DEWAN NEGARA : INFRASTRUKTUR KOMUNIKASI 2016

Indeks Artikel

MESYUARAT PERTAMA

No.   

Tajuk 

Daripada / Soalan

Tarikh 

1 Purata Jalur Lebar

Datuk Dr. Lucas Umbul minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan berapakah kadar purata penembusan jalur lebar isi rumah nasional di negeri Sabah sehingga kini dan berapakah jumlah Kampung Tanpa Wayar 1Malaysia (KTW1M) dan Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) telah diwujudkan di seluruh negeri sehingga kini.

-
2 Statistik Pi1M

Datuk Zali bin Mat Yasin minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan bolehkah Kementerian melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyatakan statistik jumlah Pusat Internet 1 Malaysia (Pi1M) yang telah diadakan di setiap negeri dan berapakah peratusan pengguna mengikut peringkat umur yang telah memanfaatkan kemudahan yang telah disediakan oleh Kerajaan ini dalam memastikan rakyat di negara ini bebas mendapat maklumat tanpa sekatan.

21/04/2016
3 Sistem WIFI

Dato' Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan berapa banyakkah pejabat-pejabat Kerajaan yang telah dibekalkan dengan sistem WIFI percuma di seluruh Malaysia.   

21/04/2016
Stesen Pemancar Komunikasi (Tower) 

Datuk Dr. Lucas Umbul minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan apakah Kementerian bersedia untuk mewujudkan Stesen Pemancar Komunikasi (Tower) untuk penduduk di Pedalaman Sabah seperti Kg. Sipuok, Pekan Pensiangan, Kg. Salinatan dan Kg. Sibangali dalam Parlimen Pensiangan serta Kg. Rundum, Kg. Sumambu, Kg. Kapulu, Kg. Tilis, Kg. Bakuku dalam Parlimen Tenom bagi mengurangkan jurang digital di antara penduduk luar bandar dan bandar. Kawasan yang dinyatakan tidak mempunyai kemudahan perhubungan telefon.  

21/04/2016 
5 Menaik Taraf Jalur Lebar

Datuk Lihan Jok minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan apakah rancangan untuk menaik taraf jalur lebar yang digunakan di luar bandar Sarawak supaya mudah dan laju digunakan dan nyatakan jumlah menara yang sedang dibina di Sarawak.   

28/04/2016
Projek Jalur Lebar Kelajuan Tinggi 

Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan status terkini projek Jalur Lebar Kelajuan Tinggi (HSSB) di seluruh negara terutama di negeri Kedah dan setakat mana peningkatan kelajuan internet di kawasan bandar dan pinggir bandar.  

03/05/2016 
7 Liputan (Coverage) 

Dato' Sri Khairudin Samad minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk menambah baik liputan ("coverage") perkhidmatan mudah alih telekomunikasi yang tidak menyeluruh di seluruh negara terutamanya di kawasan pelancongan seperti pulau-pulau sebagai usaha menambah baik mutu perkhidmatan seperti negara-negara jiran.   

 15/06/2016
 8 Internet Port, Internet Node 

Dato' Chai Kim Sen minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan apakah langkah-langkah yang dilaksanakan oleh Kementerian demi memastikan kesemua pengguna internet dapat manfaat daripada pengurangan yuran “internet port” dan peningkatan kapasiti “internet node”.   

15/06/2016 
Menaik Taraf Jalur Lebar 

Datuk Prof. Dr. Sim Kui Hian minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan jumlah peruntukan yang telah dan akan digunakan bagi tujuan pemasangan dan menaik taraf kemudahan jalur lebar di Sarawak bagi tahun 2015 hingga 2020 dan kadar peratusan penembusan jalur lebar di setiap negeri pada ketika ini.   

16/06/2016 

 

Cetak Emel