• Laman Utama
  • Info Korporat
  • BAHAGIAN/UNIT
  • SEKTOR PENGURUSAN
  • Bahagian Pengurusan Maklumat

Bahagian Pengurusan Maklumat

Carta Organisasi

240214 BPM

Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas

Profil Bahagian

-

ENCIK MOHD HARRIS ABDUL RAHIM
Setiausaha Bahagian 
iconphone  03-8911 5002 | iconemail2 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Latar Belakang

Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) berperanan sebagai peneraju strategik dalam pelaksanaan program-program ICT Kementerian dan Jabatan/Agensinya. Cawangan-cawangan utama di BPM adalah:

  • Cawangan Keselamatan Siber
  • Cawangan Pembangunan Aplikasi
  • Cawangan Teknikal
  • Cawangan Operasi 
  • Cawangan Rangkaian 
  • Cawangan Portal
  • Unit Pentadbiran
Perkhidmatan utama BPM adalah seperti berikut: 
  • Keselamatan ICT dan Pengoperasian Pusat Data
  • Pembangunan & Penyelenggaraan Sistem Aplikasi
  • Sokongan Teknikal ICT
  • Sokongan Aplikasi EG
  • Perkhidmatan Rangkaian
  • Pengurusan Portal
  • Latihan/Bengkel/Kursus/Seminar ICT

Visi, Misi & Objektif

VISI

  • Digital Inklusif Pemacu Masyarakat Terhubung dan Berinformasi.

MISI

  • Perkhidmatan Kerajaan Digital yang menyeluruh dalam membina masyarakat terhubung dan berinformasi.
  • Memperkukuhkan prasarana ICT dalam mempelbagaikan saluran penyampaian perkhidmatan ke arah memperkasa ekonomi digital dan industri kreatif.
  • Memperkasakan modal insan dan tadbir urus ICT bagi merealisasikan perkhidmatan Kerajaan Digital Inklusif.

OBJEKTIF

Objektif Umum

  • Menjadi penggerak program IT dalam aktiviti-aktiviti Kementerian dan Jabatan/Agensinya.
Objektif Operasi
  • Melengkapkan Kementerian dan Agensinya dengan infrastruktur, peralatan, perisian dan sistem yang serasi dengan Kerajaan Elektronik.
  • Menggunakan IT dan automasi pejabat untuk meningkatkan kecekapan dalam pentadbiran, pengurusan dan pengawalan sumber-sumber maklumat negara supaya Kementerian menjadi pemberi maklumat utama Kerajaan.
  • Menjadikan IT sebagai mekanisma untuk mengumpul, menganalisa dan menyebarkan maklumat yang betul kepada rakyat bagi meningkatkan kefahaman dan penglibatan masyarakat dalam aktiviti-aktiviti Kerajaan.
  • Menjadikan Kementerian sebagai penggerak budaya IT di kalangan rakyat jelata dilaksana melalui berbagai aktivitinya.
  • Membentuk personel IT yang mahir dan berdaya saing disamping membentuk warga Kementerian yang celik dan mahir IT.

Fungsi & Peranan

Fungsi-fungsi Bahagian Pengurusan Maklumat adalah seperti berikut :-

  • Membangun, menyelaras dan memantau pelaksanaan Pelan Strategik ICT dan menilai impak program ICT di Kementerian dan Jabatan/Agensi;
  • Memastikan perancangan dan perlaksanaan program ICT Kementerian dan Jabatan/Agensi selaras dengan hala tuju pembangunan ICT sektor awam;
  • Memperkukuhkan polisi dan struktur organisasi ICT ke arah keberkesanan dan kecekapan perkhidmatan ICT;
  • Merancang, menyelaras dan melaksana perolehan ICT Kementerian dan Jabatan/Agensi;
  • Membangun, menyenggara dan memperkukuh sistem aplikasi bagi meningkatkan kecekapan tadbir urus di Kementerian;
  • Menyelaras, memantau dan melaksanakan aplikasi Kerajaan Elektronik serta menggalakkan inisiatif perkongsian pintar di Kementerian dan Jabatan/Agensi;
  • Membangun, menyenggara dan mengemaskini kandungan portal rasmi/ laman web Kementerian serta menyelaras pembangunan portal rasmi/laman web Jabatan/Agensi;
  • Membangun, menyenggara dan memperkukuh keupayaan LAN/WAN/Internet di Kementerian dan Jabatan/Agensi;
  • Memantau, memperkukuh dan mempertingkatkan keselamatan ICT bagi menjamin kesinambungan perkhidmatan di Kementerian dan Jabatan/Agensi;
  • Merancang, menyenggara dan menaiktaraf kemudahan ICT mengikut keperluan pengguna di Kementerian dan Jabatan/Agensi;
  • Menyediakan kemudahan sokongan teknikal dan bantuan khidmat nasihat berhubung perlaksanaan ICT di Kementerian dan Jabatan/Agensi;
  • Merancang dan melaksanakan kursus dan bengkel bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT warga Kementerian dan Jabatan/Agensi;

Piagam Pelanggan

  • Menyelesaikan masalah berkaitan dengan peralatan IT dalam tempoh 3 hari dari tarikh aduan.
  • Menyelesaikan masalah berkaitan dengan perisian komputer dalam tempoh 3 hari dari tarikh aduan.
  • Menyelesaikan masalah berkaitan dengan sistem aplikasi maklumat sedia ada dalam masa 3 hari dari tempoh aduan.
  • Menyelesaikan masalah berkaitan e-mel dan internet 2 hari dari tempoh aduan.
  • Membangunkan sistem aplikasi baru dalam tempoh 4 bulan dari tarikh permohonan.
  • Memastikan ketersediaan capaian Portal Rasmi Kementerian Komunikasi dan Digital adalah 97%.

Cetak Emel