META, TIKTOK BERI KOMITMEN SOAL KESELAMATAN DALAM TALIAN LIBAT KANAK-KANAK - FAHMI
KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Penyedia platform Meta dan TikTok memberikan komitmen berhubung soal keselamatan dalam talian bagi kanak-kanak di bawah umur 13 tahun.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata persetujuan itu dicapai dalam satu perbincangan yang berlangsung hari ini, antara lain menyentuh berkenaan pemantauan kandungan berunsurkan jenayah seperti judi dalam talian, scam, berita palsu dan 3R (kaum, agama dan institusi raja).