MENTERI KOMUNIKASI LANCAR SOLUSI DIGITAL PENJAGAAN KESIHATAN

Menteri Komunikasi, YB Fahmi Fadzil melancarkan Solusi Digital Penjagaan Kesihatan oleh CelcomDigi bersama-sama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Malaysian Medical Association (MMA) bagi memajukan ekosistem penjagaan kesihatan digital Malaysia pada 6 Mac 2024 (Rabu).

Perkembangan teknologi 5G merupakan komitmen bagi memacu penggunaan digital melalui industri penjagaan kesihatan berkualiti yang dapat diakses oleh rakyat Malaysia.

Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi bin Md Isa; Ketua Pegawai Pembangunan Industri SKMM, Muhammad Razali Anuar; Ketua Pegawai Eksekutif CelcomDigi, Datuk Idham Nawawi serta Presiden MMA, Dr. Azizan Abdul Aziz.

240306 kesihatan

Jurufoto:
MUHAMMAD ZULFADLI SELAMAT

Cetak Emel