BEKAS PENGAMAL MEDIA PERLIS TERIMA BANTUAN TABUNG KASIH@HAWANA

Menteri Komunikasi, YB Fahmi Fadzil telah menziarahi dan menyampaikan bantuan menerusi Tabung Kasih@HAWANA pada 26 April 2024 (Jumaat) kepada bekas juruhebah PERLISfm, Rahmah Ahmad dan bekas pemberita sambilan BERNAMA, Ramli Ismail yang kini sedang mengalami masalah kesihatan. 

Rahmah Ahmad pernah berkhidmat selama 30 tahun di Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) sebagai pembantu penulis skrip di Unit Drama RTM bermula 1974 hingga 1991 dan di RTM Perlis sebagai juruhebah PERLISfm selama 29 tahun sebelum bersara pada 2020.

 Manakala, Ramli Ismail merupakan bekas pemberita sambilan di BERNAMA selama 24 tahun sejak 1997 hingga 2021 dan pernah berkhidmat di Utusan Malaysia Biro Kedah dari 1972 hingga 1995. 

Tabung Kasih@HAWANA merupakan inisiatif Kementerian Komunikasi melalui Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) yang diwujudkan bertujuan untuk menyantuni wartawan dan pengamal media, sama ada masih dalam perkhidmatan mahupun telah bersara, uzur atau memerlukan bantuan.

 Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi bin Md Isa; Ketua Pegawai Eksekutif BERNAMA, Nur-ul Afida Kamaludin dan Ketua Pengarang BERNAMA, Arul Rajoo Durar Raj.

 240426 hawana

Jurufoto:
MUHAMMAD ZULFADLI SELAMAT 

Cetak Emel