Soalan Lazim

Pakej P-Hailing RAHMAH

Pakej 5G RAHMAH

Insentif Pascabayar (Postpaid) RAHMAH Penjawat Awam

Insentif Rebat RAHMAH Pengamal Media

Pakej Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih (Prabayar)

Proklamasi Darurat

Umum

Tatacara, garis panduan dan peraturan telah dipaparkan dalam portal Puspal  epuspal.kkmm.gov.my untuk rujukan orang awam.

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) telah ditubuhkan untuk mengawal pembikinan filem-filem tempatan. Garis Panduan Isi Kandungan Filem telah disediakan untuk membantu dan memudahkan para karyawan filem dan penyiaran memahami dasar Kerajaan tentang syarat-syarat dan peraturan-peraturan pembikinan filem dan menjadi satu penanda aras untuk menghasilkan filem yang sesuai untuk tontonan masyarakat.  lampiran-Garis panduan

Ya, Garis Panduan tersebut telah disediakan oleh Kerajaan. Untuk makluman, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bertanggungjawab dalam menyiasat, memantau dan meluluskan projek pembinaan menara telekomunikasi dan sistem pemancaran telekomunikasi.lampiran-Garis panduan

No. telefon KPKT 03- 2094 7033
No. faks KPKT 03- 2094 9720
Laman web: http://www.kpkt.gov.my

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

1.    Bagaimanakah caranya untuk memohon jawatan kosong di Kementerian Komunikasi Dan Multimedia?

Pelantikan tetap ke Perkhidmatan Awam Persekutuan adalah di bawah bidang kuasa melantik iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Oleh yang demikian, permohonan kekosongan jawatan di Kementerian ini perlu dibuat secara atas talian di pautan Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) di laman web www.spa.gov.my.

Cawangan Pengurusan Perkhidmatan
No. Tel : 03-89115840

2. Bagaimanakah prosedur permohonan pertukaran bagi Pegawai Kader KKMM?   

Pegawai perlu mengemukakan permohonan pertukaran melalui Ketua Jabatan. Permohonan yang telah disokong oleh Ketua Jabatan hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia untuk tindakan selanjutnya.

Cawangan Pengurusan Perkhidmatan
No. Tel : 03-89115795

1.    Apakah Waran Perjawatan?

Waran Perjawatan ialah satu dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh Bahagian Belanjawan, Perbendaharaan Malaysia di bawah Akta Prosedur Kewangan 1957 [Seksyen 15(3)] bagi tujuan meluluskan sesuatu perubahan kepada Senarai Perjawatan Tahunan yang digunakan oleh semua Kementerian dan Jabatan Kerajaan. Waran Perjawatan dikeluarkan secara berasingan mengikut Maksud Perbelanjaan yang meliputi perubahan-perubahan perjawatan yang dibuat dari semasa ke semasa dalam satu-satu tahun. Waran Perjawatan ini dikeluarkan bersiri-siri tertentu mengikut tahun yang dikeluarkan. Waran Perjawatan Persekutuan, antara lain mengandungi maklumat-maklumat berikut:

a) Maksud Perbelanjaan;
b) Butiran / Program / Aktiviti / Jawatan;
c) Tajuk Program / Aktiviti / Jawatan;
d) Gred Jawatan;
e) Kod Gaji;
f) Kod Skim;
g) Kod Pekerjaan;
h) Bilangan Jawatan;
i) Taraf / Jenis Jawatan; dan
j) Butir-butir Perubahan.

2.    Apakah Waran Omnibus?

Waran Omnibus ialah Waran Perjawatan yang dikeluarkan secara berkelompok untuk maksud perbelanjaan yang berkenaan. Waran ini dikeluarkan untuk mengemaskini buku Senarai Perjawatan tahun baharu berikutan daripada perubahan-perubahan yang telah diluluskan melalui waran-waran perjawatan yang dikeluarkan dalam tempoh bulan September hingga Disember tahun sebelumnya yang tidak sempat dimasukkan di dalam buku tersebut.

3.    Apakah Buku Senarai Perjawatan Persekutuan?

Senarai Perjawatan bagi jawatan-jawatan Persekutuan yang telah mendapat kelulusan Parlimen yang dibukukan. Senarai Perjawatan ini sentiasa berubah dari masa ke semasa mengikut keperluan dan perkembangan organisasi berkenaan. Kebiasaannya, butiran dalam Buku Senarai Perjawatan Persekutuan akan berubah dari tahun sebelumnya apabila terdapat jawatan-jawatan baharu atau jawatan-jawatan yang dimansuhkan.

Waran Perjawatan yang diterima oleh Jabatan perlu disemak dan diselaraskan dengan Buku Senarai Perjawatan Persekutuan bagi tahun yang sama (rujuk nombor bilangan waran dan tarikh dikeluarkan). Sebagai contoh, sekiranya terdapat jawatan yang dimansuhkan, semak pada Buku Senarai Perjawatan (pada tahun yang sama) dan semak butiran jawatan tersebut dimansuhkan.

4.    Bilakah Waran Perjawatan dikeluarkan?

Waran perjawatan dikeluarkan apabila Bahagian Pembangunan Organisasi, Jabatan Perkhidmatan Awam menerima permohonan daripada Kementerian/Jabatan Kerajaan sama ada bagi tujuan pewujudan jawatan-jawatan baharu, pemansuhan jawatan, atau penyusunan semula struktur organisasi Jabatan. Setelah diperakukan, Bahagian Belanjawan, Perbendaharaan Malaysia akan mengeluarkan Waran Perjawatan.

5.    Bilakah Waran Perjawatan perlu dikemaskini?

Jabatan/Agensi hendaklah memaklumkan/memohon kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Cawangan Pembangunan Organisasi untuk menukar gred jawatan, status jawatan atau nama sesuatu jawatan (sekiranya berkaitan) sekiranya terdapat sebarang perubahan atau apabila terdapat Pekeliling Perkhidmatan baharu berkaitan perjawatan yang dikeluarkan oleh JPA.

Sebagai contoh, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2009 mengenai Penjumudan Skim Perkhidmatan Pembantu Tadbir Rendah Dan Operator Mesin Prosesan Data Serta Perubahan Syarat Lantikan Skim Perkhidmatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2009 mengenai Penjumudan Skim Perkhidmatan Jaga, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2010 mengenai Perubahan Nama Skim Perkhidmatan Pembantu Teknik Kapal Terbang, Pembantu Teknik Ukur, Pembantu Teknik Ukur Bangunan Dan Pembantu Undang-Undang dan lain-lain Pekeliling Perkhidmatan yang berkaitan.

Apabila jawatan-jawatan jumud yang sudah tiada penyandang, Jabatan/Agensi hendaklah memaklumkan dan memohon untuk memansuh jawatan tersebut kepada BPSM dan Perbendaharaan Malaysia akan mengeluarkan Waran Perjawatan baharu untuk memansuhkan jawatan tersebut.

Apabila terdapat jawatan Khas Untuk Penyandang di mana penyandangnya sudah bertukar keluar atau bersara, Jabatan/Agensi hendaklah memaklumkan dan memohon untuk menukar jawatan tersebut kembali kepada jawatan hakiki atau dimansuhkan (sekiranya berkaitan) kepada BPSM dan Perbendaharaan Malaysia akan mengeluarkan Waran Perjawatan yang baharu.

6.    Bilakah semakan dan pengesahan senarai perjawatan dilakukan?

Kebiasaannya semakan dan pengesahan senarai perjawatan akan dilakukan pada bulan Julai atau Ogos setiap tahun. Tindakan yang perlu diambil oleh Jabatan/Agensi adalah membuat semakan dan pengesahan senarai perjawatan berdasarkan Waran Perjawatan sedia ada dan yang dikeluarkan oleh Perbendaharaan Malaysia sepanjang tahun tersebut.

Senarai perjawatan yang telah dibuat semakan dan pengesahan (berdasarkan Waran Perjawatan yang dikeluarkan oleh Perbendaharaan Malaysia) akan dibukukan dalam buku Senarai Perjawatan Persekutuan.

7.    Apakah syarat-syarat yang diperlukan bagi sesebuah jabatan/agensi membuat permohonan penambahan jawatan baharu akibat kekurangan pegawai yang kritikal?

Sebarang permohonan untuk penambahan jawatan baharu bagi sesebuah jabatan/ agensi perlulah mengambil kira arahan semasa Kerajaan dan melalui kaedah penempatan semula (redeployment) atau secara tukar ganti (trade-off) dengan jawatan sedia ada.

1.    Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan sebagai pelajar praktikal di Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia?

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KKMM menerima pelajar Universiti untuk menjalani latihan praktikal/industri tertakluk kepada kekosongan dan keperluan di Bahagian/Jabatan/Agensi di bawah KKMM. Pemohon perlu mengemukakan dokumen berikut :

2.1 Surat permohonan dari Universiti dan pelajar;
2.2 Resume pelajar; dan
2.3 Salinan keputusan peperiksaan terkini

Permohonan perlu dihantar ke alamat seperti di bawah :

Cawangan Modal Insan
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Kementerian Komunikasi dan Multimedia
Aras 20, Kompleks KKMM
Lot 4G9, Persiaran Perdana
Presint 4
62100 Putrajaya
No. Telefon: 03-89115929
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Nama pegawai: Umar Nurfitri bin Baharudin
No. Telefon: 03-89115929
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Nama pegawai: Afzolherman Shah bin Azizan
No. Telefon: 03-89115928
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

1. Dalam tempoh percubaan, apakah peperiksaan yang perlu saya duduki bagi tujuan pengesahan jawatan?

Peperiksaan bagi tujuan pengesahan jawatan adalah berbeza-beza mengikut skim. Bagi pegawai dibawah skim KSU KKMM, khususnya bagi skim Bakat dan Seni, terdapat 2 subjek iaitu subjek umum dan subjek jabatan.

Bagi subjek umum, calon haruslah merujuk dan mendaftar di Bahagian Kompetensi, Jabatan Perkhidmatan Awam melalui laman sesawang www.kompetensi.jpa.gov.my.

Bagi subjek jabatan, calon boleh mendaftar di Bahagian Sumber Manusia Kementerian secara atas talian menerusi sistem osem.kkmm.gov.my.

2.    BAGAIMANA SAYA INGIN MENDAPATKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN YANG TERDAHULU? 

Keputusan peperiksaan boleh didapati melalui sistem OSEM dengan memasukkan No.K/P. calon bagi peperiksaan 2015.

Bagi keputusan peperiksaan sebelum tahun 2015, calon perlulah mengemukakan permohonan bertulis ke Cawangan Pembangunan Kerjaya, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, KKMM

Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Di Bawah Perintah Am 42(A) Bab C

1. APAKAH KRITERIA-KRITERIA YANG PERLU DIPATUHI BAGI MEMBOLEHKAN SESEORANG PEGAWAI DIBERIKAN KEMUDAHAN CUTI TANPA REKOD (CTR) DI BAWAH PERINTAH AM 42(A) BAB C?

Seseorang pegawai yang berdaftar sebagai ahli pertubuhan/persatuan yang diisytiharkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (dari semasa ke semasa) dan menyertai aktiviti anjuran pertubuhan/ persatuan tersebut, boleh diberikan kemudahan CTR tidak melebihi 14 hari dan tambahan dua (2) hari lagi perjalanan pergi dan balik ke tempat aktiviti. Ketua Jabatan boleh mempertimbangkan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.

Kemudahan CTR ini juga merangkumi kursus latihan atau khemah tahunan yang diadakan dalam Malaysia. Pemberian CTR juga dibenarkan bagi menghadiri mesyuarat agung tahunan, mesyuarat luar biasa, khemah latihan tahunan, seminar dan aktiviti-aktiviti sukan anjuran pertubuhan atau persatuan berkaitan di Malaysia sahaja.

Rujukan: [Perintah Am 42(a) Bab C (Cuti) Tahun 1974 dan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 1991]

2. NYATAKAN SENARAI TERKINI PERTUBUHAN/PERSATUAN YANG TELAH DILULUSKAN OLEH KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM DAN DISENARAIKAN DI BAWAH PERINTAH AM 42(A) BAB C.

Sehingga 13 April 2016 sebanyak 36 pertubuhan/ persatuan (seperti di Lampiran A) yang telah diluluskan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan disenaraikan di bawah Perintah Am 42 (a), Perintah Am Bab C Tahun 1974 (Cuti). Pegawai yang menjadi ahli mana-mana pertubuhan/persatuan yang diisytiharkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam layak diberi kemudahan Cuti Tanpa Rekod tidak melebihi 14 hari dan tambahan dua (2) hari lagi perjalanan pergi dan balik ke tempat aktiviti berkenaan.

NAMA PERTUBUHAN/ PERSATUAN YANG TELAH DISENARAI DI BAWAH PERINTAH AM 42(a) BAB C :
1. Kadet Laut
2. Pasukan Kadet Persekutuan
3. Pasukan Latihan Udara Persekutuan
4. Pasukan Pengakap
5. Pertubuhan Pandu Puteri
6. Bridget Budak Lelaki
7. Bridget Budak Perempuan
8. St. John Ambulan
9. Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia
10. Persatuan Perancang Keluarga
11. PEMADAM
12. Persatuan Penyelamat Kelemasan DiRaja Cawangan Malaysia
13. Persatuan Membantu Orang-Orang Dalam Penyeliaan
14. Majlis Penasihat Kebangsaan Mengenai Intergrasi Wanita Dalam Pembangunan
(NACIWID)
15. Pertubuhan Orang-Orang Buta
16. Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
17. Jabatan Perpaduan Negara, Jabatan Perdana Menteri
18. Persatuan Pengguna
19. Persatuan Bagi Mencegah Penyakit Tibi Malaysia
20. PUSPANITA
21. Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampong (JKKK), Unit Penyelarasan
Pelaksanaan
22. Pasukan Kadet Polis
23. Persatuan Keluarga Polis (PERKEP)
24. PERKIM 25. Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita Malaysia (N.W.O)
26. Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri
27. Persatuan Stem Malaysia
28. Biro Tata Negara, Jabatan Perdana Menteri
29. Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY)
30. Persatuan Intelektual Muslim Malaysia
31. Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK)
32. Majlis Belia Sabah (MBS)
33. Pertubuhan Bantuan Teknikal Insaf Malaysia (INSAF)
34. Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA)
35. Majlis Kanser Nasional (MAKNA)
36. Persatuan Sejarah Malaysia (PSM)

3. SEORANG PEGAWAI TELAH DIJEMPUT UNTUK MENGHADIRI KURSUS 'TRAIN THE TRAINER' SENAMROBIK ANJURAN IBU PEJABAT POLIS KONTINJEN, KUALA LUMPUR. KURSUS TERSEBUT AKAN BERLANGSUNG SELAMA 12 HARI MULAI 18 HINGGA 29 JANUARI 2016 DI DEWAN SERBAGUNA IPD DANG WANGI, KUALA LUMPUR. ADAKAH PEGAWAI LAYAK MENGGUNAKAN KEMUDAHAN CTR DI BAWAH PERINTAH AM 42(A) BAB C?

