MAJLIS MADANI MUHIBAH AIDILFITRI 1445H/2024M

Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim hadir ke Majlis MADANI Muhibah Aidilfitri anjuran bersama Kementerian Komunikasi serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 25 April 2024 (Khamis) di Putrajaya.

Dalam majlis yang sama, Menteri Komunikasi, YB Fahmi Fadzil telah menyampaikan sumbangan Tabung Kasih@HAWANA kepada lima orang bekas pengamal media dan sumbangan Aidilfitri kepada 10 orang penggiat industri kreatif yang terdiri daripada pengarah, pelakon, pemuzik serta penyanyi.

Majlis anjuran bersama ini merupakan simbolik kepada perpaduan dan keharmonian, serta memperkukuh lagi hubungan antara dua kementerian dalam merealisasikan penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada rakyat.

240425 aidilfitri

Jurufoto:
MUHAMMAD ZULFADLI SELAMAT 

Cetak Emel