MENTERI KOMUNIKASI BERTEMU PEMUZIK LEGENDA BRITAIN, YUSUF ISLAM

Menteri Komunikasi, YB Fahmi Fadzil berkesempatan bertemu pemuzik legenda dari Britain, Yusuf Islam di Parlimen pada 6 Mac 2024 (Rabu).

Antara perkara yang dibincangkan meliputi perkembangan di Gaza, serta usaha sama daripada pelbagai pihak untuk mencapai keamanan dan keadilan sejagat.

Yusuf Islam yang dahulunya dikenali sebagai Cat Stevens turut menghadiahkan YB Fahmi buku cerita bergambar bertajuk “Peace Train”, diadaptasi daripada lagunya dengan judul yang sama.

240306 yusufislam

Jurufoto:
MUHAMMAD ZULFADLI SELAMAT

  

Cetak Emel