• Laman Utama
  • Info Korporat
  • BAHAGIAN/UNIT
  • PEJABAT KETUA SETIAUSAHA
  • Tribunal Rayuan Komunikasi Dan Multimedia

Tribunal Rayuan Komunikasi Dan Multimedia

Carta Organisasi Pejabat Tribunal Rayuan Komunikasi dan Multimedia

Pej Tribunal

Latar Belakang Pejabat Tribunal Rayuan Komunikasi dan Multimedia

Tribunal Rayuan Komunikasi dan Multimedia (TRKM) adalah merupakan badan bebas bersidang secara ad hoc apabila diperlukan bagi menyemak sebarang rayuan berkaitan dengan keputusan atau arahan Suruhanjaya Komunikasi selaku badan kawal selia berhubung komunikasi dan multimedia di Malaysia selaras dengan Seksyen 17 dan 18 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Manakala, Tribunal Rayuan Perlindungan Data Peribadi (TRPDP) adalah merupakan badan bebas bagi maksud mengkaji semula mana-mana perkara rayuan sepertimana yang dinyatakan di bawah Seksyen 90 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709). Perkara-perkara rayuan tersebut adalah merujuk kepada keputusan Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi, Jabatan Perlindungan Data Peribadi.

Kedua-dua Tribunal Rayuan Komunikasi dan Multimedia (TRKM) dan Tribunal Perlindungan Data Peribadi (TRPDP) ini digabungkan urusan pentadbirannya dan ditadbir oleh seorang Setiausaha  Gred L48, Timbalan Setiausaha Gred L44 serta pegawai dan pekhidmat dan ditempatkan di Kementerian Komunikasi dan Digital.

Pejabat Tribunal Rayuan Komunikasi dan Multimedia & Perlindungan Data Peribadi (TRKMPDP) bertanggungjawab untuk mentadbir, mengurus dan membantu Tribunal Rayuan Komunikasi dan Multimedia (TRKM) dan Tribunal Rayuan Perlindungan Data Peribadi (TRPDP) dalam menjalankan fungsi sebagai Tribunal Rayuan selaras dengan Seksyen 26A Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan seksyen 86 Akta Perlindungan Data Peribadi (Akta 709).

Profil Unit

210602 sub BAkaun

PUAN NURUL 'HUDA AKMAL MOHAMED
Setiausaha Tribunal Rayuan
iconphone  03-89115202 | iconemail2 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Visi , Misi & Objektif


VISI

  • Menjadi platform penyelasaian pertikaian yang berkesan dan berintegriti bedasarkan peruntukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709).

MISI

  • Menjadi suatu badan yang memperuntukkan sistem rayuan yang adil, telus dan cepat kepada mana-mana pihak yang terkilan dengan keputusan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan juga Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi.


OBJEKTIF

  • Memberi keadilan kepada setiap pihak yang terlibat dalam rayuan yang mana dapat dilihat melalui keanggotaan tribunal yang terdiri daripada personaliti yang berpengalaman dan berpengetahuan tinggi dalam bidang undang-undang, industri komunikasi dan multimedia, kejuruteraan, ekonomi, data peribadi dan pentadbiran awam.

  • Meningkatkan kecekapan sistem pentadbiran rayuan supaya lebih mesra pelanggan.

Fungsi & Peranan

  1. Mendaftar, mendengar dan memutuskan rayuan yang difailkan.
  2. Membantu pihak-pihak berunding penyelesaian rayuan dengan persetujuan bersama.
  3. Bertindak sebagai badan bebas kehakiman.

Piagam Pelanggan

  1. Memproses pemfailan rayuan dan mengendalikan pengurusan pendengaran rayuan dengan profesional dan cekap;

  2. Mendengar dan memutuskan rayuan dengan adil dan saksama dalam tempoh masa yang munasabah mengikut undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa; dan

  3. Memberi perkhidmatan terbaik kepada para pelanggan dengan kerjasama yang baik daripada para pelanggan.

Tribunal Rayuan Komunikasi dan Multimedia (TRKM)

Selaras dengan subseksyen 17(2) Akta 588, Menteri mempunyai kuasa melantik seorang Pengerusi Tribunal Rayuan yang pada masa ini adalah seorang Hakim Mahkamah Tinggi untuk menjadi Pengerusi Tribunal Rayuan dan juga melantik dua atau lebih anggota Tribunal Rayuan untuk mengkaji semula perkara di bawah lesen, Akta 588 atau perundangan subsidiarinya.


Pengerusi dan Anggota-Anggota TRKM

Pengerusi – Yang Arif Dato’ Ahmad Fairuz bin Zainol Abidin ( Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur)
Anggota 1 – Tan Sri Dato Seri Sulaiman Bin Mahbob
Anggota 2 – Dato Dr Mohd Ali Bin Mohamad Nor
Anggota 3 – Dato’ Wan Mazlan Bin Wan Mahmood
Anggota 4 - Prof Emeritus Dr Zakariah Bin Abdul Rashid
Anggota 5 – Prof. Ir. Dr Kaharuddin Bin Dimyati
Anggota 6 – Prof Ir. Dr. Ahmad Fadzil Bin Ismail
Anggota 7 – Puan Rodziah Binti Muhammad

Akta dan Perundangan Subsidiari

Pamplet Informasi

230327 pampletInformasi1

230327 pampletinformasi2

Cetak Emel