TIMBALAN MENTERI KOMUNIKASI RASMIKAN PEMBUKAAN 20TH ABU DIGITAL BROADCASTING SYMPOSIUM 2024

Timbalan Menteri Komunikasi, YB Teo Nie Ching merasmikan Pembukaan 20th ABU Digital Broadcasting Symposium 2024 (ABU DBS 2024) yang berlangsung dari 4 hingga 7 Mac 2024 (Isnin - Khamis) di Kuala Lumpur pada 5 Mac 2024 (Selasa).

Bertemakan “Navigating AI Horizon” program ini meliputi persidangan, pameran, kelas induk dan bengkel oleh pakar terkemuka dari seluruh dunia dalam menangani cabaran, penyelesaian serta berkongsi pengalaman berkaitan peralihan digital, pelaksanaan teknologi, idea kandungan kreatif selain menambah pengalaman pengguna.

Hadir sama Setiausaha Agung Kesatuan Penyiaran Asia Pasifik, Ahmed Nadeem; Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman dan Ketua Pengarah Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak, Roslan Ariffin.

 240305 abu

Jurufoto:
MUHAMMAD ALIF AMIRUDIN

Cetak Emel