'VIBE' BAHARU PERLISFM DIHARAP DAPAT CUIT HATI PENDENGAR - FAHMI
KANGAR, 27 April (Bernama) -- Nafas baharu atau ‘vibe’ yang disuntik dalam segmen Perlisfm bermula Mei ini, diharap dapat mencuit hati orang ramai sekali gus membina kesetiaan jenama dalam kalangan para pendengarnya.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata setiap stesen radio terutama di bawah Radio Televisyen Malaysia (RTM), perlu menonjolkan kandungan yang lebih cocok dengan para pendengar dan penonton, agar terus kekal relevan.