Jawatankuasa Kelulusan Projek ICT Kementerian Komunikasi

Jawatankuasa Teknikal ICT (JTICT) Kementerian

Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk memproses, menilai dan mengesyorkan perakuan teknikal projek ICT (bahagian/unit) dan semua jabatan/agensi dibawahnya kepada Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) Kementerian. Jawatankuasa ini akan dipengerusikan oleh Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) merangkap Chief Digital Officer (CDO) Kementerian.

Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) Kementerian

Jawatankuasa ini berperanan untuk menyelaras dan memantau permohonan perolehan, pembangunan dan pelaksanaan projek ICT Kementerian dan Jabatan/Agensi dibawahnya. Selain itu, jawatankuasa ini juga bertanggungjawab menilai dan meluluskan semua perolehan ICT Kementerian dan Jabatan/Agensi dibawahnya. Jawatankuasa ini akan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian.

Projek-projek ICT milik syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan/ Government- Linked Investment Companies (GLIC) dan Syarikat Berkaitan Kerajaan/ Government- Linked Companies (GLC) merupakan Badan Tidak Berkanun tidak perlu diangkat untuk kelulusan JPICT Kementerian.

Jadual Perancangan JTICT dan JPICT Kementerian 2023

jadual

  • Tarikh mesyuarat adalah tertakluk kepada perubahan dan jumlah permohonan diterima.

Format

Rujukan

Maklumat Perhubungan

Cawangan Operasi
Bahagian Pengurusan Maklumat
Kementerian Komunikasi,
Aras 19, Lot 4G9, Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62100 Putrajaya.

Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Cetak Emel