Galeri Audio

MINDA

MINDA


Nukilan : Lady Zara

 

Rangkap 1

Gerakan MINDA tembusi persada

Bingkas dan bangkit

Satukan tenaga

Cetuskan ilham binalah nusa

Nyalakan jiwa bangsa merdeka

Rangkap 2

Dunia digital kita tawan

Uniti rakyat penuhi wawasan

Setiap langkah meredah cabaran

Setiap hayunan menjulang warisan

 

Rangkap Perangkai

Awan berarak pasti ku genggam,

Kerdipan bintang sinar kejayaan

 

Korus 1

MINDA

Tiada terpinggir

MINDA

Tiada terbiar

Uniti harmoni berkat sepakat

Jauh dihubung dekat dirapat

Korus 2

Ku buka MINDA seluas angkasa

Ku belah lautan ku teroka dunia

Awan berarak pasti ku genggam

Jaringan bintang jalur perpaduan

Rangkap 3

Takkan luntur semangat waja

Sentiasa membara cintakan negara

Terus ku pupuk uniti bersama

Demi kedaulatanmu Malaysia

Ulang Korus 2

Ku buka MINDA seluas angkasa

Ku belah lautan ku teroka dunia

Awan berarak pasti ku genggam

Jaringan bintang jalur perpaduan

MINDA

MINDA UNITI

 

No Lagu Muat Turun Saiz
1

MINDA

save 2.38MB

Cetak Emel