• Laman Utama
  • Info Korporat
  • BAHAGIAN/UNIT
  • SEKTOR KOMUNIKASI STRATEGIK DAN INDUSTRI KREATIF
  • Bahagian Komunikasi Strategik Dan Korporat

Bahagian Komunikasi Strategik dan Korporat

Carta Organisasi

230613 bksk

Profil Bahagian

SUB_BKSK_copy

PUAN RUBAAYAH OSMAN
Setiausaha Bahagian
iconphone 03-89115333 | iconemail2 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Latar Belakang

Bahagian Komunikasi Strategik dan Korporat (BKSK) sebelum ini dikenali sebagai Bahagian Komunikasi Strategik (BKS). Bahagian ini terdiri daripada enam (6) cawangan iaitu:

  1. Cawangan Pengurusan Maklumat Strategik
  2. Cawangan Hubungan Strategik
  3. Cawangan Komunikasi Korporat
  4. Cawangan Hubungan Media
  5. Cawangan Kandungan Kreatif
  6. Cawangan Komunikasi Digital

Visi , Misi & Objektif

VISI

  • Menjadi pusat unggul pengurusan maklumat yang membekalkan maklumat strategik kepada kerajaan.

MISI

  • Menyediakan maklumat-maklumat penting yang telah dianalisis dalam bentuk laporan-laporan khas kepada Kerajaan secara berjadual.

OBJEKTIF

  • Mengurus maklumat strategik mengenai analisis trend media dan persepsi rakyat berkaitan isu-isu semasa dikemukakan secara tepat dan konsisten.
  • Merancang cadangan pelan interversi untuk dikemukakan kepada stakeholder bagi membantu menangani isu-isu semasa secara proaktif dan berkesan.
  • Merancang, menyelaras dan melaksanakan pengurusan komunukasi dalam bencana/krisis/pilihanraya secara cekap, bersepadu dan berkesan.
  • Mewujudkan dan mempertigkatkan rangkaian jalinan hubungan dan kerjasama dengan pihak / organisasi berpengaruh.
  • Menjadi perunding komunikasi dalam pengurusan acara-acara rasmi peringkat Negara dan juga program-program peringkat antarabangsa.

Fungsi & Peranan

  • Urus Setia bagi Jawatankuasa Stratcomm Kabinet;
  • Memantau dan menganalisis isu-isu semasa yang dikesan melalui pelbagai sumber (lapangan, media elektronik, media cetak dan media siber;
  • Merancang dan menyelaras Pelan Intervensi Komunikasi bagi menangani isu-isu semasa;
  • Menyelaras pelaporan isu dan pusat media semasa pilihan raya;
  • Merancang, mengurus dan menyelaras program-program promosi dan publisiti bagi acara / majlis / program rasmi Negara yang melibatkan YDPA dan lawatan pembesar Negara asing;
  • Merancang, mengurus dan menyelaras program promosi dan publisiti bagi acara / program peringkat antarabangsa;
  • Merancang dan melaksanakan program-program jalinan hubungan dan kerjasama dengan agensi media / NGO / Pemimpin Pelajar dan pihak-pihak berpengaruh yang dikenalpasti;
  • Mengurus dan melaksanakan kajian-kajian isu semasa melalui Call Centre; dan
  • Mengurus hal ehwal pentadbiran, perkhidmatan dan kewangan.

Piagam Pelanggan

BKSK akan memastikan semua tugasan yang diamanahkan dapat dilaksanakan berteraskan kualiti, ketepatan fakta dan jangka masa yang telah ditetapkan.

  • Menyediakan Kertas Jemaah Menteri mengenai Isu Semasa, Pelaporan Media Tempatan dan Pelaporan Positif dan Negatif Media Asing pada 1 hari bulan dan 15 hari bulan setiap bulan;
  • Menyiapkan Laporan Analisis Isu Mingguan pada setiap hari Selasa selasa untuk pembentangan dalam Mesyuarat Pengurusan dan Mesyuarat Post Kabinet.
  • Menyiapkan laporan aktiviti pemantauan dan penyediaan Laporan Harian mengenai isu-isu daripada pelbagai media setiap hari tidak lewat dari jam 3.00 petang.
  • Menyediakan pointers isu-isu semasa dalam masa seminggu

Cetak Emel