Tiada peruntukan kemudahan CTR untuk menghadiri kursus 'Train the Trainer'. Namun begitu, pegawai ádalah layak untuk menggunakan kemudahan Cuti Rehat atau lain-lain cuti yang berkelayakan untuk tujuan tersebut tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan.

4. KAKITANGAN USIM TELAH MENERIMA JEMPUTAN BAGI MENGIKUTI PROGRAM DI BAWAH MAJLIS PROFESOR NEGARA. SEBAGAI PENTADBIR, SAYA KURANG JELAS PROGRAM SEBEGINI ADAKAH DIKLASIFIKASI DI BAWAH MANA-MANA KATEGORI CTR?

Tiada peruntukkan CTR berkenaan penyertaan bagi program di bawah Majlis Profesor Negara di dalam peraturan sedia ada yang berkuat kuasa. Namun demikian, pegawai adalah layak untuk menggunakan Cuti Rehat atau lain-lain cuti yang berkelayakan bagi tujuan tersebut tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan.

Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Di Bawah Perintah Am 45 Bab C

1. APAKAH KRITERIA-KRITERIA YANG PERLU DIPATUHI BAGI MEMBOLEHKAN SESEORANG PEGAWAI DIBERIKAN KEMUDAHAN CUTI TANPA REKOD DI BAWAH PERINTAH AM 45 BAB C?

Seseorang pegawai yang berdaftar sebagai ahli Persatuan Ikhtisas yang diisytiharkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (dari semasa ke semasa), boleh diberikan kemudahan Cuti Tanpa Rekod tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan bagi menghadiri mesyuarat agung tahunan ataupun mesyuarat agung luar biasa untuk tempoh sebenar mesyuarat itu dijalankan dan tambahan perjalanan pergi dan balik ke tempat mesyuarat tidak melebihi dua (2) hari dengan syarat mesyuarat itu dipanggil menurut undang-undang tubuh persatuan masing-masing.
Pegawai juga adalah berkelayakan untuk membuat tuntutan tambang pengangkutan awam dan Elaun Perjalanan Kenderaan mengikut kelayakan dan tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan dari semasa ke semasa.
Rujukan: [Perintah Am 45 Bab C (Cuti) Tahun 1974, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 1977 serta WP 1.4/2013, Kadar dan Syarat Tuntutan Elaun, Kemudahan dan Bayaran Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Kerana Menjalankan Tugas Rasmi (Tidak Termasuk Tentera dan Polis) yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia]

2. NYATAKAN SENARAI TERKINI PERSATUAN IKHTISAS YANG TELAH DILULUSKAN OLEH KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM DAN DISENARAIKAN DI BAWAH PERUNTUKKAN PERINTAH AM 45 BAB C?

Sehingga kini sebanyak 53 Persatuan Ikhtisas (seperti di Lampiran A) yang telah diluluskan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan disenaraikan di bawah Perintah Am 45, Perintah Am Bab C Tahun 1974 (Cuti).

3. SEORANG PEGAWAI TELAH DIJEMPUT UNTUK MENGHADIRI 16TH APSIC BASIC TRAINING COURSE IN INFECTION ANJURAN PERSATUAN KAWALAN JANGKITAN MALAYSIA (ICAM) PADA 4 HINGGA 6 OGOS 2015. ADAKAH PEGAWAI LAYAK CTR DI BAWAH PERINTAH AM 45?

Tiada peruntukan kemudahan Cuti Tanpa Rekod bagi tujuan menghadiri 16th APSIC Basic Training Course In Infection anjuran Persatuan Kawalan Jangkitan Malaysia (ICAM). Oleh yang demikian, pegawai adalah dinasihatkan untuk menggunakan kemudahan Cuti Rehat atau lain-lain cuti yang pegawai berkelayakan tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan.

4.NAMA PERSATUAN IKHTISAS YANG TELAH DISENARAI DI BAWAH PERINTAH AM 45 BAB C

1. The Malayan Association Of Certified Public Accountants
2. Federation Of Malaya Society Of Architects
3. Joint Group Of Institute Of Civil Engineers. The Institute Of Mechanical Engineers And
Institution Of Electrical Engineers.
4. Persatuan Biokimia Malaysia ( The Malaysian Bio-Chemical Society )
5. The Malayan Dental Association
6. The Institution Of Engineers Federation Of Malaya
7. Persatuan Jurutera Galian Malaysia
8. Persatuan Juru-Juru X-Ray Malaysia
9. Persatuan Kesihatan Malaysia ( Malaysian Society Of Health )
10. Institut Kimia Malaysia
11. Malayan Medical Association
12. The Alumni Association Of The King Edward VII College Of Medicine
13. The Association Of Medical Social Workers Malaysia
14. Malayan Section Of The Institute Of Mining And Metallurgy
15. The Malayan Trained Nurses Association
16. The Obtetrical And Gynnaecological Society Of Malaya
17. Persatuan Pakar Bius Malaysia
18. Persatuan Pakar Orthopedic Malaysia
19. Malaysia Society Of Pathologists
20. Pertubuhan Perancang Malaysia
21. Akademik Perubatan Malaysia
22. The Association Of Physicians Of Malaya
23. The Malayan Pharmaceutical Association
24. The Malayan Scientific Association
25. The Malayan Association Of The Chartered Institute Of Secretaries
26. The College Of Surgeons of Malaysia
27. Institution Of Surveyors Federation Of Malaya
28. Persatuan Perkhidmatan Tadbir Dan Diplomatik Malaysia
29. The Technical Association of Malaya
30. Town Planning Institute (Malaya Branch)
31. The Malayan Veterinary Medical Association
32. Persatuan Kajiperasit Dan Tropika Malaysia
33. Persatuan Doktor-Doktor Veterinar Malaysia
34. Persatuan Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Kehakiman Dan Perundangan
35. Persatuan Dermatology Malaysia 36. Persatuan Radiology Malaysia (Malaysia Radiologi Society)
37. The College Of Physicians Of Malaysia
38. Persatuan Pemakanan Malysia
39. Persatuan Pediatri
40. Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia
41. Persatuan Pegawai Pelajaran Kesihatan
42. Malaysia Institute Of Food Technology
43. Persatuan Fesioterapi Malaysia
44. Persatuan Ahli Biokimia – Klinikal Malaysia
45. Persatuan Penyakit Berjangkit Dan Kemoterapi Malaysia
46. Persatuan Inspektor Kesihatan Malaysia
47. Malaysian Psychiatric Association
48. Persatuan Jurupulih Cara Kerja Malaysia
49. Persatuan Onkologi Malaysia
50. Persatuan Pegawai Syar'iah Malaysia
51. Persatuan Pegawai Kesihatan Persekitaran Malaysia (EHOM)
52. Persatuan Juruanalisa Sistem Sektor Awam (PERJASA)
53. Malaysian Society of Otorhinolaryngologists Head and N

Pakaian Seragam
1. SIAPAKAH YANG LAYAK DIBEKALKAN PAKAIAN SERAGAM?

Berdasarkan Perkara 2, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 7 Tahun 1990 (PP7/1990), penentuan kelayakan untuk membekalkan pakaian seragam adalah berdasarkan keperluan tugas jawatan tertentu.

Pakaian seragam adalah dibekalkan berdasarkan asas-asas berikut:

1. sebagai lambang kuasa yang diperuntukkan kerana tugas jawatan yang melibatkan penguatkuasaan undang-undang, memasuki kawasan, bangunan dan rumah-rumah untuk tujuan pemeriksaan. Pakaian seragam dibekalkan bagi tujuan pengenalan diri pegawai kepada orang yang terlibat semasa menjalankan tugas mereka dan dikehendaki memakai pakaian seragam sepanjang waktu bertugas. Kakitangan yang terlibat adalah seperti Pengawal Keselamatan, Pembaca Meter, Jururawat dan Ahli Bomba;

2. bagi tujuan perlindungan dan keselamatan diri kakitangan daripada percikan bahan-bahan kimia dan kekotoran semasa bertugas. Kakitangan terlibat dengan bidang tugas ini adalah seperti pekerja makmal, pekerja bengkel, pekerja am di luar pejabat dan wad rawatan pesakit; dan

3. bagi tujuan kebersihan dan rupa. Ini melibatkan kakitangan seperti Pemandu dan Pembantu Am Rendah.

2. APAKAH KOMPONEN PAKAIAN SERAGAM?

Pakaian seragam adalah meliputi keseluruhan komponen yang melengkapkan reka bentuk pakaian seragam yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Penyelarasan Pakaian Seragam bagi kakitangan Kerajaan dan Badan-badan Berkanun di Jabatan Perdana Menteri dan meliputi perkara-perkara seperti berikut yang mana berkenaan:
1. pakaian;
2. topi/songkok;
3. kasut (kulit/kanvas/getah);
4. tali pinggang; dan
5. tali leher.

3. BERAPAKAH BILANGAN PAKAIAN SERAGAM YANG DIBEKALKAN KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM UNTUK SETAHUN ?

Tiga (3) pasang setahun selaras Perkara 3, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 1995 yang berkuatkuasa.

4. APAKAH TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN?

Ketua jabatan perlu memastikan kakitangan yang dibekalkan pakaian seragam supaya memakainya semasa bertugas rasmi.

5. ADAKAH REKABENTUK DAN WARNA PAKAIAN SERAGAM YANG TELAH DILULUSKAN BOLEH DIPINDA?

Jika terdapat sebarang pindaan ke atas rekabentuk dan warna pakaian seragam, jabatan boleh membuat permohonan kepada Jawatankuasa Penyelarasan Pakaian Seragam bagi kakitangan Kerajaan dan Badan-badan Berkanun di Jabatan Perdana Menteri yang diurusetiakan oleh Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa.

6. BILAKAH BANTUAN PAKAIAN SERAGAM PERLU DIBEKALKAN OLEH JABATAN?

Bekalan Pakaian Seragam hendaklah dibuat sebelum akhir bulan April setiap tahun

7. BOLEHKAH PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM DIBEKALKAN DENGAN PAKAIAN SERAGAM MENGANDUNG WALAUPUN IANYA TELAH DITUGASKAN BEKERJA DIDALAM PEJABAT?

Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab sepenuhnya memastikan pengurusan bekalan pakaian seragam kepada pegawai-pegawainya yang dirasakan layak, mendapatkan kemudahan tersebut asalkan tidak melanggar syarat-syarat yang telah ditetapkan.

8. ADAKAH JABATAN PERLU MENGEMUKAKAN PERMOHONAN KEPADA JPA BAGI TEMPAHAN PAKAIAN KORPORAT?

Perbekalan berkaitan permohonan pakaian korporat boleh dipertimbang dan diluluskan oleh Ketua Setiausaha Kementerian/ Pegawai Pengawal berdasarkan Surat Edaran Kementerian Kewangan ruj: KK/BP/DS10/859/645 Jld. 20 (SK. 6/2012) (47) bertarikh 7 Disember 2012. Melalui surat tersebut, kementerian/ jabatan boleh mempertimbang dan meluluskan pakaian korporat/ seragam/ koir/ nasyid/ kontinjen perarakan dan seumpamanya selain daripada pakaian seragam yang diperuntukan di bawah PP7/1990 dan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2011.

9. ADAKAH PEGAWAI YANG DITAHAN KERJA LAYAK UNTUK MENUNTUT PAKAIAN SERAGAM BAGI TAHUN-TAHUN YANG BELIAU DITAHAN KERJA TERSEBUT?

Isu kelayakan pakaian seragam semasa pegawai ditahan kerja tidak timbul kerana pegawai tidak lagi berkelayakan bagi kemudahan pakaian seragam (disebabkan telah digantung kerja dan tidak menjalankan tugas) yang merupakan penentuan di bawah bidang kuasa Ketua Jabatan selaku pegawai pengawal selaras Perkara 9, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 2014 yang berkuatkuasa.

10. ADAKAH PEGAWAI LAYAK UNTUK MENERIMA KAIN DAN BANTUAN UPAH JAHIT SEMASA DALAM TEMPOH CUTI TANPA GAJI ?

Sekiranya pegawai bercuti atau meninggalkan tugas melebihi 12 bulan, maka pegawai tidak layak untuk menuntut kemudahan pakaian ini atas dasar pegawai tidak menjalankan tugas dalam tempoh tersebut.
Kemudahan Cuti Separuh Gaji

Kemudahan Cuti Separuh Gaji

1. ADAKAH PEGAWAI LAYAK MENGGUNAKAN CUTI SEPARUH GAJI (CSG) UNTUK MENJAGA IBU MERTUA?

Pegawai layak menggunakan CSG kerana tafsiran sanak-saudara yang rapat kepada pegawai adalah termasuk keluarga pegawai sendiri, adik beradik, ibu bapa, ibu bapa mentua, datuk dan nenek.
Rujukan : [Perintah Am 13 Bab C (Cuti) Tahun 1974 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 1985 (SPP5/1985)]

2. BERAPAKAH KELAYAKAN BAGI CSG PEGAWAI YANG TELAH BERKHIDMATAN SELAMA 1 TAHUN 6 BULAN?

Kelayakan CSG adalah sebanyak 30 hari bagi tiap-tiap genap satu (1) tahun perkhidmatan yang melayakkan tetapi tidak boleh melebihi 180 hari.
Maka, berdasarkan pengiraan berikut, kelayakan CSG pegawai adalah sebanyak 45 hari, termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am.
CSG = Tempoh PYM (hari) x 30 hari
365 hari
= (547hari / 365 hari) x 30 hari
= 45 hari
[Perintah Am 13 Bab C (Cuti) Tahun 1974]

3. BERAPAKAH KELAYAKAN CSG BAGI PEGAWAI YANG TELAH BERKHIDMAT SELAMA 10 TAHUN 6 BULAN?

Kelayakan CSG pegawai adalah terhad kepada had maksimum 180 hari (termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am), dan tidak boleh diulang sepanjang perkhidmatan.
Rujukan: [Perintah Am 13 Bab C (Cuti) Tahun 1974]

4. PEGAWAI TELAH MENGGUNAKAN CUTI SAKIT LANJUTAN (SECARA SEPARUH GAJI) SELAMA 90 HARI. ADAKAH IA AKAN MENJEJASKAN KELAYAKAN CSG?

Cuti-cuti lain seperti Cuti Sakit Lanjutan, Cuti Tibi, Kusta dan Barah, Cuti Bersalin dan Cuti Menjaga Anak secara Separuh Gaji tidak menjejaskan peruntukkan kadar kelayakan CSG di bawah Perintah Am 13 Bab C (Cuti) Tahun 1974 kerana CSG hanya diperuntukkan atas sebab kesihatan sanak saudara pegawai seperti yang dijelaskan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 1991 kecuali bagi tujuan rawatan penagihan dadah seperti dijelaskan di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10 Tahun 1984.

