• Laman Utama
  • Warga
  • LAIN-LAIN
  • Perkhidmatan MyGovUC 2.0 - Permohonan Akaun E-mel Rasmi

Pendaftaran Akaun E-mel

Setiap warga Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) berhak mendapat satu akaun e-mel rasmi yang didaftarkan menggunakan alamat *@kkd.gov.my.

E-mel kementerian merupakan medium komunikasi rasmi kementerian dan semua pengguna mempunyai tanggungjawab untuk menggunakan kemudahan ini dengan betul, cekap, berkesan dan beretika di sepanjang masa, tempat dan keadaan.

Setiap warga adalah bertanggungjawab kepada e-mel masing-masing dan perlu mematuhi etika seperti yang dinyatakan dalam pekeliling berikut:

1. PKPA Bilangan 1 Tahun 2003 - Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan Mel Elektronik Di Agensi-agensi Kerajaan.

2. Pekeliling Transformasi Pentadbiran Awam Bilangan 3 Tahun 2017 - Pengurusan Perkhidmatan Komunikasi Bersepadu Kerajaan (Government Unified Communication (1GovUC)) .Walau bagaimanapun, berdasarkan Pekeliling Transformasi Pentadbiran Awam Bilangan 3 Tahun 2017 (PTPA Bil 3/2017) di bawah Klausa 15 berkaitan ‘Penamatan Akaun Pengguna’ menyatakan bahawa penamatan akaun pengguna hendaklah dilaksanakan sekiranya akaun e-mel pengguna didapati tidak aktif melebihi 90 hari.

Sehubungan itu, warga KKD adalah diwajibkan untuk kekal aktif menggunakan e- mel rasmi bagi mengelakkan akaun e-mel ditamatkan.

Sila klik pada pautan https://forms.gle/5e7YtK254b8rDXFp8 ini untuk pendaftaran akaun emel rasmi KKD.

Cetak Emel