LAWATAN KERJA PROJEK POINT OF PRESENCE (PoP) ZON UTARA

Menteri Komunikasi, YB Fahmi Fadzil mengadakan lawatan ke Hab Rangkaian Gentian Optik Point of Presence (PoP) Zon Utara di Padang Besar, Perlis pada 26 April 2024 (Jumaat).

YB Fahmi dalam ucapannya berkata sehingga 18 April 2024, prestasi keseluruhan bagi PoP Fasa 1 dan 2 telah berjaya disiapkan sebanyak 661 PoP daripada 4,370 PoP. Bagi Negeri Perlis, sebanyak 53 PoP telah berjaya disiapkan sepenuhnya.

Sebanyak 437,000 premis akan menerima perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi melalui pelaksanaan PoP Fasa 1 dengan perancangan 630 PoP berhampiran sekolah dan 47 PoP di kawasan perindustrian serta  Fasa 2 melibatkan 3,693 PoP yang dilaksanakan dari 2022 hingga 2025.

PoP dilaksanakan bagi menyediakan infrastruktur gentian optik di kawasan sekitar sekolah, kediaman, premis perniagaan, komersial dan industri serta penyelenggaraan infrastruktur gentian optik.

Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi bin Md Isa dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Amar Huzaini Md Deris.

240426 pop

Jurufoto:
MUHAMMAD ZULFADLI SELAMAT 

Cetak Emel