5.BOLEHKAN KELULUSAN CSG YANG MELEBIHI 14 HARI DILULUSKAN OLEH KETUA JABATAN?

Kuasa melulus CSG telah diturunkan kuasa daripada Kuasa Tertentu kepada Ketua Setiausaha Kementerian melalui SPP5/1985.
Rujukan:Perintah Am 13 Bab C (Cuti) Tahun 1974 dan SPP5/1985]

6. APAKAH SYARAT DAN DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK MEMOHON CSG INI?

Syarat-syarat kemudahan CSG adalah seperti yang berikut:

a) Pegawai yang memohon hendaklah mempunyai perkhidmatan yang melayakkan, iaitu 30 hari bagi setiap genap satu (1) tahun perkhidmatan yang melayakkan tetapi tidak melebihi 180 hari;
b) diluluskan oleh Ketua Jabatan bagi tempoh 14 hari dalam satu (1) tahun;
c) diluluskan oleh Ketua Setiausaha Kementerian bagi tempoh yang selebihnya;
d) surat perakuan doktor Kerajaan atau swasta memperakukan pegawai ini perlu menjaga si pesakit;
e) kenyataan perkhidmatan dan kenyataan cuti disertakan dalam permohonan.
f) Cuti Rehat yang berkelayakan tidak perlu dihabiskan sebelum memohon permohonan ini.
Rujukan: Perintah Am 13 Bab C (Cuti) Tahun 1974 dan SPP5/1985]

Tanpa Gaji
Kemudahan Cuti Tanpa Gaji

1. APAKAH SYARAT-SYARAT UMUM MENGGUNAKAN KEMUDAHAN CUTI TANPA GAJI (CTG)?

Ketua Jabatan boleh melululuskan Cuti Tanpa Gaji berdasarkan syarat yang berikut:

a) Syarat minimum layak memohon Cuti Tanpa Gaji di dalam atau di luar negeri ialah sekurang-kurangnya 6 bulan perkhidmatan yang melayakkan;
b) Pegawai telah menghabiskan semua Cuti Rehat yang ia berkelayakan sebelum mengambil Cuti Tanpa Gaji;
c) Baki Cuti Tanpa Gaji yang belum diambil boleh digunakan selagi tidak mencapaihad maksimum yang dibenarkan berasaskan perkhidmatan yang melayakkan;
d) Cuti Tanpa Gaji hendaklah direkodkan di dalam Kenyataan Cuti dan Buku Perkhidmatan; dan
e) Kadar Cuti Tanpa Gaji adalah 30 hari bagi setiap genap satu tahun perkhidmatan yang melayakkan tetapi tidak melebihi 360 hari.
Rujukan: [Perintah Am 14 Bab C (Cuti) Tahun 1974]

2. BERAPAKAH KELAYAKAN CTG PEGAWAI YANG TELAH BERKHIDMAT SELAMA 1 TAHUN 6 BULAN?

Kelayakan CTG adalah sebanyak 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan yang melayakkan tetapi tidak boleh melebihi 360 hari. Maka, berdasarkan pengiraan berikut, kelayakan CTG pegawai adalah sebanyak 45 hari, termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am.

CTG = Tempoh PYM (hari) x 30 hari
365 hari
= (547hari / 365 hari) x 30 hari
= 45 hari

3. BERAPAKAH KELAYAKAN CTG BAGI PEGAWAI YANG TELAH BERKHIDMAT SELAMA 20 TAHUN 6 BULAN?

Kelayakan CTG pegawai adalah terhad kepada had maksimum 360 hari (termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am), dan tidak boleh diulang sepanjang perkhidmatan.

4. PEGAWAI TELAH MENGGUNAKAN CUTI SAKIT LANJUTAN (SECARA TANPA GAJI) SELAMA 90 HARI DAN CUTI MENJAGA ANAK (TANPA GAJI) SELAMA 150 HARI. ADAKAH IA AKAN MENJEJASKAN KELAYAKAN CTG?

Cuti-cuti lain seperti Cuti Sakit Lanjutan (Tanpa Gaji), Cuti Bersalin Tanpa Gaji dan Cuti Menjaga Anak (Tanpa Gaji) tidak menjejaskan peruntukkan kadar kelayakan CTG di bawah Perintah Am 14 Bab C (Cuti) Tahun 1974 kerana CTG hanya diperuntukkan atas sebab urusan persendirian yang mustahak.

5. PEGAWAI TELAH MENERIMA PANGGILAN MENUNAIKAN HAJI, NAMUN PEGAWAI TIDAK MEMENUHI SYARAT-SYARAT CUTI HAJI. ADAKAH PEGAWAI BOLEH MENGGUNAKAN CUTI TANPA GAJI UNTUK MENUNAIKAN HAJI?

Jabatan hendaklah mengemukakan permohonan kepada Bahagian Saraan, JPA sekiranya pegawai tidak memenuhi syarat untuk menggunakan Cuti Haji dan tidak mempunyai tempoh perkhidmatan yang melayakkan untuk menggunakan CTG atas tujuan urusan peribadi.
Bantuan Bayaran Pakaian Black Tie

1. APAKAH TAFSIRAN PAKAIAN BLACK TIE?
Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 16 Tahun 2007 (PP16/2007), pakaian Black Tie bererti pakaian separa rasmi barat yang dipakai untuk majlis makan malam.

2. SIAPAKAH YANG LAYAK UNTUK MENUNTUT BANTUAN BAYARAN PAKAIAN BLACK TIE?

Berdasarkan Perkara 9 PP16/2007, pegawai Perkhidmatan Awam yang mempunyai pakaian Istiadat adalah berkelayakan untuk menuntut Bantuan Bayaran Pakaian Black Tie.

3. APAKAH KOMPONEN PAKAIAN BLACK TIE?

Komponen pakaian Black Tie adalah blazer/kot dan seluar panjang, bow/ plain tie dan kasut bagi pegawai lelaki manakala komponen Pakaian Black Tie bagi pegawai wanita adalah baju kurung/kebaya beserta selendang atau pakaian petang (evening dress) termasuk beg tangan dan kasut.

4. BERAPAKAH KADAR BANTUAN BAYARAN PAKAIAN BLACK TIE?

RM1,000.00

5. APAKAH SYARAT BAGI KEMUDAHAN BANTUAN BAYARAN PAKAIAN BLACK TIE?

Kemudahan ini diberi setiap tiga (3) tahun sekali dan tuntutan bayaran balik pakaian Black Tie hendaklah disertakan dengan dokumen sokongan resit sebagai bukti pembelian. Penggunaan kemudahan ini hendaklah dicatatkan dalam Buku Perkhidmatan Pegawai selaras Perkara 11 PP16/2007.

6. ADAKAH PEGAWAI PERLU UNTUK MENGEMUKAKAN KAD JEMPUTAN KE MAJLIS MAKAN MALAM SEMASA MEMBUAT TUNTUTAN?

PP16/2007 jelas menerangkan kemudahan Bantuan Pakaian Black Tie layak diberi tanpa keperluan mengemukakan maklumat mengenai jemputan ke majlis atau upacara rasmi

7. ADAKAH PEGAWAI YANG TELAH MENUNTUT PAKAIAN ISTIADAT/ BANTUAN PAKAIAN MENGHADIRI UPACARA RASMI BOLEH MEMBUAT TUNTUTAN TERHADAP PAKAIAN BLACK TIE DALAM TEMPOH TIGA (3) TAHUN YANG SAMA?

Pemberian kemudahan Bantuan Bayaran Pakaian Black Tie adalah tidak terikat kepada kemudahan Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi (BPMUR) atau Pakaian Istiadat selaras dengan ketetapan dalam PP16/2007. Justeru, pegawai adalah berkelayakan untut menuntut Bantuan Pakaian Black Tie.

8. ADAKAH PEGAWAI YANG TELAH DIJEMPUT UNTUK MENGHADIRI MAJLIS MAKAN MALAM (BUKAN MAJLIS RASMI KERAJAAN) YANG MENETAPKAN PEMAKAIAN BLACK TIE LAYAK UNTUK MENUNTUT KEMUDAHAN TERSEBUT?

Dalam hal ini, tidak kira sama ada majlis yang dihadiri oleh seseorang pegawai itu majlis rasmi Kerajaan atau tidak, selagi mana pegawai tersebut menepati tafsiran perkara 9 PP16/2007, maka, pegawai layak membuat tuntutan bantuan pakaian Black Tie setiap 3 tahun sekali dan perlu dicatatkan dalam Buku Rekod Perkhidmatan pegawai.
Bantuan Upah Jahit

Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat

1. APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN TERMA "AHLI KELUARGA TERDEKAT" DALAM KEMUDAHAN CUTI TANPA REKOD BAGI URUSAN KEMATIAN AHLI KELUARGA?

Ahli Keluarga Terdekat bermaksud suami, isteri, ibu kandung atau ibu angkat (yang sah di sisi undang-undang), bapa kandung atau bapa angkat (yang sah di sisi undang-undang), ibu mentua, bapa mentua, anak kandung, anak angkat yang sah di sisi undang-undang, anak angkat de facto dan anak pelihara.

2. BERAPA LAMA TEMPOH MASA YANG DIBERIKAN BAGI KEMUDAHAN CUTI TANPA REKOD BAGI URUSAN KEMATIAN AHLI KELUARGA?

Kemudahan Cuti Tanpa Rekod diberikan selama tiga (3) hari berturut-turut kepada pegawai Perkhidmatan Awam termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am.

3. BILAKAH BERMULANYA CUTI TANPA REKOD BAGI URUSAN KEMATIAN AHLI KELUARGA?

Kemudahan Cuti Tanpa Rekod akan bermula pada tarikh kematian ahli keluarga terdekat atau pada hari berikutnya jika ahli keluarga berkenaan meninggal dunia selepas waktu pejabat.

Dalam hal ini "selepas waktu pejabat" bermaksud selepas pukul 5.30 petang berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan yang berkuat kuasa, atau pindaannya dari semasa ke semasa. Sekiranya kematian berlaku selepas pukul 5.30 petang maka Cuti Tanpa Rekod Bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat bermula pada hari berikutnya. Peraturan ini juga terpakai bagi pegawai yang waktu bekerja bukan pejabat/ syif.

4. PUAN YUHANIS TELAH DIPELIHARA DAN DIBESARKAN OLEH ENCIK AZLIZAL SEBAGAI ANAK ANGKAT YANG SAH DISISI UNDANG-UNDANG. PUAN YUHANIS JUGA MASIH MEMPUNYAI BAPA KANDUNG IAITU ENCIK JASRI. BAPA ANGKAT PUAN YUHANIS TELAH MENINGGAL DUNIA DALAM SATU KEMALANGAN JALAN RAYA. ADAKAH PUAN YUHANIS LAYAK MENGGUNAKAN KEMUDAHAN CUTI TANPA REKOD BAGI KEMATIAN BAPA ANGKATNYA, SEDANGKAN BELIAU MASIH MEMPUNYAI BAPA KANDUNG? ADAKAH SUAMI PUAN YUHANIS JUGA LAYAK MENDAPAT KEMUDAHAN CUTI TANPA REKOD BAGI KEMATIAN BAPA MENTUA (BAPA ANGKAT ISTERI) BELIAU?

Pegawai layak menggunakan kemudahan Cuti Tanpa Rekod bagi kematian bapa angkatnya sebagaimana yang dijelaskan di perkara 4 tafsiran "ahli keluarga terdekat". Walau bagaimanapun kemudahan ini tidak layak digunakan sekiranya bapa kandung pegawai meninggal dunia kelak. Suami Puan Yuhanis tidak layak menggunakan kemudahan Cuti Tanpa Rekod bagi kematian bapa mentua atau ibu mentua yang merupakan bapa angkat atau ibu angkat kepada pasangan pegawai.

5. ENCIK ZAINAL MERUPAKAN SEORANG PEGAWAI TADBIR, GRED N41 DI JABATAN PERTANIAN. BELIAU MEMPUNYAI DUA (2) ORANG ISTERI YANG SAH. PADA 20 DISEMBER 2015, BAPA KEPADA ISTERI KEDUA BELIAU TELAH MENINGGAL DUNIA. ENCIK ZAINAL PERNAH MENGGUNAKAN KEMUDAHAN CUTI TANPA REKOD BAGI URUSAN KEMATIAN AHLI KELUARGA TERDEKAT DI ATAS KEMATIAN BAPA ISTERI PERTAMA BELIAU SEMASA BELIAU BERKHIDMAT DI LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG. ADAKAH ENCIK ZAINAL LAYAK MENGGUNAKAN KEMUDAHAN CUTI TANPA REKOD BAGI URUSAN KEMATIAN AHLI KELUARGA TERDEKAT DI ATAS KEMATIAN BAPA MENTUA (BAPA ISTERI KEDUA) BELIAU?

Pegawai tidak layak menggunakan kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat di atas kematian bapa mentua (bapa isteri kedua) kerana pernah menggunakan kemudahan yang sama bagi kematian bapa mentua (bapa isteri pertama) beliau semasa berkhidmat di Lembaga Pertubuhan Peladang memandangkan kemudahan ini terhad sekali sahaja sepanjang tempoh perkhidmatan Kerajaan.

6. PUAN TEOH BERTUGAS DI KEMENTERIAN DALAM NEGERI. PADA PUKUL 4.45 PETANG 2 JULAI 2015, BELIAU TELAH MENDAPAT PANGGILAN TELEFON ANAK SULUNGNYA TELAH TERLIBAT DALAM KEMALANGAN JALAN RAYA DAN MENINGGAL DUNIA DI TEMPAT KEJADIAN. PADA KETIKA ITU, PUAN TEOH SEDANG BERADA DI PEJABAT. BILAKAH CUTI TANPA REKOD BAGI URUSAN KEMATIAN AHLI KELUARGA TERDEKAT BERMULA?

Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat bagi Puan Teoh bermula pada 2 Julai 2015 sehingga 4 Julai 2015, walaupun pada 2 Julai 2015 tersebut, pegawai telah melengkapkan tempoh waktu bekerja pegawai.

Dalam hal ini "selepas waktu pejabat" bermaksud selepas pukul 5.30 petang berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan yang berkuat kuasa, atau pindaannya dari semasa ke semasa. Sekiranya kematian berlaku selepas pukul 5.30 petang maka Cuti Tanpa Rekod Bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat bermula pada hari berikutnya. Peraturan ini juga terpakai bagi pegawai yang waktu bekerja bukan pejabat/ syif.

7.PUAN VASANTHI MERUPAKAN PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT, GRED F41 BERTUGAS DI UNIVERSITI MALAYA. PADA HARI SABTU, 29 OGOS 2015, PUKUL 6.00 PETANG BELIAU DIMAKLUMKAN IBUNYA TELAH MENINGGAL DUNIA. BILAKAH CUTI TANPA REKOD BAGI URUSAN KEMATIAN AHLI KELUARGA TERDEKAT BERMULA?

Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat bagi Puan Vasanthi bermula pada 30 Ogos 2015 sehingga 1 September 2015 iaitu termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am. Dalam hal ini"selepas waktu pejabat" bermaksud selepas pukul 5.30 petang berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan yang berkuat kuasa, atau pindaannya dari semasa ke semasa. Peraturan ini juga terpakai bagi pegawai yang waktu bekerja bukan pejabat/ syif.

8. ENCIK KEITH FOO MERUPAKAN SEORANG ANGGOTA POLIS YANG BERTUGAS DI SEMPADAN NEGARA. JADUAL BERTUGAS BAGI BULAN JULAI 2015 TELAH DIKELUARKAN KETUA JABATAN. SEMASA SEDANG BERTUGAS PADA 12 JULAI 2015 PUKUL 4.30 PETANG, ENCIK KEITH FOO TELAH MENERIMA BERITA YANG BAPA MENTUANYA TELAH MENINGGAL DUNIA. ADAKAH PEGAWAI LAYAK KEMUDAHAN CUTI TANPA REKOD BAGI URUSAN KEMATIAN AHLI KELUARGA TERDEKAT?

Pegawai layak menggunakan kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat bagi kematian bapa mentuanya mulai 12 Julai 2015 sehingga 14 Julai 2015 tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan. Dalam hal ini Ketua Jabatan boleh memanggil balik pegawai untuk bertugas demi keselamatan negara atau kepentingan awam walaupun pegawai sedang bercuti.

9. ISTERI ENCIK AMRI TELAH MELAHIRKAN ANAK SULUNG MEREKA PADA 15 JUN 2015. NAMUN BEGITU, DUA (2) HARI KEMUDIAN, ANAK BELIAU TELAH MENINGGAL DUNIA. ADAKAH PEGAWAI LAYAK MENGGUNAKAN KEMUDAHAN CUTI TANPA REKOD BAGI URUSAN KEMATIAN AHLI KELUARGA ATAU KEMUDAHAN CUTI ISTERI BERSALIN?

Pegawai layak menggunakan kemudahan Cuti Isteri Bersalin (Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 2002) selama tujuh (7) hari mulai daripada tarikh isteri pegawai bersalin. Sekiranya pegawai sedang menggunakan kemudahan Cuti Isteri Bersalin sebanyak tujuh (7) hari mulai 15 Jun 2015 sehingga 21 Jun 2015, pegawai tidak layak menggunakan kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat berdasarkan prinsip "hanya satu kemudahan dinikmati di dalam satu-satu masa".

10. PUAN SAIDATUL TELAH DILULUSKAN CUTI TANPA REKOD BAGI KEMATIAN BAPA BELIAU MULAI 10 JUN 2015 SEHINGGA 11 JUN 2015 OLEH KETUA JABATANNYA MEMANDANGKAN TERDAPAT TUGAS-TUGAS PENTING YANG PERLU DISELESAIKAN. PADA 20 OKTOBER 2015, ANAK ANGKAT PUAN SAIDATUL MENINGGAL DUNIA. BOLEHKAN PEGAWAI MENGGUNAKAN BAKI SATU (1) HARI DARIPADA TEMPOH CUTI TANPA REKOD TERDAHULU YANG TIDAK DIGUNAKAN BAGI MEMBOLEHKAN PEGAWAI BERCUTI MULAI 20 OKTOBER 2015 SEHINGGA 23 OKTOBER 2015?

Pegawai tidak boleh menggunakan baki satu (1) hari daripada tempoh Cuti Tanpa Rekod terdahulu yang tidak digunakan bagi membolehkan pegawai bercuti mulai 20 Oktober 2015 sehingga 23 Oktober 2015. Kelulusan Cuti Tanpa Rekod bagi kematian anak angkat beliau tertakluk kepada tempoh tiga (3) hari berturut-turut bagi sesuatu kes kematian ahli keluarga terdekat yang dibenarkan.ti Bersalin

Kemudahan Cuti Bersalin

1. PEGAWAI DIBERI FLEKSIBILITI UNTUK MENENTUKAN SENDIRI TEMPOH CUTI BERSALIN DI ANTARA 60 HARI SEHINGGA 90 HARI BAGI SETIAP KELAHIRAN. ADAKAH BERMAKNA PEGAWAI BOLEH MEMOHON CUTI BERSALIN TIDAK KIRA SAMA ADA 68 HARI, 70 HARI, 75 HARI, 82 HARI ATAU 85 HARI?

Ya. Tempoh Cuti Bersalin yang dipohon adalah bergantung kepada pemilihan pegawai tertakluk kepada had tempoh di antara 60 hari sehingga 90 hari bagi setiap kelahiran, terhad kepada 300 hari sepanjang tempoh perkhidmatan. [Perkara 6.1 dan 6.2 dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 14 Tahun 2010 (PP14/2010)]

2. PEGAWAI TELAH MEMOHON UNTUK MENGGUNAKAN 80 HARI CUTI BERSALIN BAGI ANAK KEEMPAT NAMUN TIDAK DILULUSKAN OLEH KETUA JABATAN. KETUA JABATAN HANYA MELULUSKAN CUTI BERSALIN SELAMA 60 HARI DISEBABKAN OLEH KEKURANGAN TENAGA KERJA DI JABATAN TERSEBUT. ADAKAH KETUA JABATAN BOLEH MEMBERIKAN KELULUSAN SETAKAT 60 HARI SAHAJA?

Ya. Ketua Jabatan boleh meluluskan Cuti Bersalin minimum 60 hari dengan mengambil kira kepentingan perkhidmatan. (Perkara 6.2 dan 15.1 dalam PP14/2010)

3. PEGAWAI (KECUALI GURU) MEMPUNYAI BAKI CUTI BERSALIN SEBANYAK 30 HARI. APAKAH KEMUDAHAN YANG BOLEH DIGUNAKAN OLEH PEGAWAI BAGI MEMENUHI TEMPOH CUTI BERSALIN?

Pegawai adalah dikehendaki untuk memenuhi tempoh 60 hari hingga 90 hari dengan menggunakan kemudahan-kemudahan berikut :

(A) Pilihan Pertama
(i) menghabiskan kesemua baki Cuti Bersalin Bergaji Penuh (30 hari) yang layak; dan (ii) mengambil Cuti Rehat yang berkelayakan; dan
(iii) mengambil Cuti Bersalin Tanpa Gaji setelah menggunakan kemudahan (i) dan (ii) di atas;

atau

(B) Pilihan Kedua
(i) menghabiskan kesemua baki Cuti Bersalin Bergaji Penuh (30 hari) yang dilayaki; dan
(ii) menggunakan Cuti Menjaga Anak (tanpa gaji) sehari selepas tamat tempoh Cuti Bersalin Bergaji Penuh (Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 2014).

Rujukan: (Perkara 7.1 dalam PP14/2010)

4. PEGAWAI (KECUALI GURU) TELAH MENGGUNAKAN MAKSIMUM 300 HARI KEMUDAHAN CUTI BERSALIN. APAKAH KEMUDAHAN YANG BOLEH DIGUNAKAN OLEH PEGAWAI BAGI MEMENUHI TEMPOH CUTI BERSALIN?

Pegawai adalah dikehendaki untuk memenuhi tempoh 60 hari hingga 90 hari dengan menggunakan kemudahan-kemudahan berikut :

(A) Pilihan Pertama
(i) mengambil Cuti Rehat mengikut kelayakan pegawai mulai dari tarikh bersalin; dan
(ii) mengambil Cuti Bersalin Tanpa Gaji setelah menggunakan kemudahan (i) di atas;

atau

(B) Pilihan Kedua
menggunakan Cuti Menjaga Anak (tanpa gaji) mulai dari tarikh bersalin (Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 2014).

Rujukan: (Perkara 8.1 dalam PP14/2010)

5. ADAKAH CUTI SAKIT BOLEH DIGUNAKAN BAGI TUJUAN MENGGANTIKAN TEMPOH CUTI BERSALIN SEKIRANYA PEGAWAI TELAH MENGGUNAKAN KELAYAKAN MAKSIMUM CUTI BERSALIN 300 HARI?

Tidak. Cuti Sakit tidak boleh digunakan bagi maksud menggantikan tempoh Cuti Bersalin kecuali Cuti Tibi, Kusta dan Barah atau tempoh pegawai dimasukkan ke wad hospital kerana sakit bukan atas sebab bersalin.

Rujukan: (Perkara 11 dalam PP14/2010)

6. ADAKAH PEGAWAI YANG MENGALAMI KEGUGURAN PADA USIA KANDUNGAN 24 MINGGU LAYAK UNTUK MENGAMBIL CUTI BERSALIN?

Ya. Bagi pegawai yang telah melahirkan anak selepas 22 minggu mengandung, sama ada bayi itu hidup atau meninggal dunia adalah layak untuk diberi Cuti Bersalin memandangkan tubuh badan pegawai telah mengalami perubahan fizikal dan memerlukan Cuti Bersalin bagi tujuan pemulihan.

Rujukan: (Perkara 12 dalam PP14/2010)

7. ADAKAH KELAYAKAN CUTI BERSALIN PEGAWAI YANG TELAH MENGGUNAKAN KEMUDAHAN CUTI BERSALIN SEMASA BERKHIDMAT SECARA KONTRAK DIAMBIL KIRA SETELAH PEGAWAI TERSEBUT DILANTIK KE JAWATAN TETAP?

Ya. Kelayakan Cuti Bersalin semasa pegawai berkhidmat secara kontrak adalah diambil kira dan dianggap telah digunakan.
Rujukan: (Perkara 14 dalam PP14/2010)

8. ADAKAH PEGAWAI BOLEH MEMINDA TEMPOH CUTI BERSALIN YANG TELAH DILULUSKAN OLEH KETUA JABATAN?

Tidak. Pegawai tidak boleh meminda tempoh Cuti Bersalin yang telah diluluskan oleh Ketua Jabatan.
Rujukan: (Perkara 15.2 dalam PP14/2010)

9. PUAN SARAH SEDANG BERCUTI BELAJAR DAN DALAM TEMPOH TERSEBUT BELIAU TELAH MELAHIRKAN ANAK KEDUA TANPA PENANGGUHAN CUTI BELAJAR. ADAKAH PEGAWAI LAYAK MENGGUNAKAN KEMUDAHAN CUTI BERSALIN?

Tidak. Secara prinsipnya, tiada dua kemudahan digunakan dalam satu masa. Sekiranya pegawai bersalin dalam tempoh Cuti Belajar, maka pegawai tidak berkelayakan menggunakan kemudahan Cuti Bersalin.

Tambang Ehsan

1. APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PENJELASAN PEGAWAI YANG DIBERI KEMUDAHAN TAMBANG EHSAN?

Kemudahan Tambang Ehsan disediakan untuk pegawai Perkhidmatan Awam yang memenuhi takrifan pegawai "bertukar wilayah" berdasarkan peraturan perenggan 7, PP 5/1978. Kemudahan disediakan dari tempat pegawai bertugas ke ibu kota wilayah asal pegawai sekali bagi salah satu daripada dua tujuan iaitu sakit tenat atau meninggal dunia. Pegawai layak diberi 4 kali sahaja untuk menziarahi ibu, bapa, ibu mertua dan bapa mertua yang sakit tenat atau meninggal dunia.

2. SIAPAKAH KUASA MELULUS BAGI PERMOHONAN TAMBANG EHSAN?

Kelulusan Tambang Ehsan adalah oleh Ketua Jabatan.

3. ADAKAH PERMOHONAN TAMBANG EHSAN CUMA BOLEH DILAKUKAN SEKALI SEPANJANG PERKHIDMATAN?

Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 1978, kemudahan Tambang Ehsan diberi kepada pegawai yang bertukar wilayah. Pegawai layak diberi kemudahan ini untuk tujuan menziarahi ibu, bapa, ibu mertua dan bapa mertua yang sakit tenat atau meninggal dunia tertakluk kepada 4 kali kemudahan sahaja sepanjang tempoh perkhidmatan jika pegawai mempunyai ibu bapa dan ibu bapa mertua.
Kemudahan Tambang Ehsan hanya diberi untuk seorang sahaja sama ada kepada pegawai dengan tambang mengikut kelayakan ATAU seorang ahli keluarga dengan tambang penerbangan Kelas Ekonomi.
Rujukan: Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 1978
Tambang Mengunjungi Wilayah Asal
Tambang Mengunjungi Wilayah Asal

1. SEKIRANYA WILAYAH ASAL PEGAWAI ADALAH DI IPOH, PERAK BAGAIMANA PENETAPAN ATAU PILIHAN LAPANGAN TERBANG YANG TERDEKAT DIBUAT?

Memandangkan tiada penerbangan terus ke Ipoh, Perak maka pegawai boleh memilih lapangan terbang terdekat dengan Ipoh, Perak. Seterusnya, pegawai layak menuntut kemudahan tambang perjalanan dari lapangan terbang tersebut ke ibu negeri wilayah asal.

2. SITUASI: WILAYAH ASAL : JASIN, MELAKA. WILAYAH PENEMPATAN : KOTA KINABALU, SABAH. TIKET PENERBANGAN: DARI LAPANGAN TERBANG KOTA KINABALU KE JOHOR BAHRU, JOHOR (KERANA MELAKA TIADA LAPANGAN TERBANG). SOALAN: ADAKAH PEGAWAI LAYAK UNTUK MENUNTUT TAMBANG TEKSI DARI LAPANGAN TERBANG JOHOR BAHRU KE BANDAR MELAKA?

Perenggan 4(b), PP 22/2008 menjelaskan mengenai pelaksanaan TMWA di mana tambang perjalanan pergi dan balik disediakan dari tempat tinggal pegawai di wilayah berkhidmat ke ibu negeri wilayah asal atau bandar utama di wilayah asal.
Sehubungan itu, pegawai layak menuntut tambang perjalanan pergi dan balik dari tempat tinggal di wilayah berkhidmat ke ibu negeri wilayah asal. Ini bermaksud tambang perjalanan layak dituntut oleh pegawai dari rumah pegawai di wilayah berkhidmat ke lapangan terbang di wilayah berkhidmat serta lapangan terbang berdekatan wilayah asal ke ibu negeri wilayah asal.

3. SEKIRANYA PEGAWAI MEMPUNYAI LEBIH DARI SEORANG ISTERI. ADAKAH SEMUA ISTERI DAN ANAK-ANAK PEGAWAI LAYAK UNTUK MENDAPAT KEMUDAHAN TMWA?

Perenggan 3(c), PP22/2008 menyatakan tafsiran "keluarga pegawai" bermaksud isteri atau suami dan anak-anak pegawai di bawah umur 21 tahun yang masih dalam tanggungan pegawai. Justeru, bagi pegawai yang mempunyai lebih dari seorang isteri, Kerajaan hanya memperuntukkan TMWA bagi seorang isteri sahaja. Manakala semua anak di bawah tanggungan pegawai layak mendapat kemudahan TMWA.

