DEWAN RAKYAT : INFRASTRUKTUR KOMUNIKASI 2016

Indeks Artikel

MESYUARAT PERTAMA

No  

Tajuk 

Daripada / Soalan

Tarikh 

1 Projek Peluasan Liputan Selular

Datuk Juslie bin Ajirol (Libaran) minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan status menara-menara komunikasi di bawah Projek Peluasan Liputan Selular yang dikatakan masih dalam peringkat pelaksanaan di negeri Sabah.  

14/03/2016
2 Liputan Jalur Lebar

Datuk Dr. Makin @Marcus Mojigoh (Putatan) minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan:-

  1. matlamat capaian kelajuan internet negara, agar jurang kelajuan internet di luar bandar dan bandar dapat dikurangkan; dan
  2. usaha kementerian untuk memantau kualiti perkhidmatan internet yang disediakan oleh pembekal perkhidmatan yang dikatakan mahal tetapi terlalu perlahan oleh orang ramai. 
15/03/2016
3 Liputan Jalur Lebar

Datuk Wee Jeck Seng (Tanjong Piai) minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan apakah langkah diambil bagi mengatasi capaian internet dan telefon yang lemah dan tidak stabil di kawasan penempatan penduduk luar bandar. 

15/03/2016
4 Liputan Jalur Lebar

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh (Sandakan) minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan apakah purata kelajuan download (atau download speed) bagi pecahan daerah-daerah di Negeri Sabah berbanding dengan Semenanjung Malaysia. Apakah inisiatif Kerajaan untuk menaik taraf kemudahan Internet di negeri Sabah. 

16/03/2016
5 Liputan Jalur Lebar

Dato’ Seri Tiong King Sing (Bintulu) minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan:-

  1. apakah pihak Kementerian mempunyai rancangan untuk mempercepatkan penyambungan perkhidmatan telefon bimbit memandangkan menara telekomunikasi telah wujud di beberapa tempat kawasan pedalaman di Bintulu; dan 
  2.  adakah pihak Kementerian mempunyai rancangan untuk memperluaskan perkhidmatan jalur lebar di kawasan Bintulu terutamanya di kawasan luar bandar dalam masa terdekat ini supaya rakyat dapat terdedah kepada perkembangan isu semasa.
17/03/2016
6 Menara Komunikasi

Tuan Wilson Ugak Kumbong (Hulu Rajang) minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan status menara komunikasi di Rh. Laso, Nanga Antawau, Klinik Banga Melinau, SK Rantau Panjai, Sg. Bena, SK Lepong Kain, Klinik Nanga Merirai, SK Sg. Tunoh, SK Long Urun Belaga, Rumah Belulok di Uma Sambop, SK Long Busang dan Belaga.  

24/03/2016
7 Menara Komunikasi 

Dato’ Henry Sum Agong (Lawas) minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan apakah perkembangan pelaksanaan menara komunikasi yang dilaksanakan dan berapa buah menara yang dirancangkan untuk kawasan Parlimen Lawas.  

30/03/2016
Jalur Lebar

Ir. Shaharuddin bin Ismail (Kangar) minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIEMDIA menyatakan apakah status pemasangan jalur lebar berkelajuan tinggi bagi fasa kedua dan ketiga melibatkan kawasan perumahan dan berapakah jumla penambahan Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) di Perlis. 

4/04/2016 
Kepantasan Internet Malaysia

Dr. Haji Izani bin Haji Husin [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan mengapa kepantasan internet Malaysia di bawah kadar purata kepantasan internet di negara-negara Asia Tenggara dan kadar caj yang tinggi . Apakah penyelesaian kementerian untuk meningkatkan kepantasan internet Malaysia bersama caj yang berpatutan.   

 4/04/2016
10  Liputan Telefon Selular

Datuk Abd Rahim bin Bakri [ Kudat ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan apakah tindakan yang telah diambil oleh Kementerian di dalam menangani masalah liputan telefon selular khususnya Celcom di Daerah Pitas yang sering terganggu dan sukar mendapat liputan.

 5/04/2016
11  Masalah Kelajuan Broadband

Tuan Su Keong Siong [ Ipoh Timor ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan rancangan dan langkah-langkah yang sedang diambil untuk mengatasi masalah kekurangan kelajuan broadband di Malaysia jika di bandingkan dengan negara-negara jiran di Asia Tenggara. Adakah Kerajaan berhasrat membuka "High Speed Broadband (HSBB) infrastructure provider" kepada syarikat lain untuk beroperasi di Malaysia, jika tidak, kenapa.  

