• Laman Utama
  • Info Korporat
  • BAHAGIAN/UNIT
  • SEKTOR KOMUNIKASI STRATEGIK DAN INDUSTRI KREATIF
  • Unit Pusat Permohonan Penggambaran Filem Dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL)

Unit Puspal

Carta Organisasi

UNIT PUSPAL
Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas

Profil Unit

230829 mahathir puspal

ENCIK AHMAD MAHATHIR MOHD HILMI
Ketua Unit Puspal
iconphone  03-89115355 | iconemail2 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Latar Belakang

Berdasakan keputusan Kabinet pada tahun 2001, sebuah agensi pusat ditubuhkan bagi menyelaras dan menimbangkan semua permohonan bagi penggambaran filem dan persembahan artis luar negara (ALN). Proses permohonan penggambaran filem dan persembahan ALN hendaklah melalui satu proses setempat yang diurusetiakan oleh Kementerian yang kini dikenali sebagai Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD). Sebuah jawatankuasa iaitu Jawatankuasa PUSPAL (JK-PUSPAL) ditubuhkan yang diwakili oleh beberapa Agensi Kerajaan yang bertanggungjawab dalam mempertimbangkan permohonan penggambaran filem dan persembahan ALN. Manakala, Unit Keurusetiaan JK-PUSPAL bertanggungjawab menyelaras dan memproses semua permohonan yang berkaitan.

Visi , Misi & Objektif

VISI

  • Memproses permohonan penggambaran filem dan persembahan artis luar negara dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen yang lengkap

MISI

  • Mengurus permohonan penggambaran filem dan persembahan artis luar negara secara responsif, cekap dan berkesan

OBJEKTIF

  • Memastikan urusan kemasukan artis dan kru luar negara bagi tujuan penggambaran filem dan persembahan dilaksanakan dengan cekap dan teratur
  • Memastikan tiada penggambaran filem dan persembahan artis luar negara yang tidak mematuhi undang-undang
  • Menyelaras, menggalak, memelihara dan mempermudahkan proses permohonan demi kemajuan industri perfileman dan persembahan artis luar negara di dalam negara

Fungsi & Peranan

  • Menerima dan memproses permohonan penggambaran filem dan persembahan ALN.
  • Mengutip bayaran cukai pegangan bagi pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri dan bayaran pas lawatan ikhtisas (PLIK) bagi pihak Jabatan Imigresen Malaysia serta menyalurkan kepada Agensi tersebut.
  • Mengurus mesyuarat berkala (mingguan) JK-PUSPAL.
  • Memaklumkan keputusan kepada pemohon.
  • Menyelaras dan memantau bersama Agensi Kerajaan yang berkaitan dengan aktiviti penggambaran filem ada persembahan ALN bagi memastikan penggambaran filem dan persembahan ALN adalah mengikut peraturan yang ditetapkan.
  • Menerima dan menyalurkan maklumat kes pelanggaran peraturan PUSPAL kepada Agensi Kerajaan yang berkaitan untuk tindakan menurut bidang kuasa masing-masing.
  • Memberi khidmat nasihat yang berkaitan dengan penggambaran filem dan persembahan ALN.

Piagam Pelanggan

  • Memberi perkhidmatan yang cekap, mesra, adil dan saksama
  • Memproses permohonan penggambaran filem dan persembahan artis luar negara dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen yang lengkap
  • Membantu menguruskan aduan dan menyalurkan maklumat pelanggaran syarat PUSPAL/undang-undang kepada Agensi Kerajaan berkaitan mengikut bidang kuasa masing-masing
  • Membantu memberikan khidmat nasihat berkaitan permohonan penggambaran filem dan persembahan artis luar negara
  • Membantu menyelaras aktiviti promosi PUSPAL mengikut perancangan yang telah ditetapkan

Cetak Emel