PENGUMUMAN PENTING BERKAITAN DNB ESOK - FAHMI
PUTRAJAYA, 24 April (Bernama) -- Beberapa perkembangan penting berkaitan Digital Nasional Bhd (DNB) termasuk pelantikan ahli lembaga pengarah dan hala tuju agensi berkenaan akan diumumkan esok, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Beliau yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mesyuarat Kabinet hari ini menegaskan tentang pelaksanaan rangkaian 5G di negara ini.