4. ADAKAH PEGAWAI BOLEH MENGGUNAKAN KERETA SENDIRI UNTUK PERJALANAN DARIPADA RUMAH KE LAPANGAN TERBANG DAN MEMBUAT TUNTUTAN BERDASARKAN JARAK/KILOMETER DAN TUNTUTAN LAIN YANG SELAYAKNYA TERMASUK BAYARAN PARKIR KERETA DI LAPANGAN TERBANG?

Perenggan 4(c), PP22/2008 menyatakan kadar tambang adalah meliputi keseluruhan kos tambang pengangkutan termasuk tambang kapal terbang yang merangkumi harga tiket penerbangan, cukai lapangan terbang, insurans penumpang dan surcaj bahan api.
Dalam hal ini, kos tambang pengangkutan yang dimaksudkan adalah termasuk Elaun Perjalanan Kenderaan atau Tambang Pengangkutan Awam yang ditanggung oleh pegawai bagi perjalanan dari tempat tinggal pegawai di wilayah berkhidmat ke lapangan terbang. Sekiranya pegawai memilih untuk menggunakan kenderaan sendiri, pegawai layak menuntut Elaun Perjalanan Kenderaan bagi perjalanan dari tempat tinggal pegawai di wilayah berkhidmat ke lapangan terbang, namun kos parkir kereta di lapangan terbang adalah ditanggung sendiri oleh pegawai.
Kemudahan Perumahan

IMBUHAN TETAP PERUMAHAN BAGI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN

1. KENAIKAN KADAR IMBUHAN TETAP PERUMAHAN (ITP) BERDASARKAN PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 8/2015 (PP8/2015) HANYA MELIBATKAN GRED 41/42 DAN KE BAWAH SAHAJA. ADAKAH PEMBERIAN 25% ITP KEPADA PEGAWAI YANG DIPERUNTUKKAN KUARTERS JUGA HANYA MELIBATKAN GRED 41/42 DAN KE BAWAH SAHAJA?

Pemberian ITP kepada pegawai yang menduduki kuarters pada kadar 25% daripada kelayakan ITP pegawai mengikut penetapan PP8/2015 adalah merangkumi semua pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dalam Kumpulan Pelaksana (Gred 11 hingga 40), Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 hingga 54) dan Kumpulan Pengurusan Tertinggi (JUSA hingga TURUS).

2. PEGAWAI YANG BERTUKAR WILAYAH DAN MENDIAMI KUARTERS ADAKAH LAYAK DIBAYAR 25% ITP?

Pemberian 25% ITP juga terpakai kepada semua pegawai dalam Kumpulan Pelaksana (Gred 11 hingga 40), Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 hingga 54) dan Kumpulan Pengurusan Tertinggi (JUSA hingga TURUS) yang bertukar wilayah dan menduduki kuarters berdasarkan perkara 5, PP8/2015. Kerajaan telah menetapkan bahawa semua pegawai awam yang menduduki kuarters layak mendapat ITP pada kadar 25% daripada kelayakan ITP pegawai. Ini meliputi pegawai-pegawai yang bertukar wilayah.

3. ADAKAH PEGAWAI BERTUKAR WILAYAH YANG SEBELUM INI MEMILIH ELAUN PERUMAHAN WILAYAH (EPW) KERANA KADARNYA LEBIH TINGGI BOLEH MENUKAR UNTUK MEMILIH ITP?

Perkara 6.2, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11 Tahun 2001 (PP11/2001) menyatakan pegawai yang tidak menduduki rumah kerajaan boleh memilih ITP atau EPW. Pilihan sama ada menerima ITP atau EPW kepada pegawai yang bertukar wilayah hanya diberikan apabila pegawai bertukar wilayah sahaja. Namun begitu, berdasarkan PP11/2001, Kadar ITP digunakan jika kadar EPW lebih rendah.

4. PASANGAN PEGAWAI YANG KEDUA-DUANYA BERASAL DARI SEMENANJUNG DITUGASKAN KE SABAH. WALAU BAGAIMANAPUN, SUAMI DITEMPATKAN DI SANDAKAN MANAKALA ISTERI DITEMPATKAN DI KOTA KINABALU DAN KEDUA-DUA PEGAWAI DIPERUNTUKKAN KUARTERS (RUMAH BIASA KERAJAAN) DI TEMPAT BERTUGAS MASING-MASING. ADAKAH PEGAWAI LAYAK DIBAYAR 25% ITP?

Berdasarkan perkara 7, PP8/2015, pegawai yang diperuntukkan kuarters, layak menerima bayaran ITP pada kadar 25% daripada kelayakan ITP pegawai. Dalam hal ini, kedua-dua pegawai layak menerima bayaran ITP pada kadar 25% daripada kadar ITP masing-masing.

5. PASANGAN PEGAWAI YANG KEDUA-DUANYA BERASAL DARI SEMENANJUNG DITUGASKAN KE SABAH. WALAU BAGAIMANAPUN, SUAMI DITEMPATKAN DI SANDAKAN MANAKALA ISTERI DITEMPATKAN DI KOTA KINABALU. HANYA SEORANG SAHAJA YANG DIPERUNTUKKAN KUARTERS (RUMAH BIASA KERAJAAN). ADAKAH PEGAWAI LAYAK DIBAYAR 25% ITP?

Berdasarkan perkara 7, PP8/2015, pegawai yang diperuntukkan kuarters, layak menerima bayaran ITP pada kadar 25% daripada kelayakan ITP pegawai. Manakala berdasarkan perkara 8, PP8/2015, pegawai yang tidak diperuntukkan kuarters, layak untuk menerima bayaran ITP atau EPW mengikut perbekalan perkara 6.2, PP11/2001.

6. PEGAWAI YANG TINGGAL DI ASRAMA [ITP DAN BANTUAN SARA HIDUP (BSH) (50%) DIPOTONG]. ADAKAH PEGAWAI LAYAK DIBAYAR 25% ITP SEPERTI DALAM PP8/2015?

Seorang pegawai yang disediakan tempat penginapan/asrama dan tinggal sepenuh masa serta dianggap sebagai kuarters (tidak dibayar ITP), layak menerima ITP pada kadar 25% daripada kelayakan ITP pegawai.

7. PEGAWAI YANG MENDIAMI RUMAH KHAS JABATAN/JAWATAN ADAKAH LAYAK DIBAYAR 25% ITP?

Pegawai yang mendiami Rumah Khas Jabatan/Jawatan tidak layak dibayar 25% ITP selaras dengan perkara 6, PP8/2015.

8. ADAKAH PEGAWAI YANG MENERIMA BAYARAN PERUMAHAN KHAS (BPK) AKAN DISELARASKAN KADARNYA MENGIKUT PP8/2015?

Pegawai yang menduduki Rumah Khas Jabatan turut menikmati kadar baharu ITP di bawah PP8/2015 mengikut gred jawatan pegawai. Walau bagaimanapun, peratusan pemberian BPK daripada kadar ITP masih kekal seperti ditetapkan di perkara 3, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11 Tahun 2002 (PP11/2002).

9. APAKAH KADAR ITP BAGI PEGAWAI YANG SEDANG BERCUTI TANPA GAJI?

Pegawai yang sedang bercuti tanpa gaji tidak layak diberi ITP sepanjang tempoh cuti tanpa gaji selaras dengan perkara 5.3(a), Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2009 (SPP4/2009).

10. APAKAH KADAR ITP BAGI PEGAWAI YANG SEDANG CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH (CBBP)?

Kadar ITP yang layak diberikan kepada pegawai yang sedang CBBP adalah pada kadar penuh selaras dengan perkara 5.1(b), SPP4/2009.

11. ADAKAH PP8/2015 TERPAKAI KEPADA PEGAWAI LANTIKAN SEMENTARA, CONTRACT OF SERVICE DAN CONTRACT FOR SERVICE?

Semua pegawai lantikan tetap, sementara dan Contract Of Service adalah tertakluk kepada PP8/2015 kecuali pegawai lantikan Contract For Service.

Terma dan syarat perkhidmatan serta jumlah pendapatan bagi pegawai lantikan Contract For Service adalah berbeza dengan penjawat awam dan tidak tertakluk atau ditadbir mengikut PP8/2015.

12. ADAKAH PP8/2015 INI BERKUAT KUASA KEPADA PEGAWAI YANG MASIH KEKAL DALAM SISTEM SARAAN BARU DAN SKIM PERKHIDMATAN JAWATANKUASA KABINET 1976 (JKK 1976)?

PP8/2015 adalah berkuat kuasa kepada semua pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan termasuk pegawai yang masih kekal dalam SSB dan Skim Perkhidmatan JKK 1976.

13. ADAKAH PEGAWAI YANG BERKHIDMAT DI LUAR NEGARA DAN MENDIAMI KUARTERS YANG DISEWA OLEH JABATAN ATAU KUARTERS YANG DISEDIAKAN OLEH JABATAN LAYAK MENERIMA ITP PADA KADAR 25%?

Pegawai Awam Persekutuan yang berkhidmat di luar negara dan disediakan kuarters oleh Jabatan layak dibayar ITP pada kadar 25% daripada kadar kelayakan ITP mengikut gred pegawai selaras dengan perkara 5, PP8/2015.

14. RUJUKAN :

[1] Pekeliling Perkhidmatan Bil. 8 Tahun 2015
[2] Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11 Tahun 2001
[3] Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11 Tahun 2002
[4] Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2009

BAYARAN LEBIH MASA

1. APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN KERJA LEBIH MASA?

Kerja lebih masa adalah kerja-kerja rasmi/ hakiki seseorang pegawai atau Jabatan yang dijalankan atas arahan Ketua Jabatan di luar waktu bekerja biasa yang telah ditetapkan, atau pada hari rehat mingguan atau pada hari kelepasan am. (Perintah Am 11 Bab G dan perkara 1.2 Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 1980)

2. SIAPAKAH YANG LAYAK DIBERI BAYARAN LEBIH MASA?

Semua pegawai dalam Kumpulan Sokongan layak dibayar Bayaran Lebih Masa kecuali pegawai dalam perkhidmatan Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Penjara, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia. [Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 1991 (PP9/1991), Perkara 24 Lampiran D6]

3. ADAKAH PEGAWAI YANG BERKELAYAKAN DIBERI BAYARAN LEBIH MASA BOLEH MEMILIH UNTUK DITUKAR DENGAN CUTI GANTIAN?

Ya. Pegawai yang berkelayakan boleh memilih untuk diberi Bayaran Lebih Masa atau Cuti Gantian. Jika pegawai memilih untuk mendapatkan Cuti Gantian, pegawai perlu mempunyai 9 jam kerja lebih masa untuk melayakkan diberi 1 hari Cuti Gantian. (Perintah Am 40 Bab C, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 13 Tahun 2005, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2007 dan Surat Edaran JPA bertarikh 11 Ogos 2010)

4. ADAKAH PEGAWAI YANG MENJALANKAN KERJA LEBIH MASA DI LUAR KAWASAN IBU PEJABAT BOLEH MENUNTUT BAYARAN LEBIH MASA DAN ELAUN BERTUGAS RASMI DI LUAR IBU PEJABAT?

Ya. Pegawai yang diarah menjalankan kerja lebih masa di luar kawasan ibu pejabat adalah layak menuntut Bayaran Lebih Masa dan juga elaun bertugas rasmi seperti Elaun Makan, Bayaran Sewa Hotel dan Elaun Perjalanan Kenderaan tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan dalam WP 1.4/2013. (Surat Edaran JPA bertarikh 15 November 2001)

5. ADAKAH PEGAWAI YANG MENJADI PESERTA KURSUS / SEMINAR / BENGKEL YANG DIADAKAN DI LUAR WAKTU BEKERJA BOLEH DIBAYAR BAYARAN LEBIH MASA?

Tidak. Pegawai yang menjadi peserta kursus/ seminar/ bengkel tidak layak dibayar Bayaran Lebih Masa atau Cuti Gantian kecuali pegawai yang menjadi urusetia yang mengendalikan kursus/ seminar/ bengkel tersebut.

6. APAKAH SYARAT-SYARAT KERJA YANG MEMBOLEHKAN SESEORANG MENUNTUT BAYARAN LEBIH MASA?

Corak kerja lebih masa adalah meliputi semua jenis tugas seperti perkhidmatan kaunter, pemerosesan, penyeliaan dan pengawasan dengan tertakluk kepada syarat-syarat kerja seperti berikut:

1. kerja-kerja kecemasan:
2. kerja mustahak dan tidak boleh ditangguhkan kepada hari berikutnya oleh sebab
penangguhan itu boleh memudaratkan perkhidmatan;
3. kerja-kerja yang dikehendaki dibuat oleh anggota melebihi daripada bidang tugas
biasanya; dan
4. kerja-kerja yang perlu diuruskan dalam jangkamasa yang terhad.
(PP9/1991, Perkara 24 Lampiran D6)

7. ADAKAH PEGAWAI YANG DIARAHKAN BERTUGAS LEBIH MASA PADA HARI-HARI KELEPASAN AM/ REHAT MINGGUAN/ REHAT SABTU BOLEH DIBAYAR TUNTUTAN PERJALANAN DARI RUMAH KE PEJABAT?

Ya. Pegawai layak membuat tuntutan perjalanan jika diarahkan secara bertulis oleh Ketua Jabatan untuk datang ke pejabat atau ke mana-mana tempat yang diarahkan bagi menjalankan tugas rasmi selepas waktu bekerja biasa atau pada hari-hari kelepasan am/ rehat mingguan/ rehat sabtu.
(Perkara 13, Pekeliling Perbendaharaan WP1.4)

8. ADAKAH SEORANG PEMANDU DAN PEGAWAI LAIN YANG BERTUGAS DI LUAR IBU PEJABAT LAYAK MENUNTUT BAYARAN LEBIH MASA DALAM SEMASA DALAM PERJALANAN?

Seorang pemandu yang diarah bekerja lebih masa di luar Ibu Pejabat adalah layak menuntut bayaran lebih masa termasuk semasa dalam perjalanan kerana memandu adalah tugas hakiki pemandu.

Bagi pegawai selain daripada pemandu, masa dalam perjalanan adalah boleh dikira sebagai kerja lebih masa, jika tempoh waktu bertugas di luar Ibu Pejabat itu adalah kurang daripada tempoh 24 jam. Jika tempoh tersebut melebihi 24 jam, maka pegawai tersebut adalah tidak layak dibayar bayaran lebih masa dalam perjalanan. (Surat Edaran JPA bertarikh 15 November 2001)

9. ADAKAH SESEORANG PEGAWAI YANG SEDANG BERCUTI REHAT DAN KEMUDIANNYA DIPANGGIL UNTUK BERTUGAS DIBENARKAN MENUNTUT BAYARAN LEBIH MASA?

