MCMC KESAN INDIVIDU SALAH GUNA AI, SUNTING GAMBAR AIB - FAHMI
PUTRAJAYA, 25 April (Bernama) -- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang mengesan individu terlibat dalam penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang menyunting gambar sehingga mengaibkan pengguna media sosial, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Beliau berkata langkah itu bertujuan membolehkan tindakan tegas diambil serta memastikan keselamatan pengguna dalam talian khususnya golongan kanak-kanak adalah terjamin.