• Laman Utama
  • Info Korporat
  • BAHAGIAN/UNIT
  • SEKTOR INFRASTRUKTUR TELEKOMUNIKASI DAN EKONOMI DIGITAL
  • Bahagian Teknologi Komunikasi

Bahagian Teknologi Komunikasi

Carta Organisasi

BTK
Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas

 

Profil Bahagian

201203 SUB BTK

ENCIK AHMAD NORHAD ZAHARI
Setiausaha Bahagian
iconphone 03-89117926 | iconemail2 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Visi , Misi & Objektif


VISI

  • Menjadi peneraju utama pembangunan sektor komunikasi dalam merealisasikan gagasan 1Malaysia.


MISI

  • Mewujudkan satu persekitaran dasar yang strategik, responsif dan inovatif dalam menggalakkan industri komunikasi dinamik dan berdaya saing.


OBJEKTIF

  • Merancang, menyelaras dan melaksanakan dasar-dasar Komunikasi secara menyeluruh serta menyelaras hubungan antarabangsa dalam bidang komunikasi di peringkat dua hala, serantau dan pelbagai hala.

Fungsi & Peranan

  • Merancang, mengubal, menyelaras dan melaksanakan dasar-dasar komunikasi secara amnya dan khususnya yang berkaitan dengan perhubungan antarabangsa seperti liberalisasi sektor perkhidmatan komunikasi dan sebagainya.
  • Mengambil bahagian secara aktif dengan mengutarakan pandangan dan pendirian Malaysia dalam forum dan mesyuarat peringkat serantaudan antarabangsaserta mempromosi entiti Malaysia bagi jawatan-jawatan di peringkat serantaudan antarabangsa agar dapat memainkan peranan yang aktif dalam pembangunan komunikasi di peringkat global.

Piagam Pelanggan

A. Pengguna

  • Memastikan pengguna mendapat perkhidmatan yang cekap melalui penyediaan infrastruktur yang bersepadu dan bermutu tinggi oleh industri komunikasi.
  • Memastikan perkhidmatan komunikasi disediakan secara sama rata, selamat, boleh dipercayai, berterusan dan pada harga mampu bayar .
  • Memastikan aduan diberi maklum balas awal 3 hari selepas diterima dan maklum balas terperinci 1 bulan dari tarikh diterima.

B. Industri

  • Memastikan wujudnya persekitaran yang kondusif bagi pembangunan industri komunikasi.
  • Menggalakkan penggunaan teknologi terkini untuk pembangunan industri komunikasi menerusi penyelidikan dan pembangunan yang berterusan.
  • Memastikan wujudnya sistem kawal selia berintegriti berdasarkan polisi, peraturan dan garis panduan sedia ada.
  • Memastikan permohonan lesen dan pindaan syarat-syarat lesen diberi maklum balas awal 7 hari selepas tarikh terima dan keputusan permohonan dalam tempoh 30 hari daripada tarikh permohonan lengkap diterima.

C. Badan Kawal Selia

  • Memastikan suatu sistem kawal selia yang telus, adil dan progresif bagi menggalakkan pembangunan industri komunikasi.
  • Memastikan wujudnya sistem sokongan pengurusan yang berterusan bagi pelaksanaan sistem kawal selia yang berkesan.
  • Memastikan perkhidmatan komunikasi dilaksanakan mengikut standard kualiti yang ditetapkan.
  • Memastikan maklum balas terhadap cadangan dan syor yang dikemukakan oleh SKMM kepada YB Menteri diberi dalam tempoh 2 minggu selepas tarikh diterima.

D.Stakeholders

  • Memastikan kehendak dan keperluan stakeholders diuruskan mengikut standard dan masa yang ditetapkan.
  • Memastikan tindakan diambil terhadap arahan YBM dan Keputusan Jemaah Menteri dalam tempoh 7 hari.

Penglibatan DHA Di Peringkat Antarabangsa

Bahagian ini menyelaras penglibatan Malaysia di forum antarabangsa supaya setiap kali kehadirian di mesyuarat memberikan kesan yang positif dan bermanfaat kepada negara dan para peserta. Antara forum antarabangsa yang dihadiri oleh Malaysia adalah seperti berikut:

  • International Telecommunications Union (ITU)
  • Asia-Pacific Telecommunity (APT)
  • Commonwealth Telecommunications Organisation (CTO)
  • Liberalisasi Perdagangan
  • ASEAN TELSOM / TELMIN
  • Asia-Pacific Economic Cooperation Telecommunications and Information Working Group Meetings (APEC TEL)
  • International Telecommunications Satellite Organisation (ITSO)
  • International Maritime Satellite Organisation (IMSO)

Cetak Emel