• Laman Utama
  • Info Korporat
  • BAHAGIAN/UNIT
  • PEJABAT KETUA SETIAUSAHA
  • Unit Integriti

Unit Integriti

Carta Organisasi

UNIT INTEGRITI
Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas

Profil Unit

fauzi

ENCIK MOHAMED FAUZI MOHAMED SALLEH
Ketua Unit Integriti
iconphone  03-89115162 | iconemail2 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Latar Belakang

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013 iaitu Penubuhan Unit Integriti Di Semua Agensi Awam bertujuan memaklumkan mengenai keputusan Kerajaan untuk menubuhkan Unit Integriti sebagai focal point kepada pengurusan isu-isu berkaitan integriti di semua agensi awam.

Kerajaan telah bersetuju mewujudkan Unit Integriti di semua agensi awam bertujuan untuk memastikan penjawat awam mengamalkan budaya kerja unggul dengan ciri-ciri moral dan etika yang kukuh serta meningkatkan semangat patriotisme. Inisiatif ini akan dapat membendung salahlaku jenayah serta perlanggaran tatakelakuan dan etika organisasi di kalangan penjawat awam.

Unit Integriti KKMM telah ditubuhkan secara rasmi melalui Waran Perjawatan Bil. K 186 Tahun 2014 bertarikh 17 November 2014 yang berkuatkuasa pada 1 Januari 2015.

Visi , Misi & Objektif


VISI

  • Mewujudkan organisasi dan warga KKD yang cemerlang berteraskan integriti.


MISI

  • Memperkukuh Integriti warga KKD melalui pematuhan kepada peraturan dan undang-undang berkuatkuasa, pembudayaan nilai-nilai murni dan pengamalan budaya kerja unggul.


OBJEKTIF

  • Untuk menyepadukan semua pengurusan hal-hal yang berkaitan dengan integriti di bawah sebuah Unit yang khusus supaya inisiatif-inisiatif penginstitusian integriti, pencegahan, pematuhan, pengesanan salah laku dan tindakan punitif dapat dilaksanakan dengan secara yang lebih fokus, terancang, efisien dan mencapai keberhasilan yang optimum.

Fungsi & Peranan

 

1. PENGURUSAN ADUAN

  • Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan / maklumat mengenai salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika.

2. PENGESANAN DAN PENGESAHAN

  • Mengesan dan mengesahkan aduan salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil.
  • Melaporkan salahlaku jenayah kepada agensi penguatkuasa yang bertanggungjawab

3. TATATERTIB

  • Melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib.

4. PENGUKUHAN INTEGRITI

  • Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi.

5. PEMATUHAN

  • Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa.
6. TADBIR URUS
  • Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan.

Piagam Pelanggan

  • Mengambil tindakan terhadap aduan integriti yang diterima :
    • Mengemukakan akuan penerimaan kepada pengadu dalam tempoh satu    (1) hari bekerja selepas aduan diterima.
    • Mengemukakan aduan untuk tindakan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas aduan diterima.
  • Penyelesaian kes tatatertib biasa dalam tempoh 4 bulan dari tarikh wujud kes prima facie.

 

Cetak Emel