PM HADIR MAJLIS MADANI MUHIBBAH AIDILFITRI ANJURAN KEMENTERIAN KOMUNIKASI, KPKT
PUTRAJAYA, 25 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini hadir pada Majlis MADANI Muhibbah Aidilfitri 1445H yang julung kali dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di sini.
Ketibaan Anwar pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari disambut oleh Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.