DEWAN RAKYAT : KANDUNGAN KOMUNIKASI 2016

Indeks Artikel

MESYUARAT PERTAMA 

No. 

Tajuk 

Daripada / Soalan

Tarikh 

1 Kes Di Bawah Akta Hasutan 1948

Puan Hajah Normala Binti Abdul Samad (Pasir Gudang) minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan berapakah jumlah kes kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948 yang telah diselesaikan oleh pihak SKMM berkaitan dengan fitnah yang ditaburkan di media sosial dan apakah bentuk tindakan atau hukuman yang dikenakan ke atas mereka.

-
2 Kualiti Perfileman Negara

Dato’ Ir. Haji Nawawi bin Ahmad (Langkawi) minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan apakah perancangan pihak Kementerian dalam menaik taraf kualiti perfileman negara agar dapat bersaing dengan negara luar dengan penggunaan teknologi perfileman terbaru.

8/03/2016
3 Media Sosial 

Datuk Sapawi bin Ahmad Wasali (Sipitang) minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan apakah langkah diambil untuk membendung penyalahgunaan media sosial khususnya aplikasi Whatsapp, untuk mencetuskan suasana kegusaran dan kerisauan di kalangan orang ramai, terutamanya berkaitan aspek keselamatan.  

8/03/2016
4 SMS Perjudian

Tuan Sim Tze Tzin (Bayn Baru) minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan apakah terdapat langkah diambil kepada pengusaha perjudian yang kerap menghantar SMS kepada pengguna telefon bimbit.  

10/03/2016
5 Fitnah dan Propaganda

Dr. Mansor bin Abdul Rahman (Sik) minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan adakah terdapat ‘Task Force’ yang diwujudkan untuk menangani fitnah dan propaganda jahat bagi meruntuhkan nilai-nilai murni serta kesejahteraan rakyat. 

16/03/2016
6 Kebebasan Media

Dato’ Seri Abdul Hadi bin Awang (Marang) minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan apakah langkah Kerajaan untuk memastikan hak kebebasan media diberikan secara adil kepada blok pembangkang khususnya demi mengangkat nilai dan hak demokrasi di Malaysia.   

15/03/2016
7 Media Sosial

Dato’ Sri Hasan bin Malek (Kuala Pilah) minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan apakah peranan Kementerian bagi menepis serangan, tohmahan serta fitnah terutamanya di laman sosial yang semakin berleluasa terhadap kepimpinan Kerajaan pada masa kini yang jelasnya lebih banyak mendatangkan kemudaratan kepada negara.  

30/03/2016
8 Laman Judi

Datuk Ikmal Hisham bin Abdul Aziz (Tanah Merah) minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan setakat ini berapa banyakkah laman web judi dalam talian disekat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).  

30/03/2016

 

Cetak Emel