Pegawai yang sedang bercuti rehat tidak layak menuntut Bayaran Lebih Masa bagi hari-hari pegawai dipanggil untuk bertugas. Sebaliknya, pegawai hendaklah membatalkan/memendekkan cuti rehatnya bagi hari-hari pegawai dipanggil untuk bertugas. Tuntutan Bayaran Lebih Masa adalah dibenarkan sekiranya pegawai menjalankan kerja lebih masa berdasarkan peraturan yang sedang berkuat kuasa.
(Perintah Am 11 Bab G)

ELAUN BERTUKAR WILAYAH

1. APAKAH ELAUN DAN KEMUDAHAN YANG LAYAK DIBERI KEPADA PEGAWAI YANG BERTUKAR WILAYAH?

Pegawai Perkhidmatan Awam yang bertukar wilayah layak diberi elaun dan kemudahan seperti berikut:-

1. Bayaran Insentif Wilayah
2. Elaun Perumahan Wilayah
3. Elaun Gangguan
4. Tambang Mengunjungi Wilayah Asal
5. Tambang Ehsan
6. Tambang Mengiringi Jenazah kepad keluarga pegawai yang bertukar
wilayah.

2. APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN BERTUKAR WILAYAH?

Pegawai yang bertukar wilayah bermaksud pegawai yang berkhidmat di wilayah selain dari wilayah asalnya. Wilayah dalam konteks ini bermaksud Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Labuan. Wilayah asal seseorang pegawai adalah berdasarkan wilayah kelahiran ibu atau bapa pegawai. Sekiranya ibu bapa pegawai dilahirkan di wilayah yang berbeza, pegawai boleh memilih sama ada wilayah kelahiran ibu atau wilayah kelahiran bapa sebagai wilayah asalnya.

3. ADAKAH PEGAWAI YANG DILAHIRKAN DI SEMENANJUNG MALAYSIA DAN BERTUGAS DI SEMENANJUNG MALAYSIA BOLEH MENGISYTIHARKAN WILAYAH ASALNYA DARI SABAH KERANA IBUNYA LAHIR DI SABAH MANAKALA BAPANYA LAHIR DI SEMENANJUNG?

Ya. Pegawai boleh mengistiharkan wilayah asalnya sebagai Sabah kerana peraturan membenarkan pegawai memilih sama ada wilayah kelahiran ibu atau wilayah kelahiran bapa sebagai wilayah asalnya.

4. ADAKAH PEGAWAI YANG BERTUKAR WILAYAH PERLU DIBAYAR ELAUN PERUMAHAN WILAYAH (EPW) ATAU BOLEH MEMILIH UNTUK DIBAYAR IMBUHAN TETAP PERUMAHAN (ITP)?

Pegawai yang bertukar wilayah boleh memilih sama ada menerima Elaun Perumahan Wilayah (EPW) atau Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) dengan menggunakan Borang JPA (EPW) yang terdapat di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11 Tahun 2001. Borang tersebut hendaklah dikemukakan kepada Ketua Jabatan.

5. BILAKAH TARIKH PEGAWAI LAYAK DIBAYAR ELAUN PERUMAHAN WILAYAH (EPW)?

Pegawai layak dibayar Elaun Perumahan Wilayah (EPW) mulai dari tarikh pegawai melaporkan diri di wilayah penempatan.

6. APAKAH YANG DIMAKSUDKAN KEMUDAHAN TAMBANG EHSAN?

Tambang Ehsan disediakan kepada Pegawai Perkhidmatan Awam yang 'bertukar wilayah '. Kemudahan ini disediakan dari tempat pegawai bertugas ke ibu kota wilayah asal pegawai sekali bagi salah satu daripada tujuan iaitu untuk menziarahi ibu, bapa, ibu mertua, bapa mertua yang sakit tenat atau meninggal dunia.

7. APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN ELAUN GANGGUAN?

Elaun Gangguan merupakan suatu bayaran yang diberi kepada pegawai yang bertukar wilayah apabila pegawai ditukarkan balik ke wilayah asalnya. Elaun Gangguan dibayar atas kadar sebulan gaji hakiki pegawai. Sekiranya perlu, Elaun Gangguan dibayar secara pendahuluan sebanyak separuh daripada gaji yang diterimanya ketika itu. Baki bayaran Elaun Gangguan akan dibayar berasaskan kepada gaji terakhir yang diterima oleh pegawai itu sejurus sebelum ia bertukar semula ke wilayah asalnya. Bagi dua orang pegawai suami isteri yang bertukar semula ke wilayah asal, hanya seorang sahaja yang layak menuntut Elaun Gangguan mengikut gaji siapa yang lebih tinggi.

8. SIAPAKAH YANG LAYAK DIBERI KEMUDAHAN TAMBANG MENGIRINGI JENAZAH KEPADA KELUARGA PEGAWAI YANG BERTUKAR WILAYAH?

Kemudahan Tambang Mengiringi Jenazah diberi kepada keluarga pegawai yang bertukar wilayah bagi tujuan mengiringi jenazah pegawai dari tempat tinggal di wilayah berkhidmat ke tempat pengebumiannya.
Keluarga bermaksud keluarga pegawai iaitu isteri / suami dan anak-anak pegawai yang di bawah umur 21 tahun, dan masih dalam tanggungan pegawai kecuali anak yang daif disebabkan oleh kelemahan otak atau jasmani.

9. RUJUKAN:

[1]Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012
[2] Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 22 Tahun 2008
[3] Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002
[4] Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 tahun 2001
[5]Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 1988
[6] Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 1978

RAWATAN LUAR STESEN

1. SIAPA YANG LAYAK UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN DI LUAR STESEN?

Perintah Am 3, Perintah-perintah Am Bab F (Perubatan) Tahun 1974 menetapkan bahawa pegawai Perkhidmatan Awam dan keluarga mereka hendaklah mendapatkan rawatan di hospital-hospital atau klinik-klinik Kerajaan yang berhampiran dengan stesen mereka. Sekiranya seseorang pegawai perubatan tempatan mengesahkan bahawa seseorang pegawai itu atau keluarganya perlu mendapat rawatan dari pegawai-pegawai perubatan di tempat lain, maka dia atau keluarganya boleh menuntut elaun-elaun seperti dalam Perintah-perintah Am Bab B (Elaun-elaun Dalam Perkhidmatan) Tahun 1974 seolah-olah dia atau keluarganya ke luar stesen atas urusan rasmi.

2. APAKAH KELAYAKAN ELAUN-ELAUN YANG BOLEH DIBERI KEPADA SESEORANG PEGAWAI YANG DIRUJUK UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN PERUBATAN DI LUAR STESEN PEGAWAI BERTUGAS?

Perintah Am 42 (a), Perintah-perintah Am Bab B (Elaun-elaun dalam Perkhidmatan Awam) Tahun 1974 menetapkan apabila seseorang pegawai perubatan mengesahkan bahawa seseorang pegawai atau keluarganya memerlukan rawatan atau nasihat perubatan yang tidak boleh diperolehi di tempat ia bertugas, dan dia atau keluarganya tidak dikehendaki tinggal di hospital, maka pegawai itu boleh dibenarkan menuntut semua elaun yang ia berkelayakan di dalam bab ini, termasuk bayaran sewa hotel atau lojing, seolah-olah ia sedang dalam perjalanan rasmi kerana urusan perjalanan untuk mendapatkan rawatan itu bagi dirinya atau ahli keluarganya.

3. SEKIRANYA PEGAWAI MENDAPATKAN RAWATAN LUAR STESEN TANPA PENGESAHAN PEGAWAI PERUBATAN TEMPATAN, ADAKAH PEGAWAI LAYAK UNTUK MENUNTUT ELAUN-ELAUN TERSEBUT?

Sekiranya pegawai itu sendiri ingin hendak mendapatkan rawatan dari seorang pegawai perubatan di tempat lain tanpa nasihat dari pegawai perubatan tempatan, maka elaun-elaun tersebut tidak boleh dituntut [Perintah Am 3, Perintah-perintah Am Bab F (Perubatan) Tahun 1974].

4. APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN ISTILAH 'KELUARGA PEGAWAI?

Perintah Am 1 (iii), Perintah-perintah Am Bab F (Perubatan) Tahun 1974 menetapkan tafsiran 'keluarga pegawai' ialah bagi pegawai lelaki, isteri dan anak-anaknya; dan bagi pegawai perempuan, suami dan anak-anaknya. Anak-anak yang berkelayakan ialah anak-anak yang ditanggung sepenuhnya oleh pegawai yang berumur di bawah 18 tahun atau sekiranya masih bersekolah, di bawah umur 21 tahun. Walau bagaimanapun, anak-anak yang daif yang disebabkan oleh kelemahan otak atau jasmani, had-had umur ini tidak terpakai. Istilah anak adalah termasuk anak tiri dan anak angkat yang diambil mengikut undang-undang.

5. SEKIRANYA PEGAWAI MENGIRINGI IBU ATAU BAPA UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN DI LUAR STESEN PEGAWAI BERTUGAS (ATAS PERAKUAN PEGAWAI PERUBATAN TEMPATAN), ADAKAH PEGAWAI LAYAK UNTUK MENUNTUT ELAUN-ELAUN TERSEBUT?

Tidak layak. Ibu bapa yang sah kepada pegawai adalah dibenarkan kemudahan rawatan perubatan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perintah Am Bab F (Perubatan) Tahun 1974 dan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 21 Tahun 2009 sahaja.

6. JIKA PEGAWAI PERUBATAN TEMPATAN MEMPERAKUKAN BAHAWA PEGAWAI ATAU AHLI KELUARGA PEGAWAI YANG SAKIT PERLU DIIRING, APAKAH KELAYAKAN ELAUN-ELAUN BAGI PENGIRING TERSEBUT?

Perkara 15, Lampiran D7, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 1991 membenarkan seorang pengiring jika diperakukan oleh pegawai perubatan tempatan. Elaun-elaun bertugas rasmi adalah dibenarkan untuk pengiring, seolah-olah ia menjalankan tugas rasmi ketika mengiringi pesakit, tidak melebihi lima (5) hari berasaskan kepada kelayakan pegawai berkenaan.

7. APAKAH KADAR ELAUN MAKAN BAGI SUAMI/ISTERI PEGAWAI YANG LAYAK DITUNTUT OLEH PEGAWAI?

Perintah Am 42 (b), Perintah-perintah Am Bab B (Elaun-elaun dalam Perkhidmatan Awam) Tahun 1974 menetapkan bahawa kadar Elaun Makan yang boleh dituntut bagi isteri atau suami pegawai yang memerlukan rawatan hendaklah sama dengan kadar pegawai.

8. SEKIRANYA, SUAMI DAN ISTERI ADALAH MERUPAKAN PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM, ADAKAH TUNTUTAN BOLEH DIBUAT OLEH KEDUA-DUANYA?

Bagi pegawai yang kedua-duanya merupakan pegawai Perkhidmatan Awam, tuntutan hendaklah dibuat oleh salah seorang (suami atau isteri sahaja), tidak kira sama ada pegawai itu pesakit atau pengiring.

9. SEKIRANYA PEGAWAI DIKEHENDAKI MENGIRING KELUARGANYA UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN DI LUAR STESEN, ADAKAH PEGAWAI LAYAK MEMOHON SEBARANG CUTI TANPA REKOD UNTUK TUJUAN TERSEBUT?

Seseorang pegawai yang mengiringi ahli keluarganya untuk mendapatkan rawatan perubatan di luar stesen hendaklah menggunakan kemudahan Cuti Rehat atau kemudahan Cuti Separuh Gaji atau cuti-cuti lain yang ia berkelayakan.

BANTUAN SARA HIDUP

1. ADAKAH PEGAWAI YANG DILULUSKAN CUTI BELAJAR SEPARUH GAJI (CBSG) LAYAK DIBAYAR BSH?

Ya. Pegawai yang diluluskan CBSG dalam negeri layak dibayar BSH atas kadar separuh apabila genap sebulan kalendar mulai tarikh CBSG mengikut kadar kawasan institusi berkenaan.

2. ADAKAH PEGAWAI YANG DIPERUNTUKKAN RUMAH KHAS JAWATAN/ JABATAN (DALAM LINGKUNGAN 25KM DARI PEJABAT) YANG DIBAYAR BAYARAN PERUMAHAN KHAS LAYAK BSH DENGAN KADAR SEPARUH.

Pegawai yang diperuntukkan Rumah Khas Jawatan/ Jabatan yang dibayar Bayaran Perumahan Khas juga layak diberi BSH atas kadar separuh (50%) daripada kadar pegawai yang tidak diperuntukkan Rumah Kerajaan.

3. RUJUKAN:

Pekeliling Perkhidmatan Bil. 28 Tahun 2005
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 7 Tahun 2006
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2007
JPA (BGE)(S)63/145/1-2(47) bertarikh 19 Dis 2008
JPA (BGE)(S)63/145/1-2(48) bertarikh 19 Dis 2008
JPA (S)63/57/2 KH.8(97) bertarikh 8 Feb 2010
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2012

ELAUN PERUMAHAN WILAYAH (EPW)

1. APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PEGAWAI YANG BERTUKAR WILAYAH DAN TAKRIFAN BERASAL?

Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2001, pegawai yang bertukar wilayah bermaksud pegawai yang berasal dari Sabah atau Sarawak yang berkhidmat di Semenanjung atau pegawai yang berasal dari Semenanjung yang berkhidmat di Sabah atau Sarawak. Manakala Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 29 Tahun 2005 menyatakan bahawa Kerajaan telah bersetuju supaya Labuan ditakrif sebagai wilayah berasingan dari Sabah.
Takrifan "berasal" pegawai pula adalah merujuk kepada wilayah kelahiran ibu atau bapa pegawai seperti yang dinyatakan melalui Surat Edaran Jabatan ini bil. JPA(S) 63/75/2/(SV61) bertarikh 12 Oktober 2000.

2. BOLEHKAH EPW DIBAYAR KEPADA PEGAWAI YANG BERTUGAS DI SABAH SEDANGKAN IANYA TELAH DILAHIRKAN DI SABAH DAN IBU BAPANYA JUGA ADALAH BERASAL DARI SABAH?

Tidak. Dalam kedudukan ini, pegawai tidak layak dibayar EPW kerana tidak memenuhi kriteria takrif berasal seperti yang telah dinyatakan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 22 Tahun 2008.

3. BAGAIMANAKAH KEDUDUKAN EPW PEGAWAI YANG BERTUGAS DI SEMENANJUNG DAN DILAHIRKAN DI SEMENANJUNG SEDANGKAN BAPA PEGAWAI BERASAL DARI SARAWAK MANAKALA IBUNYA BERASAL DARI SEMENANJUNG?

Dalam keadaan ini, pegawai mestilah mengisytiharkan terlebih dahulu wilayah asalnya dan direkodkan dalam buku perkhidmatan pegawai. Sekiranya ibu bapa pegawai dilahirkan di wilayah yang berbeza, pegawai perlu memilih sama ada wilayah kelahiran ibu atau bapa sebagai wilayah asalnya tertakluk kepada sekali pemilihan dalam tempoh perkhidmatan.

