PELANCARAN VIBE BAHARU PERLISFM ‘SERASI DENGANKU’

Menteri Komunikasi, YB Fahmi Fadzil melancarkan Vibe Baharu PERLISfm pada 27 April 2024 (Sabtu) yang merupakan suntikan pembaharuan kepada jenama dan kandungan program PERLISfm bagi memastikan RTM sentiasa menjadi saluran pilihan dalam penyampaian maklumat sahih.

Vibe baharu menerusi tagline 'Serasi Denganku' diyakini mampu menjadikan stesen radio yang mula beroperasi sejak 1 Jun 1991 dengan nama Radio 3 Kangar, kekal relevan dalam kalangan pendengar di Perlis.

Dalam majlis yang sama, Prapelancaran Kemuncak Canggung Hibrid turut diadakan. Pertandingan seni warisan akan berlangsung pada 4 Mei 2024 (Sabtu) di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perlis yang disiarkan secara langsung menerusi saluran TV2, pukul 9.00 malam selain di platform digital RTM.

Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi bin Md Isa dan Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman.

240427 vibe

Jurufoto:
MUHAMMAD ZULFADLI SELAMAT 

Cetak Emel