PELANCARAN PENYELESAIAN E-FARMASI: PERKHIDMATAN PENJAGAAN KESIHATAN ELEKTRONIK GENERASI BAHARU

Pelancaran Penyelesaian e-Farmasi: Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan Elektronik Generasi Baharu oleh Menteri Komunikasi, YB Fahmi Fadzil pada 14 Mac 2024 (Khamis) merupakan inisiatif kerajaan untuk memastikan sistem penjagaan kesihatan terhubung, menghimpunkan kepakaran industri, piawaian kawal selia, platform dan perkhidmatan yang mesra pengguna.

Matlamat penyelesaian ini bagi mempercepat pendigitalan penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan terutamanya segmen perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), kesinambungan daripada kerjasama antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan Persatuan Ahli Farmasi Malaysia (MPS) semasa Persidangan PEDi MADANI 2023.

Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi bin Md Isa; Ketua Pegawai Pembangunan Industri SKMM, Muhammad Razali bin Annuar; Presiden MPS, Profesor Amrahi Buang dan Pengerusi Telekom Malaysia, Dato’ Zainal Abidin Putih.

240314 famasi

Jurufoto:
MUHAMMAD ZULFADLI SELAMAT & ROSDIN SABNI

Cetak Emel