DEWAN NEGARA : PERKHIDMATAN KOMUNIKASI 2016

Indeks Artikel

MESYUARAT PERTAMA

No.  

Tajuk 

Daripada / Soalan

Tarikh 

1 Media Sosial 

Datuk Seri Boon Som a/l Inong minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan:

(a) jumlah akses kepada internet di negara ini dalam tempoh lima tahun lalu serta bilangan rakyat Malaysia yang memiliki akaun media sosial seperti Facebook, WhatsApp, Telegram, dan Instagram; dan

(b) jumlah pemilik akaun media sosial yang didapati bersalah menyalahgunakan media sosial mereka untuk pelbagai tujuan.

20/04/2016
2 WIFI percuma 

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan berapa banyakkah pejabat-pejabat Kerajaan yang telah dibekalkan dengan sistem WIFI percuma di seluruh Malaysia. 

21/04/2016
3 Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) 

Datuk Zali bin Mat Yasin minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan bolehkah Kementerian melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyatakan statistik jumlah Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) yang telah diadakan di setiap negeri dan berapakah peratusan pengguna mengikut peringkat umur yang telah memanfaatkan kemudahan yang telah disediakan oleh Kerajaan ini dalam memastikan rakyat di negara ini bebas mendapat maklumat tanpa sekatan. 

21/04/2016

 

Cetak Emel