• Home
  • Corporate
  • DIVISION / UNIT
  • Secretary General Office
  • Tribunal Rayuan Komunikasi Dan Multimedia

Tribunal Rayuan Komunikasi Dan Multimedia

Carta Organisasi Pejabat Tribunal Rayuan Komunikasi dan Multimedia

240513 tribunal

Latar Belakang Pejabat Tribunal Rayuan Komunikasi dan Multimedia

Tribunal Rayuan Komunikasi dan Multimedia (TRKM) adalah merupakan badan bebas bersidang secara ad hoc apabila diperlukan bagi menyemak sebarang rayuan berkaitan dengan keputusan atau arahan Suruhanjaya Komunikasi Malaysia (SKMM) selaku badan kawal selia berhubung komunikasi dan multimedia di Malaysia selaras dengan Seksyen 17 dan 18 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Urusan Pentadbiran Tribunal Rayuan Komunikasi dan Multimedia (TRKM) ditadbir oleh seorang Setiausaha  Gred L48, Timbalan Setiausaha Gred L44 serta kakitangan sokongan dan ditempatkan di Kementerian Komunikasi.

Pejabat Tribunal Rayuan Komunikasi dan Multimedia (TRKM) bertanggungjawab untuk mentadbir, mengurus dan membantu Tribunal Rayuan Komunikasi dan Multimedia (TRKM) dalam menjalankan fungsi sebagai Tribunal Rayuan selaras dengan Seksyen 26A Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Profil Unit

210602 sub BAkaun

PUAN NURUL 'HUDA AKMAL MOHAMED
Setiausaha Tribunal Rayuan
iconphone  03-89115202 | iconemail2 This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Visi , Misi & Objektif


VISI

  • Menjadi platform penyelasaian pertikaian yang berkesan dan berintegriti bedasarkan peruntukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

MISI

  • Menjadi suatu badan yang memperuntukkan sistem rayuan yang adil, telus dan cepat kepada mana-mana pihak yang terkilan dengan keputusan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.


OBJEKTIF

  • Memberi keadilan kepada setiap pihak yang terlibat dalam rayuan yang mana dapat dilihat melalui keanggotaan tribunal yang terdiri daripada personaliti yang berpengalaman dan berpengetahuan tinggi dalam bidang undang-undang, industri komunikasi dan multimedia, kejuruteraan, ekonomi, data peribadi dan pentadbiran awam.

  • Meningkatkan kecekapan sistem pentadbiran rayuan supaya lebih mesra pelanggan.

Fungsi & Peranan

  1. Mendaftar, mendengar dan memutuskan rayuan yang difailkan.
  2. Membantu pihak-pihak berunding penyelesaian rayuan dengan persetujuan bersama.
  3. Bertindak sebagai badan bebas kehakiman.

Piagam Pelanggan

  1. Memproses pemfailan rayuan dan mengendalikan pengurusan pendengaran rayuan dengan profesional dan cekap;

  2. Mendengar dan memutuskan rayuan dengan adil dan saksama dalam tempoh masa yang munasabah mengikut undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa; dan

  3. Memberi perkhidmatan terbaik kepada para pelanggan dengan kerjasama yang baik daripada para pelanggan.

Tribunal Rayuan Komunikasi dan Multimedia (TRKM)

Selaras dengan subseksyen 17(2) Akta 588, Menteri mempunyai kuasa melantik seorang Pengerusi Tribunal Rayuan yang pada masa ini adalah seorang Hakim Mahkamah Tinggi untuk menjadi Pengerusi Tribunal Rayuan dan juga melantik dua atau lebih anggota Tribunal Rayuan untuk mengkaji semula perkara di bawah lesen, Akta 588 atau perundangan subsidiarinya.


Pengerusi dan Anggota-Anggota TRKM

Pengerusi – Yang Arif Wan Muhammad Amin bin Wan Yahya (Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur)
Anggota 1 – Dato’ Wan Mazlan bin Wan Mahmood
Anggota 2 – Prof. Ts. Ir. Dr. Ahmad Fadzil bin Ismail
Anggota 3 – Prof. Ir. Dr Kaharudin bin Dimyati
Anggota 4 – Ts. Ir. Dr. Nordin bin Ramli
Anggota 5 – Dr. Ahmad Kamsani bin Samingan
Anggota 6 – Puan Rodziah binti Muhammad
Anggota 7 – Encik Mohd Shukri bin Ahmad Mansor

Akta dan Perundangan Subsidiari

Pamplet Informasi

230327 pampletInformasi1

230327 pampletinformasi2

Print Email