• Laman Utama
  • Info Korporat
  • BAHAGIAN/UNIT
  • SEKTOR PENGURUSAN
  • Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Carta Organisasi

BPSM
Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas

Profil Bahagian

icon

PUAN NOR KAMISAH CHE DAUD
Setiausaha Bahagian
iconphone  03-89115838 | iconemail2 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Latar Belakang

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia diketuai oleh Setiausaha Bahagian, Pegawai Tadbir dan Diplomatik, Gred Utama C. Bahagian ini bertanggungjawab terhadap perkara-perkara berkaitan struktur organisasi dan perjawatan, urusan-urusan perkhidmatan, latihan kakitangan dan peperiksaan serta urusan-urusan berkaitan prestasi dan kemajuan kerjaya pegawai. Cawangan dan unit utama adalah:


Cawangan Pembangunan Organisasi (CPO)
Cawangan Pengurusan Perkhidmatan (CPP)
Cawangan Pembangunan Kerjaya (CPK)
Cawangan Modal Insan (CMI)
Unit Pengurusan Psikologi (UPPs)
Unit Pengurusan Data HRMIS (UPHr)

Visi , Misi & Objektif

VISI

  • Untuk menjadi organisasi terbaik dalam pembangunan sumber manusia yang berkualiti, berkemahiran dan kompeten serta berintegriti bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab untuk mencapai objektif organisasi.
  • Untuk memastikan perancangan, pengurusan dan pembangunan sumber manusia dapat dilaksanakan dengan berkesan bagi menentukan organisasi mempunyai sumber manusia yang berkualiti, berkemahiran dan kompeten serta berintegriti bagi mencapai objektif bahagian.
  • Untuk menghasilkan anggota yang berkualiti, berkemahiran dan kompeten serta berintegriti melalui perancangan, pengurusan dan pembangunan sumber manusia secara cekap dan berkesan bagi mencapai objektif organisasi.

MISI

  • Untuk memastikan perancangan, pengurusan dan pembangunan sumber manusia dapat dilaksanakan dengan berkesan bagi menentukan organisasi mempunyai sumber manusia yang berkualiti, berkemahiran dan kompeten serta berintegriti bagi mencapai objektif bahagia

OBJEKTIF

  • Untuk menghasilkan anggota yang berkualiti, berkemahiran dan kompeten serta berintegriti melalui perancangan, pengurusan dan pembangunan sumber manusia secara cekap dan berkesan bagi mencapai objektif organisasi.

Fungsi & Peranan

Cawangan Pembangunan Organisasi (CPO) 

  • Merancang, menyelaras dan melaksana urusan permohonan pewujudan, pemansuhan, penggredan semula jawatan dan penyusunan semula struktur organisasi di Kementerian dan jabatan/Agensi di bawahnya;
  • Merancang, mengkaji dan melaksana keperluan perjawatan dan pengisian jawatan di Kementerian dan Jabatan/Agensi di bawahnya. Aktiviti termasuk penyediaan Laporan Suku Tahunan perjawatan, pengisian dan kekosongan;
  • Merancang dan menyelaras pelaksanaan naziran perjawatan dan senarai tugas di Ibu Pejabat Kementerian dan Jabatan/Agensi di bawahnya;
  • Merancang, menyelaras dan melaksana urusan penyediaan, pemeriksaan dan pengemaskinian Buku Anggaran Perbelanjaan dan Senarai Perjawatan Tahunan Kementerian;
  • Merancang, menyelaras dan melaksana semakan dan penambahbaikan skim-skim perkhidmatan di Kementerian dan Jabatan/Agensi di bawahnya; dan
  • Urusetia bagi Jawatankuasa Penyelarasan Sumber Manusia Kementerian dan Jabatan/Agensi

Cawangan Pengurusan Perkhidmatan (CPP)

