• Laman Utama
  • Info Korporat
  • BAHAGIAN/UNIT
  • PEJABAT KETUA SETIAUSAHA
  • Penasihat Undang-undang

Penasihat Undang-Undang

Carta Organisasi

280823puu


Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas

Profil Bahagian

Latar Belakang


Berikutan dengan penstrukturan semula Kabinet yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, pada 2 Disember 2022, Kementerian Komunikasi dan Multimedia telah dikenali sebagai Kementerian Komunikasi dan Digital. Pejabat Penasihat Undang-Undang diwujudkan di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital bagi melaksanakan tugas untuk menasihati Kementerian bagi perkara-perkara perundangan.

Visi , Misi & Objektif

VISI

  • “Untuk menjadi suatu Pejabat yang berwibawa dalam memberi nasihat undang-undang yang berkualiti tinggi kepada Kerajaan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Malaysia”.


MISI

Menjadi Pejabat yang:-

  • diiktiraf kerana kecekapan, profesionalisme dan responsif dalam memberi nasihat perundangan; dan
  • mampu dalam membuat keputusan bernas yang mengambil kira kepentingan awam, keadilan dan manfaat yang berterusan kepada negara.

Fungsi & Peranan

  • Memberi nasihat perundangan berkenaan perkara yang dirujuk oleh mana-mana Bahagian atau Agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital.
  • Menjalankan penyelidikan atau kajian mengenai perkara undang-undang apabila dikehendaki oleh Kementerian.
  • Menggubal atau menyemak dokumen undang-undang seperti notis perundangan, perjanjian dan memorandum persefahaman yang mana Kementerian merupakan salah satu pihak bagi memastikan kepentingan Kementerian dilindungi .
  • Menggubal atau menyemak Rang Undang-Undang atau perundangan subsidiari selaras dengan keputusan dasar yang dibuat oleh Kementerian.
  • Menghadiri mesyuarat atas jemputan mana-mana Bahagian atau Agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital dan memberi nasihat undang-undang mengenai perkara yang dibincangkan bagi memastikan apa-apa keputusan dasar yang dibuat oleh Kementerian adalah menurut undang-undang.
  • Mewakili Kerajaan dalam kes mahkamah yang melibatkan Kerajaan sebagai plaintif.
  • Mengendalikan pendakwaan.

Piagam Pelanggan


“Komited Untuk Memberi Perkhidmatan Perundangan Yang Terbaik Mengikut Perlembagaan Persekutuan Dan Undang-Undang Malaysia Dengan Cekap, Adil Dan Saksama”.

Cetak Emel