• Laman Utama
  • Info Korporat
  • BAHAGIAN/UNIT
  • PEJABAT KETUA SETIAUSAHA
  • Unit Audit Dalam

Unit Audit Dalam

Carta Organisasi

UNIT AUDIT DLM
Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas

Profil Unit

icon

PUAN MARIATY MOHD ALI
Ketua Unit Audit Dalam 
iconphone 03-89115417 | iconemail2  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Latar Belakang


Unit Audit Dalam (UAD) Kementerian Komunikasi dan Digital telah ditubuhkan pada 15 Mei 2013 adalah selaras dengan kehendak Pekeliling Perbendaharaan Malaysia 1PP-PS3.1. UAD merupakan sebahagian komponen dalaman Kementerian yang menjalankan pengauditan secara profesional dan proaktif serta melaporkan hasil pengauditan kepada Ketua Setiausaha (KSU) bagi menambah nilai dan meningkatkan tadbir urus Kementerian.

Visi , Misi & Objektif


VISI

Menjadi penyumbang ke arah kecemerlangan pengurusan kewangan dan akauntabiliti di Kementerian Komunikasi dan Digital.


MISI

Melaksanakan pengauditan secara profesional dan bebas serta mengemukakan laporan pengauditan yang objektif kepada Ketua Setiausaha Kementerian.


OBJEKTIF

UAD bertanggungjawab membantu pihak pengurusan Kementerian mencapai matlamatnya melalui pendekatan yang sistematik dan berdisiplin untuk menilai dan menentukan keberkesanan semua proses kawalan dan tadbir urus dengan:

  1. Memastikan pengurusan kewangan diurus mengikut undang-undang, peraturan dan prosedur yang ditetapkan;
  2. Memastikan program/aktiviti/projek diurus secara cekap, berhemat dan berkesan; dan
  3. Memberi kepastian dan khidmat perundingan secara objektif ke arah meningkatkan prestasi pengurusan kewangan dan akauntabiliti KKD.

Fungsi & Peranan

  1. Mengkaji kebolehpercayaan dan keberkesanan sistem kewangan serta kawalan dalaman Kementerian dan Jabatan;
  2. Mengkaji tahap pematuhan kepada segala dasar, undang-undang, peraturan dan arahan yang berkuat kuasa;
  3. Mengkaji pengurusan aktiviti Kementerian supaya diuruskan secara berhemat, cekap dan berkesan;
  4. Mengkaji pengurusan aset dan kepentingan Kementerian dilindungi daripada kehilangan, penipuan dan penyelewengan;
  5. Memberi nasihat dan pandangan mengenai kawalan dalaman terhadap semua sistem termasuk sistem ICT;
  6. Melaporkan kepada Ketua Setiausaha KKMM hasil pengauditan dan memastikan Auditi mengambil tindakan susulan terhadap perkara yang dibangkitkan;
  7. Menyediakan Rancangan Audit Tahunan dan Laporan Tahunan Audit Dalam;
  8. Membentangkan Pemerhatian Audit/Laporan Audit Dalam di Mesyuarat Jawatankuasa Audit; dan
  9. Urus setia kepada Mesyuarat Jawatankuasa Audit Kementerian.

Piagam Pelanggan

  1. Melaksanakan pengauditan secara profesional dan berkualiti;
  2. Mengeluarkan laporan atau pemerhatian pengauditan pengurusan kewangan dalam tempoh 35 hari bekerja selepas pengauditan selesai dilaksanakan;
  3. Mengemukakan Rancangan Audit Tahunan kepada Bahagian Kawalan Strategik dan Korporat Perbendaharaan Malaysia sebelum 31 Januari setiap tahun semasa; dan
  4. Mengemukakan Laporan Tahunan kepada Bahagian Kawalan Kewangan Strategik dan Korporat Perbendaharaan Malaysia sebelum 31 Mac setiap tahun berikutnya.

Cetak Emel