  • Merancang dan menyelaras urusan pengambilan, pelantikan dan peletakan jawatan mengikut prosedur di dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan , Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 dan pekeliling-pekeliling berkaitan bagi kakitangan di bawah bidang kuasa Ketua Setiausaha Kementerian;
  • Menyelaras urusan Pengesahan   Lantikan, Pengesahan Dalam Perkhidmatan dan kemasukan ke dalam perjawatan berpencen mengikut prosedur di dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan , Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 dan pekeliling-pekeliling berkaitan bagi pegawai Kementerian dan Jabatan di bawahnya;
  • Memproses urusan saraan dan kemudahan mengikut peraturan sedia ada seperti yang terdapat dalam Perintah-Perintah Am Bab B 1974/Pekeliling-pekeliling berkaitan bagi tujuan perakuan dan kelulusan Pegawai Pengawal atau Ketua Jabatan bagi anggota-anggota KKMM; dan
  • Melaksanakan urusan pengisian, penempatan dan pertukaran bagi jawatan gunasama, sebahagian bukan gunasama dan kader.
  • Menyelaras dan menguruskan urusan pasca perkhidmatan pegawai-pegawai di Kementerian;
  • Mengemaskini maklumat pegawai Kementerian di dalam Buku Perkhidmatan dan juga HRMIS;
  • Menyelaras Penyata Perubahan Kewangan (Kew. 8) pegawai Kementerian;
  • Merancang dan menyelaras urusan kenaikan pangkat dan rayuan kenaikan pangkat bagi anggota Kementerian dan Jabatan di bawahnya;
  • Merancang urusan penanggungan kerja bagi anggota Kementerian; dan
  • Menyelaras urusan penanggungan kerja bagi jawatan JUSA/Ketua Pengarah Jabatan-jabatan di bawah Kementerian.

 Unit Kontrak

  • Menyelaras urusan permohonan pelantikan dan penamatan lantikan pegawai secara Contract of Service, Contract for Service, peminjaman/pertukaran sementara serta Pegawai Khidmat Singkat/Pegawai Sambilan bagi Kementerian dan Jabatan di bawahnya.

Cawangan Pembangunan Kerjaya (CPK)

  • Merancang dan menguruskan proses dasar urusan succession planning (Pelan Penggantian)
  • Merangka dan menyediakan Garis Panduan urusan kemajuan kerjaya pegawai bagi memenuhi aspek Pelan Penggantian;
  • Melaksanakan kajian keperluan penambahbaikan urusan Pelan Penggantian dan prestasi;
  • Mengurus dan memantau urusan penyediaan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT);
  • Merancang dan menguruskan proses Dasar Prospek peringkat Kementerian, Jabatan dan Agensi
  • Melaksanakan kajian keperluan penambahbaikan urusan prospek;
  • Melaksanakan prospek bagi kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana; dan
  • Mengurus Mesyuarat Panel Pembangunan Sumber Manusia bagi Pergerakan Gaji, Anjakan Gaji dan Pemilihan Penerima Bagi APC;
  • Menguruskan peperiksaan perkhidmatan dan peningkatan secara lantikan (PSL) dan peperiksaan memasuki skim perkhidmatan.
  • Menjadi urusetia Mesyuarat Panel Subjek Jabatan.
  • Melaksanakan Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ).
  • Menguruskan Pencalonan Pingat & Darjah Kebesaran Persekutuan & Negeri.

Cawangan Modal Insan (CMI)

  • Menyelaras dan menguruskan program latihan (kursus, bengkel, seminar, ceramah dan taklimat) anjuran Kementerian;
  • Menguruskan tawaran kursus, bengkel, seminar, ceramah dan taklimat anjuran Jabatan dan Agensi Kerajaan serta Sektor Swasta di dalam dan luar negara;
  • Menjadi urusetia Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pembangunan Tenaga Manusia; dan
  • Menyediakan Pelan Perancangan Strategik Pembangunan Modal Insan.

