LANGKAH KERAJAAN LAKSANA SUBSIDI BERSASAR, SKIM BAHARU GAJI PENJAWAT AWAM BERDASARKAN PRINSIP - FAHMI
KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Langkah kerajaan melaksanakan subsidi bersasar dan kajian skim baharu gaji penjawat awam adalah berdasarkan prinsip dengan mengutamakan kepentingan rakyat dan negara, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Beliau berkata langkah itu juga bagi memastikan kedudukan fiskal yang lebih baik dan mengurangkan bebanan kewangan negara.