DEWAN RAKYAT : PERKHIDMATAN KOMUNIKASI 2016

Indeks Artikel

MESYUARAT PERTAMA

No.   

Tajuk 

Daripada / Soalan

Tarikh 

1 Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) 

Tuan R. Sivarasa (Subang) meminta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan hasil kutipan daripada pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sejak permulaannya pada 1 April 2015 dan sama ada Kerajaan setuju GST boleh dikecualikan bagi top-up telefon bimbit serta penggunannya:  

10/03/2016
2 Cukai Berganda (Double Taxation) melalui SST dan GST 

Tuan Zairil Khir Johari (Bukit Bendera) meminta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan jumlah cukai berganda (double taxation) yang dikutip melalui SST dan GST daripada kredit prabayar telefon bimbit yang dibeli sebelum 1 April 2015 dan yang tidak digunakan sehingga November 2015 apabila GST dikutip bagi setiap panggilan. 

10/03/2016
3

Kos Pencetakan Buku 1MDB dan Himpunan Baju Merah

Tuan Teo Kok Seong (Rasah) minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan bilangan dan kos pencetakan buku penjelasan 1MDB dan Himpunan Baju Merah yang diedarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA).  

10/03/2016
4

Rancangan Penguntukan Semula Spektrum

(Spectrum Reassingment

Tuan Jeff Ooi Chuan Aun (Jelutong) minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA  menyatakan bagaimana rancangan penguntukan semula spektrum (spectrum reassignment) bagi jalur 900Mhz dan 1800Mhz telah dilaksanakan secara saksama. Apakah jumlah perolehan kewangan yang terhasil menerusi proses tersebut.  

15/03/2016
5

Perkhidmatan Poslaju 

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh (Putatan) minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan apakah tindakan yang diambil Kementerian ke atas keluhan rakyat mengenai dengan mutu perkhidmatan Poslaju yang kerap menghantar lewat mel yang sepatutnya untuk serahan segera terutamanya sekali mel-mel Kerajaan.  

16/03/2016
Lokasi Perkhidmatan Pos Bergerak 

 

Tuan Er Teck Hwa (Bakri) minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan lokasi perkhidmatan pos bergerak yang telah dijalankan, akan dijalankan dan tidak mendapat sambutan mengikut tahun dari 2011 hingga 2016.  

17/03/2016 
 7 Jurang Digital Bandar dan Luar Bandar  

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad (Lipis) minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan usaha bagi merapatkan jurang digital di antara kawasan bandar dan luar bandar sekaligus membudayakan teknologi komunikasi dalam masyarakat luar bandar.  

28/03/2016 
 8 Program Get Malaysia Business Online (GMBO)  

Dato’ Noraini Binti Ahmad (Parit Sulong) minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan keberkesanan dan hasil kejayaan Program Get Malaysia Business Online (GMBO) dan apakah Kementerian bercadang untuk menyediakan semula peruntukan galakan untuk membolehkan lebih ramai lagi usahawan atas talian terutama wanita mendapat manfaat daripada program seperti ini.  

 29/03/2016
 9 Perkhidmatan Telco  

Tan Sri Dato Sri William Mawan Ikom (Saratok) minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan apakah tindakan yang telah dan akan diambil oleh Kementerian untuk memastikan pengusaha-pengusaha Telco di negara ini dapat meningkatkan lagi mutu perkhidmatan pada orang ramai terutamanya dalam industri jalur lebar. 

31/03/2016 
10  Aduan Isu Telekomunikasi  

Datuk Raime bin Unggi (Tenom) minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan jumlah aduan berkaitan isu telekomunikasi menerusi Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi tahun 2012, 2013, 2014, 2015 dan tiga bulan pertama tahun 2016.  

 30/03/2016
11 Media Sosial  

Dato’ Abdul Manan bin Ismail (Paya Besar) minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan kesediaan Kerajaan Malaysia bekerjasama dengan syarikat media sosial termasuk Google, Twitter dan Facebook sebagai rakan strategik bagi menangani isu keganasan persepsi seperti keganasan kumpulan eksremis, fitnah dan pembohongan.  

4/04/2016 
12 Caj internet  

Dr. Haji Izani bin Haji Husin (Pengkalan Chepa) minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan mengapa kepantasan internet Malaysia di bawah kadar purata kepantasan internet di negara-negara Asia Tenggara dan kadar caj yang tinggi. Apakah penyelesaian Kementerian untuk meningkatkan kepantasan internet di Malaysia bersama caj yang berpatutan.  

4/04/2016 
13 Liputan Jalur Lebar  

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy (Kota Kinabalu) minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan usaha Kerajaan bagi meningkatkan kelajuan internet terutamanya di Sabah. Adakah Kerajaan bercadang untuk membenarkan lebih banyak syarikat komunikasi untuk bersaing dalam usaha untuk meningkatkan kelajuan internet dan menghapuskan monopoli oleh Telekom Berhad.

7/04/2016 
14 Projek Televisyen Satelit  

Tan Sri Datuk Seri Panglima Annuar bin Musa (Ketereh) minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan perkembangan terkini projek televisyen satelit di negeri-negeri di Pantai Timur dan apakah kekangan bagi merealisasikan projek berkenaan.

7/04/2016 

 

Cetak Emel