6/04/2016 
12  Jaringan Jalur Lebar Tanpa Wayar

Dato' Othman bin Aziz [ Jerlun ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan penambahbaikan Program Kampung Tanpa Wayar bagi memantapkan jaringan jalur lebar tanpa wayar percuma di kawasan luar bandar khususnya di Kedah dan apakah kekangan yang telah dikenalpasti bagi menjayakan insentif RMK-11 ini.   

6/04/2016 
13 Kelajuan Internet di Sabah

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy [ Kota Kinabalu ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan usaha Kerajaan bagi meningkatkan kelajuan internet terutamanya di Sabah. Adakah Kerajaan bercadang untuk membenarkan lebih banyak syarikat komunikasi untuk bersaing dalam usaha untuk meningkatkan kelajuan internet dan menghapuskan monopoli oleh Telekom Berhad.   

 7/04/2016
14  Stesen Pemancar komunikasi (Tower) 

Datuk Dr. Lucas Umbul minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan apakah Kementerian bersedia untuk mewujudkan Stesen Pemancar Komunikasi (Tower) untuk penduduk di Pedalaman Sabah seperti Kg. Sipuok, Pekan Pensiangan, Kg, Salinatan dan Kg. Sibangali dalam Parlimen Pensiangan serta Kg. Rundum, Kg, Sumambu, Kg, Kapulu, Kg, Tilis, Kg, Bakuku dalam Parlimen Tenom bagi mengurangkan jurang digital di antara penduduk luar bandar dan bandar. Kawasan yang dinyatakan tidak mempunyai kemudahan perhubungan telefon.  

21/04/2016 
15 Liputan Jalur Lebar 

Datuk Lihan Jok minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan apakah rancangan untuk menaik taraf jalur lebar yang digunakan di luar bandar Sarawak supaya mudah dan laju digunakan dan nyatakan jumlah menara yang sedang dibina di Sarawak.  

28/04/2016 
16  Capaian Internet

Dr. Mansor bin Abd Rahman [ Sik ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan apakah usaha-usaha berterusan Kementerian untuk menambah baik capaian internet di sekolah-sekolah dalam Parlimen Sik.  

 -
17 Penetration Rate

Datuk Hajah Norah binti Abd Rahman [ Tanjong Manis ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan berapakah “penetration rate” untuk Internet di Sarawak pada masa kini dan adakah peratusan ini menepati sasaran yang ditetapkan oleh pihak Kementerian.   

18  Senarai Syarikat Telekomunikasi & Keuntungan

Tuan V. Sivakumar [ Batu Gajah ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan senarai semua syarikat-syarikat telekomunikasi dan keuntungan yang diperoleh pada tahun 2014 dan 2015. Adakah caj-caj tertentu yang dikenakan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi merugikan pelanggan mereka.   

19  Kabel Komunikasi Internet Bawah Laut

Tuan Lim Kit Siang [ Gelang Patah ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan senarai semua kabel komunikasi Internet bawah laut yang beroperasi di Malaysia mengikut nama, tuan punya, jalur lebar (bandwidth), tarikh mula beroperasi dan jenis sambungan (domestik atau antarabangsa) serta nyatakan apakah bandwidth Internet antarabangsa Malaysia per Internet user.   

 -
20  Menara Komunikasi Berdaftar

Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan adakah semua menara komunikasi yang dipasang oleh Syarikat Telekomunikasi berdaftar dengan Kementerian, berapa jumlah di Semenanjung Malaysia dan adakah ia boleh diguna sama.   

21  Meningkatkan Kelajuan dan Liputan Broadband

Dato' Kamarul Baharin bin Abbas [ Telok Kemang ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan:

  1. langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian untuk meningkatkan kelajuan dan liputan broadband di Malaysia jika dibandingkan dengan negara-negara luar; dan
  2. perancangan Kementerian untuk membenarkan “High Speed Broadband (HSBB) Infrastructure Provider” kepada syarikat lain berbanding syarikat sedia ada memandangkan kadar kos jalur lebar di Malaysia buat masa ini agak tinggi.
 -

Cetak Emel