4. ADAKAH PEGAWAI LAYAK DIBAYAR EPW SEKIRANYA PEGAWAI MENDIAMI RUMAH YANG TELAH DIBELI OLEH PASANGANNYA MELALUI PINJAMAN PERUMAHAN KERAJAAN?

Ya. Mengikut Surat Edaran Jabatan ini bil. JPA(S) 63/151 Klt. 23 (8) bertarikh 14 Julai 2009, Kerajaan telah bersetuju meminda supaya pegawai yang mendiami rumah yang dibeli oleh pasangan pegawai dengan pinjaman perumahan Kerajaan di dalam stesen pegawai berkhidmat adalah layak diberi EPW.

5. ADAKAH EPW DIBAYAR MENGIKUT TARIKH PEGAWAI LAPOR DIRI DI WILAYAH PENEMPATAN ATAU MEMOHON TERLEBIH DAHULU?

Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2001 menyatakan bahawa EPW dibayar kepada pegawai mulai dari tarikh pegawai melapor diri di wilayah baru.

6. ADAKAH PEGAWAI YANG MEMBELI RUMAH BERHAMPIRAN DENGAN PEJABAT BELIAU BEKERJA MENGGUNAKAN PINJAMAN SWASTA LAYAK DIBAYAR EPW?

Tidak. Perenggan 6.7, PP11/2001 menjelaskan bahawa Pegawai yang telah diberi kemudahan Skim Pinjaman Perumahan Kerajaan adalah tidak layak dibayar EPW. Pegawai yang membeli rumah dengan pinjaman swasta adalah layak dibayar EPW.

7. PEGAWAI INGIN MENUKARKAN EPW KEPADA IMBUHAN TETAP PERUMAHAN (ITP). INI KERANA PEGAWAI MELIHAT KADAR ITP LEBIH TINGGI DARIPADA KADAR EPW. ADAKAH PEGAWAI LAYAK UNTUK MENUKAR ELAUN TERSEBUT?

Tidak. Pegawai yang telah memilih EPW adalah tidak layak menukarkan EPW kepada ITP dalam tempoh pertukaran wilayah yang sama. Walau bagaimanapun, pegawai dibenarkan membuat pemilihan baru sekiranya melibatkan pertukaran wilayah baru kecuali ditukarkan kembali ke wilayah asalnya.

8. RUJUKAN:

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 tahun 2001
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 22 Tahun 2008
Surat Edaran JPA(S) 63/151 Klt. 23 (8) bertarikh 14 Julai 2009.
Surat Edaran JPA(S) 63/75/2/(SV61) bertarikh 12 Oktober 2000.

BAYARAN INSENTIF WILAYAH (BIW)

1. APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN BAYARAN INSENTIF WILAYAH (BIW). SIAPAKAH PEGAWAI YANG LAYAK DIBERI BAYARAN TERSEBUT?

Bayaran Insentif Wilayah (BIW) dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam yang bertukar wilayah. Pegawai yang bertukar wilayah adalah:
• Pegawai yang berasal dari Sabah dan Sarawak yang dilantik dan/atau
ditempatkan berkhidmat di Semenanjung
• Pegawai yang berasal dari Semenanjung yang dilantik dan/atau
ditempatkan berkhidmat di Sabah dan Sarawak.
• Pegawai dari Sabah dan Sarawak yang bertukar di negeri-negeri itu.

2. ADAKAH PEMBERHENTIAN BAYARAN INSENTIF WILAYAH INI MELIBATKAN KURSUS (BERCUTI BELAJAR JIKA TERGOLONG DALAM TAKRIFAN KURSUS) DI LUAR NEGERI SAHAJA ATAU PUN TIDAK KIRA DI MANA KURSUS (CUTI BELAJAR JIKA TERGOLONG DALAM TAKRIFAN KURSUS) DIADAKAN YANG TEMPOHNYA MELEBIHI 3 BULAN?

Ya. Bagi pegawai yang berkursus lebih dari tiga (3) bulan, sama ada di dalam atau di luar negeri, Bayaran Insentif Wilayah ini akan diberhentikan.

3. ADAKAH PEGAWAI YANG TELAH DIBERI BAYARAN INSENTIF WILAYAH JUGA LAYAK DIBERI BAYARAN BANTUAN SARA HIDUP?

Tidak. Pegawai yang dibayar Bayaran Insentif Wilayah tidak layak menerima Bantuan Sara Hidup seperti tertakluk di bawah perenggan 4, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 28 Tahun 2005.

4. BAGI PEGAWAI YANG BERKURSUS LEBIH DARI TIGA (3) BULAN, SAMA ADA DI DALAM ATAU DI LUAR NEGERI, BAYARAN INSENTIF WILAYAH AKAN DIBERHENTIKAN, ADAKAH PEGAWAI LAYAK MENERIMA KOS BANTUAN SARA HIDUP MENGIKUT DIMANA WILAYAH PEGAWAI BERKURSUS?

Bagi pegawai yang menghadiri kursus (termasuk cuti belajar) melebihi tiga (3) bulan adalah tidak memenuhi syarat kelayakan untuk dibayar Bayaran Insentif Wilayah (BIW), sebaliknya pegawai akan dibayar Bantuan Sara Hidup (COLA) berdasarkan kepada asas pemberian elaun yang sama iaitu untuk membantu menangani kos sara hidup yang kian meningkat. Perkara ini tertakluk di dalam Garis Panduan Kemudahan Cuti Belajar Kepada Pegawai Awam Yang Mengikuti Kursus Jangka Sederhana Dan Kursus Jangka Panjang Secara Sepenuh Masa yang dikeluarkan oleh Bahagian Modal Insan, JPA.
Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2012, COLA dibayar mengikut lokasi institusi pengajian bagi pegawai yang diluluskan cuti belajar/ kursus jangka panjang dalam negara.
Manakala Elaun Perumahan Wilayah (EPW) juga tidak akan dibayar kepada pegawai yang mengikuti kursus melebihi 3 bulan. Pegawai akan diberikan Imbuhan Tetap Perumahan (ITP). Perkara ini tertakluk di dalam Garis Panduan Kemudahan Cuti Belajar Kepada Pegawai Awam Yang Mengikuti Kursus Jangka Sederhana Dan Kursus Jangka Panjang Secara Sepenuh Masa yang dikeluarkan oleh Bahagian Modal Insan, JPA. Rujukan : Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2012.

5. BAYARAN INSENTIF WILAYAH (BIW) BIASANYA DIBAYAR KEPADA PEGAWAI YANG BERKHIDMAT DI WILAYAH SELAIN DARIPADA WILAYAH ASAL. APAKAH JUSTIFIKASINYA BAGI SEORANG PENSYARAH YANG BERASAL DARI SARAWAK DAN BERKHIDMAT DENGAN UNIMAS (SARAWAK) MENDAPAT BIW.

Untuk makluman tuan, Bayaran Insentif Wilayah (BIW) dibayar kepada:

a) pegawai yang berasal dari Sabah dan Sarawak yang dilantik dan/atau ditempatkan berkhidmat di Semenanjung;
b) pegawai yang berasal dari Semenanjung yang dilantik dan/atau ditempatkan berkhidmat di Sabah dan Sarawak;
c) pegawai dari Sabah dan Sarawak yang bertukar di antara negeri-negeri itu;
d) pegawai di Sabah/Sarawak yang bertugas di negeri masing-masing.
BIW dibayar mengikut peratusan tertentu berdasarkan lingkungan gaji pegawai (Rujuk Lampiran I, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 2012).
Berdasarkan perenggan 4(d), Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2012 menyatakan pegawai yang dibayar BIW tidak layak dibayar Bantuan Sara Hidup (COLA).
Pegawai yang mendiami rumah kerajaan akan terus dibayar BIW.
Rujukan :Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 2012 & Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2012

6. ADAKAH PEGAWAI SUAMI DAN ISTERI LAYAK MENERIMA ELAUN PERUMAHAN WILAYAH DALAM SITUASI SUAMI BERKHIDMAT DI SARAWAK MANAKALA ISTERI BERKHIDMAT DI SABAH?

Berdasarkan perenggan 6.5, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11 Tahun 2001 (PP11/2001), pegawai suami dan isteri yang bertukar wilayah dan tidak menduduki rumah kerajaan, boleh dibayar Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) masing-masing. Walau bagaimanapun, salah seorang antara mereka boleh memilih Elaun Perumahan Wilayah (EPW).
Penjelasan perenggan 6.5 PP11/2001 adalah sebagaimana berikut:
a) pegawai suami isteri yang bertukar wilayah yang sama dan tidak menduduki rumah kerajaan, boleh dibayar ITP masing-masing. Walau bagaimanapun, salah seorang antara mereka boleh memilih EPW.
b) pegawai suami isteri yang bertukar wilayah yang berbeza dan tidak menduduki rumah kerajaan layak dibayar EPW masing-masing.
Sehubungan itu, pelaksanaan pemberian EPW adalah tertakluk kepada perenggan 6.5 PP11/2001 dan penjelasan seperti (b) di atas memandangkan suami dan isteri (asal Semenanjung) telah bertukar ke wilayah yang berbeza.

7.RUJUKAN

Pekeliling Perkhidmatan Bil . 11Tahun 2001
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2012
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 1988
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 1987
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1996
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2001
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2005
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2007

PEMBERIAN WANG TUNAI SEBAGAI GANTIAN BAGI CUTI REHAT YANG TIDAK DAPAT DIHABISKAN OLEH PEGAWAI LANTIKAN SECARA KONTRAK (CONTRACT OF SERVICE)

1. APAKAH RASIONAL PEMBERIAN WANG TUNAI DI BAWAH SPP 17/2008?

Pemberian wang tunai di bawah SPP 17/2008 adalah sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan oleh Kerajaan atas jasa dan sumbangan yang telah diberikan oleh seseorang pegawai lantikan secara kontrak (Contract Of Service).

2. SIAPAKAH YANG LAYAK DIBERI WANG TUNAI DI BAWAH SPP 17/2008?

Wang tunai di bawah SPP 17/2008 adalah layak diberi kepada pegawai lantikan secara kontrak yang memenuhi syarat-syarat berikut:
• Pegawai dilantik secara contract of service berdasarkan PP 2/2008;
• Tempoh sesuatu kontrak yang berkuatkuasa hendaklah tidak kurang daripada satu (1) tahun; dan
• Persetujuan untuk pemberian wang tunai di bawah SPP 17/2008 dimasukkan sebagai peruntukan baru yang ditambah dalam syarat perjanjian kontrak tetapi peruntukan tersebut hanya dimasukkan bagi kontrak baru yang ditandatangani mulai 1 Januari 2009
** Peraturan ini hanya terpakai kepada kontrak baru yang berkuatkuasa mulai 1 Januari 2009.

3. BERAPAKAH BILANGAN CUTI REHAT YANG DIBENARKAN UNTUK TUJUAN PEMBERIAN WANG TUNAI DI BAWAH SPP 17/2008?

Bilangan maksimum Cuti Rehat yang dibenarkan untuk tujuan pemberian wang tunai di bawah SPP 17/2008 bagi sesuatu kontrak adalah sebanyak lapan (8) hari atau satu per empat (1/4) daripada kadar Cuti Rehat untuk setahun, mengikut mana yang lebih rendah.

4. APAKAH KADAR KELAYAKAN CUTI REHAT BAGI PEGAWAI LANTIKAN SECARA KONTRAK?

Pegawai lantikan secara kontrak layak diberi kemudahan Cuti Rehat mengikut kelayakan pegawai tetap yang setaraf yang berkhidmat kurang daripada 10 tahun.

5. BERAPAKAH BILANGAN MAKSIMUM CUTI REHAT YANG DIBENARKAN UNTUK TUJUAN PEMBERIAN WANG TUNAI DI BAWAH SPP 17/2008?

Bilangan maksimum Cuti Rehat yang dibenarkan untuk tujuan pemberian wang tunai di bawah SPP 17/2008 bagi sepanjang tempoh perkhidmatan pegawai secara kontrak dengan Kerajaan (sama ada perkhidmatan secara kontrak dengan Perkhidmatan Awam Persekutuan, Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun [Persekutuan dan Negeri] atau Pihak Berkuasa Tempatan) adalah sebanyak 75 hari.

6. BILAKAH WANG TUNAI DI BAWAH SPP 17/2008 BOLEH DIBAYAR KEPADA PEGAWAI?

Pemberian wang tunai di bawah SPP 17/2008 adalah dibayar selepas tamatnya tempoh kuat kuasa sesuatu kontrak.

7. ADAKAH PEGAWAI LANTIKAN SECARA KONTRAK YANG SEDANG BERKHIDMAT LAYAK MENIKMATI PEMBERIAN WANG TUNAI DI BAWAH SPP17/2008?

Ya. Pegawai lantikan secara kontrak yang sedang berkhidmat layak diberi pemberian wang tunai di bawah SPP 17/2008.

8. BAGI PEGAWAI LANTIKAN SECARA KONTRAK YANG SEDANG BERKHIDMAT, ADAKAH PERJANJIAN KONTRAK YANG TELAH DITANDATANGANI PERLU DIPINDA/DITAMBAH DENGAN PERUNTUKAN BARU BAGI MEMBOLEHKAN PEGAWAI LAYAK DIBERI PEMBERIAN WANG TUNAI DI BAWAH SPP 17/2008?

Pegawai lantikan secara kontrak yang sedang berkhidmat layak dipertimbangkan pemberian wang tunai di bawah SPP 17/2008 tanpa perlu meminda/ menambah peruntukan baru mengenai pemberian tersebut dalam kontrak yang telah ditandatangani.

9. RUJUKAN:

Perenggan 3, SPP17/2008
Perenggan 5, SPP 17/2008
Perenggan 7.1, SPP 17/2008
Perenggan 54, page 59, PP 2/2008
Perenggan 7.2, SPP 17/2008
Perenggan 7.4, SPP 17/2008
Perenggan 8, SPP 17/2008

1. Seorang pegawai A telah Cuti Sakit bermula 01.02.2011 hingga 30.11.2011.
  i) Adakah penilaian perlu di buat di akhir tahun 2011?
  ii) Bagaimanakah dengan pergerakan gaji pegawai?

i) Tidak perlu kerana berkhidmat kurang 6 bulan.
ii) Pegawai layak dipertimbangkan pergerakan gaji tahunan bergantung kepada keputusan PPSM (berdasarkan prestasi tahun sebelumnya.)

2. Seorang pegawai B telah Cuti Belajar Bergaji Penuh di sepanjang tahun 2011.

i)  Perlukah pegawai mengisi borang LNPT?
ii) Bolehkah markah pegawai semasa Cuti Belajar menggantikan markah LNPT?
iii)  Bagaimanakah dengan pergerakan gaji pegawai?

i) Tidak perlu.
ii) Boleh bagi tujuan pergerakan gaji tahunan .
iii) Pegawai layak dipertimbangkan pergerakan gaji tahunan bergantung kepada keputusan PPSM.

