• Laman Utama
  • Info Korporat
  • BAHAGIAN/UNIT
  • SEKTOR INFRASTRUKTUR TELEKOMUNIKASI DAN EKONOMI DIGITAL
  • Bahagian Infrastruktur Dan Aplikasi

Bahagian Infrastruktur Dan Aplikasi

Carta Organisasi

BHGN INFRA APLIKASI
Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas

Profil Bahagian

sub BIA arniyusnita

ENCIK MOHD NAZROL MARZUKE
Setiausaha Bahagian 
iconphone 03-89115769 | iconemail2 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Latar Belakang


Bahagian Infrastruktur dan Aplikasi bertanggungjawab dalam merancang, menyelaras, melaksana dan memantau pelaksanaan projek-projek infrastruktur komunikasi bagi memastikan akses yang sama rata dan lebih ekonomik bagi perkhidmatan komunikasi di seluruh negara.

Visi , Misi & Objektif


VISI

Menjadi peneraju utama pembangunan infrastruktur komunikasi dalam merealisasikan Aspirasi Nasional.


MISI

Mewujudkan satu persekitaran dasar yang strategik, responsif dan inovatif dalam menggalakkan industri komunikasi yang dinamik dan berdaya saing.


OBJEKTIF

Merancang, mengkoordinasi, melaksana dan memantau dasar dan projek-projek yang berkaitan bagi memastikan akses yang sama rata dan lebih ekonomi bagi perkhidmatan komunikasi di seluruh negara.

Fungsi & Peranan

  • Merancang, menggubal, melaksana, menyelaras dan memantau dasar dan hala tuju Projek Point of Presence (PoP) Fasa 1 dan Fasa 2
  • Menyediakan jawapan parlimen, ulasan kertas Jemaah Menteri yang berkaitan dengan Projek PoP dan jalur lebar serta ulasan projek telekomunikasi agensi lain.
  • Menyelia, mengurus dan mengelola Jawatankuasa Penilaian Spesifikasi, Kewangan dan Teknikal bagi membolehkan pemilihan yang tepat dapat dilaksanakan oleh Lembaga Perolehan Kementerian.
  • Merancang dari segi pendaftaran, penempatan, penyelenggaraan, pelupusan, operasi sistem pemantauan, promosi dan pelaporan berkaitan pembekalan tablet di bawah inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia (PRSIS) yang diagihkan kepada mahasiswa Institut Pengajian Tinggi (IPT) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
  • Merancang, menyelaras, memantau dan melaksanakan Pelan Tindakan Jalinan Digital Negara (JENDELA) bagi fasa pertama 2020 hingga 2021 dan diikuti fasa kedua JENDELA bermula 2021 hingga 2023;
  • Membangunkan program bagi merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar serta menjalankan kolaborasi dengan agensi kerajaan dan swasta, Pihak Berkuasa Tempatan serta NGO;
  • Menjalankan kajian berkaitan Infrastruktur Digital bagi membantu menambahbaik keberkesanan projek sedia ada;
  • Mewakili kementerian dalam Jawatankuasa Teknikal dan standard peringkat nasional dan antarabangsa; dan
  • Menyelaras MJM, NJM dan kertas dasar yang disediakan oleh SKMM sebelum diangkat ke Urusetia MJM peringkat kementerian.

Piagam Pelanggan


A. Pengguna

  • Penyediaan projek infrastruktur komunikasi dilaksanakan dengan berkesan dan berkualiti dan memenuhi keperluan pengguna; dan
  • Perkhidmatan komunikasi disediakan secara sama rata, selamat, boleh dipercayai, berterusan; dan


B. Industri

  • Memastikan wujudnya persekitaran yang kondusif bagi pembangunan industri komunikasi;
  • Menggalakkan penggunaan teknologi terkini untuk pembangunan industri komunikasi menerusi penyelidikan dan pembangunan yang berterusan;
  • Memastikan wujudnya sistem kawal selia berintegriti berdasarkan polisi, peraturan dan garis panduan sedia ada; dan

 
C. Badan Kawal Selia

  • Memastikan suatu sistem kawal selia yang telus, adil dan progresif bagi menggalakkan pembangunan industri komunikasi;
  • Memastikan wujudnya sistem sokongan pengurusan yang berterusan bagi pelaksanaan sistem kawal selia yang berkesan;
  • Memastikan perkhidmatan komunikasi dilaksanakan mengikut standard kualiti yang ditetapkan; dan
  • Memastikan maklum balas terhadap cadangan dan syor yang dikemukakan oleh SKMM kepada YB Menteri diberi dalam tempoh 2 minggu selepas tarikh diterima.

 
D. Stakeholders

  • Memastikan kehendak dan keperluan stakeholders diuruskan mengikut standard dan masa yang ditetapkan; dan
  • Memastikan tindakan diambil terhadap arahan YBM dan Keputusan Jemaah Menteri dalam tempoh 7 hari.

Cetak Emel