Piagam Pelanggan

  1. Menyampaikan maklumat terkini dan dasar Kerajaan kepada masyarakat dengan sahih, tepat, cepat, jelas dan berkesan menerusi media elektronik, cetak dan komunikasi bersemuka;
  2. Menyediakan prasarana dan perkhidmatan komunikasi jalur lebar, Internet dan selular yang bermutu bagi memenuhi kehendak pelanggan;
  3. Memproses permohonan penggambaran filem dan persembahan artis luar negara dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen yang lengkap;
  4. Memberi respons kepada aduan pelanggan dengan cepat, tepat dan berbudi bahasa dalam tempoh masa berikut:
    • Akuan penerimaan dalam tempoh 1 hari bekerja; dan
    • Maklum balas awal dalam tempoh 3 hari bekerja; 
  5. Memastikan bil dan invois dibayar dalam masa 14 hari dari tarikh penerimaan dokumen yang lengkap.

Cetak Emel