3. Encik Ali telah memperolehi markah LNPT sebanyak 90% manakala Encik Abu memperolehi markah sebanyak 88%.  Apabila keputusan APC diumumkan, Encik Abu telah dipilih sebagai penerima APC dan bukannya Encik Ali. Berikan pendapat anda?

Markah LNPT hanyalah salah satu aspek penilaian untuk pemilihan APC dan tidak semestinya mempunyai LNPT yang tinggi sahaja hendaklah dipilih sebagai penerima APC. Pegawai perlu memenuhi lain-lain syarat yang ditetapkan oleh PPSM seperti tempoh perkhidmatan dan kehadiran ke pejabat.

4. Encik Albert adalah Pengarah Gred JUSA C di Jabatan A. Selaku Ketua Jabatan, beliau ingin memantau penilaian prestasi semua pegawai dalam Jabatannya.  Sehubungan dengan itu, beliau berhasrat untuk menjadi PPK kepada semua pegawai di Jabatannya walaupun ti

Perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku kerana penentuan syarat untuk menjadi PPP / PPK perlu mempunyai hubungan kerja secara langsung dengan pegawai. Beliau boleh memantau prestasi pegawainya secara keseluruhan melalui mesyuarat PPSM.

5. Bagaimanakah dengan kedudukan penilaian LNPT pegawai yang dilantik hujung tahun iaitu pada 1 Oktober 2011?

Pegawai perlu mengisi Borang LNPT tahun 2011 bagi tujuan pergerakan gaji dan penilaian hanya boleh dilaksanakan apabila pegawai genap 6 bulan berkhidmat (bulan April 2012).

6. Encik Samy mempunyai 5 pegawai di bawah seliaannya yang bekerja dalam kumpulan dan melaksanakan tugas yang sama. Wajarkah sekiranya setiap pegawai mendapat markah yang sama?

Hanya kriteria penghasilan kerja sahaja yang boleh diberi markah yang sama. Untuk kriteria lain, adalah kurang wajar kerana setiap pegawai perlu dinilai secara individu berdasarkan kepada kriteria yang ditetapkan dalam Borang LNPT.

7. i)  Berapakah tempoh minimum penilaian bagi seseorang pegawai? ii)    Dimanakah penilaian LNPT pegawai perlu dinilai sekiranya pegawai bertukar 2 kali tempat kerja dalam tempoh setahun?

i. Tempoh minimum ialah 6 bulan.
ii. Penilaian perlu dilaksanakan oleh PPP di mana tempoh berkhidmat PYD yang paling lama

Bahagian Akaun

Terdapat beberapa aspek yang menyebabkan perbezaan pengiraan PCB ini berlaku, antaranya adalah status perkahwinan, bilangan tanggungan, jumlah potongan zakat, jumlah caruman KWSP dan sebagainya yang terdapat di dalam sistem payroll JANM bagi seseorang pegawai dengan pegawai yang lain adalah berbeza.

Maklumat peribadi yang berbeza antara pegawai akan menyebabkan potongan PCB pegawai berbeza walaupun mendapat jumlah saraan yang sama.

Hubungi : Seksyen Gaji

Alamat   : Aras 28, Bahagian Akaun

No. Telefon: 03 8911 5761/5762/5734

Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

  1. Pegawai yang sedang berkhidmat dan dilantik secara tetap dan telah disahkan dalam perkhidmatan
  2. Jumlah ansuran potongan bulanan tidak melebihi 1/3 dari gaji pokok
  3. jumlah potongan termasuk potongan bagi pembiayaan komputer tidak melebihi 60% dari jumlah gaji pokok dan elaun bulanan

Rujuk 1Pekeliling Perbendaharaan WP 9.1 Skim Pembiayaan Komputer Perkhidmatan Awam para 5

  1. Dapatkan pengesahan baki pinjaman melalui surat pertanyaan baki untuk penyelesaian sekaligus/ tamat potongan dan dihantar kepada Bahagian Akaun,KKMM melalui jabatan peminjam.
  2. Peminjam seterusnya perlu membuat pembayaran berdasarkan baki yang disahkan dan mematuhi tempoh tarikh yang ditetapkan dengan tunai atau bank deraf atas nama "KSU Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia” melalui Bahagian Kewangan jabatan peminjam.

Piawaian Perakaunan Akruan Sektor Awam Malaysia boleh dimuat turun dari laman web Jabatan Akauntan Negara Malaysia iaitu www2.anm.gov.my.

Tuan/Puan juga boleh menghubungi Cawangan Pengurusan, Bahagian Akaun KKMM untuk perkembangan terkini pelaksanaan perakaunan akruan.

Hubungi : Cawangan Pengurusan

Alamat   : Aras 28, Bahagian Akaun

No. Telefon: 03 8911 5710/5770/5790/5779

Bahagian Infrastruktur Dan Applikasi

Selain daripada sasaran utama penyediaan port sambungan HSBB, beberapa inisiatif tambahan dilaksanakan bersama dengan pihak Telekom Malaysia (TM) iaitu:

  1. menyediakan infrastruktur HSBB ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) serta Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang berada dalam kawasan HSBB;
  2. menyediakan infrastruktur HSBB ke pejabat Kerajaan dalam kawasan liputan HSBB;
  3. menyediakan pakej jalur lebar mampu milik; dan
  4. melaksanakan program promosi dan kesedaran jalur lebar.

Nama Pegawai Untuk Dihubungi :
Puan Suzilawati binti Shapie
Aras 30, Bahagian Infrastruktur dan Aplikasi, Kompleks KKMM, Putrajaya
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Projek Jalur Lebar Pinggir Bandar (Sub Urban Broadband - SUBB) adalah salah satu inisiatif kerajaan secara Public Private Partnership (PPP) bersama Telekom Malaysia Berhad (TM) dalam meningkatkan kapasiti perkhidmatan jalur lebar di pinggir bandar. Projek SUBB menyediakan 420,000 port di kawasan pinggir bandar berasaskan infrastruktur fiber optik yang membolehkan kelajuan melebihi 20Mbps di kawasan pingir bandar.

Nama Pegawai Untuk Dihubungi :
Encik Mohd Salleh bin Supian
Aras 30, Bahagian Infrastruktur dan Aplikasi, Kompleks KKMM, Putrajaya
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Skop Projek Jalur Lebar Pinggir Bandar (Sub Urban Broadband - SUBB) adalah tertumpu kepada merancang, membentuk, membina, mengendali, menyelenggara dan mengurus infrastruktur-infrastruktur yang berkaitan dengan SUBB.

Antara objektifnya ialah membangunkan infrastruktur jalur lebar bertaraf dunia, menjadi pemangkin program transformasi luar bandar dan meningkatkan keupayaan kelajuan jalur lebar bagi memaksimumkan penggunaan aplikasi dan kandungan dalam talian.

Nama Pegawai Untuk Dihubungi :
Encik Mohd Salleh bin Supian
Aras 30, Bahagian Infrastruktur dan Aplikasi, Kompleks KKMM, Putrajaya
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Pusat Internet Desa (PID) merupakan satu program telecentre yang mula beroperasi pada tahun 2003 dan menyediakan perkhidmatan mengakses kepada komputer dan internet terutamanya di kawasan luar bandar.

Program ini bertujuan untuk merapatkan jurang digital di antara kawasan bandar dan luar bandar bagi memudahkan capaian maklumat tanpa sempadan dan pada masa yang sama meningkatkan kemahiran menggunakan teknologi digital.

PID menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti latihan asas dan lanjutan ICT, pembangunan laman web/portal, blog, kursus keusahawanan serta khidmat nasihat berkaitan IT kepada komuniti setempat.

Nama Pegawai Untuk Dihubungi :
Encik Sabki bin Mohammad Nor
Aras 30, Bahagian Infrastruktur dan Aplikasi, Kompleks KKMM, Putrajaya
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Bahagian Khidmat Pengurusan

TAMS merupakan sistem yang berperanan untuk menguruskan rekod kehadiran dengan melaporkan Waktu Masuk dan Waktu Keluar setiap penjawat awam di Bangunan KKMM. Waktu pada TAMS diselaraskan dengan Waktu Peringkat (WP) dalam jadual waktu bekerja berperingkat (WBB)

Bahagian Pembangunan Kandungan

PSA yang telah diluluskan oleh Menteri / Pengurusan Tertinggi di kementerian masing-masing perlulah dikemukakan ke Jawatankuasa Penilaian Pesanan Khidmat Awam untuk tujuan penilaian dan kelulusan penyiaran yang diurusetiakan oleh Bahagian Pembangunan Kandungan.

Sila hantarkan permohonan kepada alamat berikut:

Bahagian Pembangunan Kandungan
Cawangan Kandungan Penyiaran dan Rangkaian
Alamat :
Aras 31, KKMM
Lot 4G9, Persiaran Perdana
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya

No. Telefon :
03 – 8911 5664
03 – 8911 5725

Emel :
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Format bahan penyiaran adalah seperti berikut:

i. Resolusi:
a. Televisyen – 1920 x 1080p
b. Skrin awam – *bergantung pada jenis skrin (Prasarana)

ii. Jenis fail video:
a. *.mov (dot mov)

iii. Radio:
a. Teks dialog

iv. Durasi:
a. Kurang dari 60 saat

MYNIC

Pendaftaran nama domain boleh dilakukan secara atas talian melalui pengedar yang dilantik secara rasmi oleh pihak MYNIC. Sila klik pada pautan ini https://www.mynic.my/en/new-form.php

LAMAN WEB RASMI:
https://www.mynic.my/

TALIAN KHIDMAT PELANGGAN:

Telefon:
1300-88-7277 (Tempatan)
+603 2171 0998 (Antarabangsa)
Faks:
1300-80-7277 (local)
+603 2171 0997 (international)
Emel:
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

ALAMAT IBU PEJABAT:

MYNIC Berhad
(Co.No. 735031-H)
Level 3, Block C
Mines Waterfront Business Park
No.3, Jalan Tasik
Mines Resort City
43300 Seri Kembangan
Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Telefon:
+603 8943 5510
Faks:
+603 8943 5520
Emel:
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Bayaran yang dikenakan bagi setiap proses pendaftaran nama domain adalah berdasarkan pakej dan ketagori. Sila rujuk jadual bayaran pendaftaran di pautan ini https://www.mynic.my/en/feeschedule.php

LAMAN WEB RASMI:
https://www.mynic.my/

TALIAN KHIDMAT PELANGGAN:

Telefon:
1300-88-7277 (Tempatan)
+603 2171 0998 (Antarabangsa)
Faks:
1300-80-7277 (local)
+603 2171 0997 (international)
Emel:
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

ALAMAT IBU PEJABAT:

MYNIC Berhad
(Co.No. 735031-H)
Level 3, Block C
Mines Waterfront Business Park
No.3, Jalan Tasik
Mines Resort City
43300 Seri Kembangan
Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Telefon:
+603 8943 5510
Faks:
+603 8943 5520
Emel:
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Untuk keterangan lebih lanjut berkaitan polisi serta prosedur bagi nama domain yang didaftarkan, sila klik pada pautan ini https://www.mynic.my/en/faq.php?id=110

LAMAN WEB RASMI:
https://www.mynic.my/

TALIAN KHIDMAT PELANGGAN:

Telefon:
1300-88-7277 (Tempatan)
+603 2171 0998 (Antarabangsa)
Faks:
1300-80-7277 (local)
+603 2171 0997 (international)
Emel:
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

ALAMAT IBU PEJABAT:

MYNIC Berhad
(Co.No. 735031-H)
Level 3, Block C
Mines Waterfront Business Park
No.3, Jalan Tasik
Mines Resort City
43300 Seri Kembangan
Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Telefon:
+603 8943 5510
Faks:
+603 8943 5520
Emel:
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

MYNIC WHOIS memberikan perkhidmatan atas talian untuk para pelanggan membuat semakan penggunaan dan maklumat berkaitan nama domain .MY yang didaftarkan. Sila klik pada pautan ini http://whois.mynic.my/

LAMAN WEB RASMI:
https://www.mynic.my/

TALIAN KHIDMAT PELANGGAN:

Telefon:
1300-88-7277 (Tempatan)
+603 2171 0998 (Antarabangsa)
Faks:
1300-80-7277 (local)
+603 2171 0997 (international)
Emel:
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

ALAMAT IBU PEJABAT:

MYNIC Berhad
(Co.No. 735031-H)
Level 3, Block C
Mines Waterfront Business Park
No.3, Jalan Tasik
Mines Resort City
43300 Seri Kembangan
Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Telefon:
+603 8943 5510
Faks:
+603 8943 5520
Emel:
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Institut Penyiaran Dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR)

Pemohon boleh memohon kursus di IPPTAR dengan mengisi Borang Permohonan yang boleh didapati di laman sesawang www.ipptar.gov.my
Borang yang telah lengkap boleh dihantar melalui faks (03-2282 4379).

Unit Keurus setiaan & Fasiliti
Telefon :
03 – 2295 7425

Nota : IPPTAR sedang menguji system permohonan dalam talian iaitu e-Kursus. Setelah fasa ujian ini selesai, permohonan kursus IPPTAR akan menggunakan sistem e-kursus sepenuhnya.

Bernama

Anda boleh menghantar siaran akhbar kepada :

Editor Meja Berita
Perkhidmatan Berita Dalam Negeri
Wisma BERNAMA, Tingkat 1
28, Jalan 1/65A
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur

Tel : 03-2699 2399
Faks 03-2698 1102
E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Sekiranya saudara ingin menghantar berita-berita berbentuk ekonomi, saudara boleh menghantar faks atau e-mel ke alamat berikut :
Editor Meja Berita Ekonomi
Wisma BERNAMA, Tingkat 1
28, Jalan 1/65A
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur

Tel : 03-2699 2399
Faks 03-2698 1102
E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Untuk mengiklan di laman web BERNAMA, anda boleh menghubungi :
Pengurus
Bahagian Portal
Wisma BERNAMA, Tingkat 5
28, Jalan 1/65A
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur

Tel : 03-2050 4477
Faks 03-2691 3972

Untuk memohon pekerjaan di BERNAMA, anda boleh menghantar surat permohonan kepada :
Pengurus Sumber Manusia
Jabatan Sumber Manusia & Pentadbiran
Wisma BERNAMA, Tingkat 14
28, Jalan 1/65A
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur

Tel : 03-2050 4500
Faks 03-2692 9466

Untuk membuat latihan praktikal di BERNAMA, anda perlu memohon dengan menghantar surat kepada :

Pengurus Kanan
Pusat Kecemerlangan
Wisma BERNAMA, Tingkat 12
28, Jalan 1/65A
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur

Tel : 03-2696 2304
Faks: 03-2698 9978
E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.