Seranta Awam Atas Talian

Seranta Awam Atas Talian adalah inisiatif Kerajaan dalam memberikan ruang dan galakan kepada orang awam mengutarakan pandangan dan maklum balas bagi semua draf cadangan baru atau pindaan undang-undang (termasuk undang-undang kecil, dasar, peraturan, dan lain-lain), tidak kira sama ada cadangan baru atau pindaan tersebut perlu dibentangkan di Parlimen ataupun tidak.

Sehubungan itu, laman web ini disediakan untuk perundingan awam dan akan memaparkan draf cadangan baru atau pindaan undang-undang / dasar di bawah seliaan Kementerian ini. Draf tersebut akan dipaparkan pada laman web ini dalam tempoh 14 hari waktu bekerja.

Untuk maklumat lanjut mengenai pelaksanaan Seranta Awam Atas Talian, sila rujuk Surat Pekeliling Am Bilangan 2 Tahun 2012.(PDF, 210KB)

 

KONSULTASI YANG TELAH SELESAI BAGI TAHUN 2022 :

TAJUK KENYATAAN
TARIKH PENYERTAAN
Kajian Kesedaran Rakyat Terhadap Dasar-Dasar Baharu Kerajaan Siri 1/2022 : Tahap Kesedaran Rakyat Terhadap Hebahan Amaran Awal Bencana Ke Portal K-KOMM Dan Media Sosial Rasmi K-KOMM

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) sedang menjalankan Kajian Kesedaran Terhadap Dasar-Dasar Baharu Kerajaan mengenai hebahan Amaran Awal Bencana. 

Tujuan pelaksanaan kajian ini adalah untuk menilai keberkesanan penyampaian maklumat kerajaan berkaitan Amaran Awal Bencana melalui pelbagai medium komunikasi di bawah agensi kerajaan khususnya di bawah K-KOMM.

Dengan hormatnya, tuan/puan dijemput meluangkan masa bagi menjawab soal selidik ini. Segala maklumat yang diberikan adalah untuk kegunaan kajian tersebut dan akan dirahsiakan. Sebarang kemusykilan, tuan/puan boleh menghubungi Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik K-KOMM melalui e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..


Sila layari https://www.surveymonkey.com/r/KPIsiri1_2022 untuk maklumat lanjut.

 Bermula 27 April 2022



KONSULTASI YANG TELAH SELESAI BAGI TAHUN 2020 :

TAJUK KENYATAAN
TARIKH PENYERTAAN
ideas4kkmm

Kementerian Komunikasi dan Multimedia menjemput semua warganegara Malaysia yang menetap di dalam atau luar negara yang berumur antara 18 hingga 30 tahun untuk mengemukakan idea dan cadangan mengenai Pelan Strategik KKMM untuk tahun 2019-2023.

Kami di KKMM ingin mendengar pendapat anda. Idea dan cadangan terbaik akan memenangi hadiah dan jemputan untuk menyertai Menteri dalam Perbincangan Meja Bulat bagi membincangkan Pelan Masa Hadapan untuk KKMM.

Sila layari https://www.kkmm.gov.my/awam/ideas4kkmm untuk maklumat lanjut.

 10 Jun hingga 10 Julai 2020
logo.covid-19 Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) menganjurkan pertandingan mencipta Logo dan Tagline yang akan menjadi identiti simbolik Logo dan Tagline Kempen Kesedaran COVID-19 yang akan digunapakai dalam semua aktiviti promosi, pameran dan pencetakkan kempen ini. 

Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang berumur 15 tahun ke atas kecuali keluarga dan ahli jawatankuasa penjurian pertandingan.

Sila layari https://www.kkmm.gov.my/awam/logo-covid19 untuk maklumat lanjut.

1 hingga 10 Julai 2020

Cetak Emel