaran serta pungutan hasil yang tinggi. Oleh yang demikian, Cawangan Akaun telah ditubuhkan sebagai Pejabat Perakaunan dan mula beroperasi pada 1 Ogos 2003 dan diletakkan di bawah Bahagian Kewangan. Ia bertanggungjawab secara langsung kepada Setiausaha Bahagian Kewangan. Pada 1 Mac 2007 Cawangan Akaun telah beroperasi secara berasingan dengan nama baru sebagai Bahagian Akaun dan diketuai oleh Setiausaha Bahagian Akaun. Penubuhan bahagian ini bertujuan untuk meningkatkan kecekapan dari aspek pengurusan kewangan, bayaran dan pungutan hasil kementerian secara keseluruhan. Bahagian Akaun kini mempunyai bilangan perjawatan seramai 54 orang. Ia mempunyai lima (5) cawangan utama iaitu Cawangan Perakaunan Pengurusan dan Pentadbiran, Cawangan Perundingan, Cawangan Perakaunan Aset dan Inventori, Cawangan Bayaran dan Gaji, Cawangan Pelaporan dan Akaun, dan Cawangan Pemantauan. Perincian Seksyen bagi Cawangan-Cawangan berkaitan adalah seperti berikut:

 

Cawangan Perakaunan Pengurusan dan Pentadbiran:

  • Seksyen Perakaunan Pengurusan
  • Seksyen Pentadbiran

 

Cawangan Bayaran dan Gaji:

  • Seksyen Bayaran
  • Seksyen Gaji
  • Seksyen Teknikal

 

Cawangan Pelaporan dan Akaun:

  • Seksyen Pelaporan
  • Seksyen Akaun

 

Cawangan Pemantauan:

  • Seksyen Naziran PTJ
  • Seksyen Naziran Terimaan dan KKWT

 

Cawangan Perundingan

Cawangan Perakaunan Aset dan Inventori

Visi , Misi & Objektif

VISI

 Menjadi agensi pengurusan perakaunan dan kewangan dengan penuh akauntabiliti.

MISI

Memastikan semua urusan bayaran, pungutan dan penyediaan laporan dibuat dalam tempoh yang telah ditetapkan supaya dapat memuaskan hati pelanggan.

OBJEKTIF

Memberi khidmat sokongan dalam urusan bayaran dan pungutan supaya program aktiviti kementerian dapat mencapai objektifnya.

Fungsi & Peranan

  • Menguruskan latihan dan kursus berkaitan kewangan dan perakaunan kepada semua pegawai perakaunan dan bukan perakaunan di bawah kementerian.
  • Merancang, melaksana dan memberi khidmat nasihat berkaitan sistem perakaunan dan kewangan yang dilaksanakan di kementerian.
  • Menjalankan pemantauan terhadap pematuhan peraturan kewangan yang berkuat kuasa melalui pelaksanaan naziran di semua Pusat Tanggungjawab di bawah kementerian.
  • Menjalankan pengauditan dan pengesahan Kira - Kira Wang Tunai (KKWT) bulanan bagi Pejabat Pemungut di bawah kementerian.
  • Melaksanakan lawatan audit akaun terimaan ke atas Pejabat Pemungut yang ditetapkan.
  • Memproses dan menguruskan bayaran secara cek dan Electronic Fund Transfer (EFT)
  • Memproses bayaran emolumen warga kementerian dan menguruskan potongan gaji kepada agensi yang berkenaan melalui sistem gaji berkomputer mengikut jadual yang telah ditetapkan.
  • Mengakaunkan semua bayaran dan terimaan bagi kementerian dan jabatan di bawah kawalan.
  • Menguruskan dana bagi memenuhi keperluan bayaran.
  • Mengurus dan mengendalikan urusan pendahuluan diri, pendahuluan pelbagai dan pembiayaan pinjaman komputer bagi kementerian
  • Membuat penutupan akaun dan menyediakan laporan perakaunan bulanan dan tahunan.
  • Memberi bantuan teknikal untuk sistem perakaunan yang dilaksanakan di kementerian dan jabatan.

Piagam Pelanggan

  • Memproses pembayaran dalam tempoh empat (4) hari daripada tarikh dokumen lengkap diterima daripada Pusat Tanggungjawab (PTJ).
  • Memastikan pembayaran gaji dibuat pada tarikh yang ditetapkan dan tidak lewat daripada 25 haribulan.
  • Menyemak dan mengesahkan Kira-Kira Wang Tunai (KKWT) bulanan bagi setiap Pejabat Pemungut sebelum 25 hb bulan berikutnya.
  • Melaksanakan naziran sistem eSPKB bagi setiap Pusat Tanggungjawab (PTJ) dan mengeluarkan laporan naziran dalam tempoh 14 hari bekerja selepas naziran dijalankan.
  • Memproses permohonan pendahuluan diri, pendahuluan pelbagai dan pembiayaan pinjaman komputer dalam tempoh dua (2) hari bekerja daripada tarikh dokumen lengkap diterima.
  • Memberikan khidmat nasihat mengenai pelaksanaan Sistem Perakaunan dan Kewangan Kerajaan kepada Jabatan dan Agensi di bawah kementerian dalam tempoh dua (2) hari bekerja daripada tarikh pertanyaan diterima.
  • Menyediakan Kertas Kerja Sokongan dengan tepat dan lengkap bagi tujuan penyediaan Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan dan dikemukakan kepada Jabatan Akauntan Negara Malaysia mengikut tarikh yang ditetapkan

Cetak Emel