Unit Pengurusan Psikologi (UPPs)

    Bidang Psikologi

  • Membantu melaksanakan Program Pembangunan Modal Insan berdasarkan   pendekatan psikologi merangkumi aspek pembangunan, pencegahan, pemulihan dan intervensi;
  • Membantu membina modul Program Pembangunan Modal Insan;
  • Membantu melaksanakan aktiviti pemantauan, penyelidikan dan kajian pembangunan modal insan;
  • Membantu memberi khidmat nasihat rundingan berkaitan perkhidmatan psikologi;
  • Membantu membangun, mentadbir dan menyediakan laporan ujian psikologi;
  • Membantu memberi input psikologi untuk tujuan pembangunan, pencegahan dan pemulihan;
  • Membantu mengurus pegawai berprestasi rendah dan bermasalah; dan
  • Membantu memberi khidmat nasihat dan menjadi pusat sumber rujukan dan maklumat psikologi Kementerian.
  • Melaksanakan aktiviti kaunseling yang merangkumi aspek pertumbuhan dan perkembangan, intervensi, pencegahan dan pemulihan;

    Bidang Kaunseling

  • Menjalankan khidmat kaunseling secara individu dan kelompok, kaunseling keluarga, kaunseling perkahwinan, tele-kaunseling, e-kaunseling, khidmat perundingan dan intervensi krisis;
  • Menyediakan laporan berkaitan aktiviti perkhidmatan kaunseling;
  • Menyediakan laporan pemantauan dan siasatan bagi tujuan rekod, pelaporan dan penambahbaikan kualiti kaunseling sedia ada;
  • Menyediakan cadangan keperluan alat-alat ujian dan inventori psikologi yang sesuai.

Unit Pengurusan Data  HRMIS (UPHr)

  • Menyelaras dan memantau pelaksanaan HRMIS peringkat agensi, khususnya aktiviti-aktiviti pra-pelaksanaan, semasa pelaksanaan dan selepas pelaksanaan sesuatu modul/submodul HRMIS;
  • Memastikan semua data asas HRMIS disahkan dan sentiasa dikemaskini;
  • Sebagai point of reference kepada pengguna agensi dalam pelaksanaan HRMIS;
  • Bertindak sebagai Meja Bantuan HRMIS iaitu menyelesaikan masalah pengguna di agensi berkaitan pengoperasian aplikasi HRMIS;
  • Menguruskan latihan aplikasi HRMIS kepada pengguna dan membangunkan kepakaran untuk menggunakan aplikasi HRMIS di agensi;
  • Urus setia kepada Pasukan Teras, Pasukan Jaguh dan Jawatankuasa Pelaksanaan di agensi;
  • Menyelaraskan penyediaan infrastruktur yang diperlukan seperti kemudahan tapak/bilik, pendawaian, punca kuasa dan rangkaian bagi pelaksanaan HRMIS;
  • Pusat rujukan data agensi; dan
  • Menyediakan laporan status pelaksanaan HRMIS di peringkat agensi dari semasa ke semasa.

Piagam Pelanggan

Kami berjanji akan :

  • Mengkaji dan mengemukakan cadangan penyusunan semula struktur organisasi dalam tempoh 60 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima;
  • Melaksanakan urusan pengambilan semua jawatan di bawah perwakilan kuasa pihak melantik dalam tempoh 40 hari bekerja;
  • Memastikan urusan pengesahan dalam perkhidmatan dan urusan pemberian taraf berpencen dikemukan kepada pihak berkuasa melantik dalam tempoh tiga (3) hingga (7) hari bekerja selepas menerima dokumen yang lengkap;
  • Memastikan urusan persaraan wajib dilaksanakan dalam tempoh dua (2) tahun sebelum tarikh bersara, persaraan pilihan sendiri dalam tempoh enam (6) bulan sebelum tarikh bersara dan kes pencen terbitan dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh kematian dan menerima dokumen yang lengkap;
  • Melaksanakan urusan penempatan dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh pegawai lapor diri;
  • Melaksanakan kaunseling atau ujian psikologi dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tempoh permohonan; dan
  • Memberi maklum balas kepada aduan berkaitan HRMIS dalam tempoh 24 jam waktu bekerja.

Cetak Emel