Aidilfitri: RTM bawa program TV terbaik kepada penonton

KUALA LUMPUR, 5 April -- Warga Radio Televisyen Malaysia (RTM) komited memberikan yang terbaik kepada penonton menjelang musim perayaan.

Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman berkata beliau menghargai pengorbanan kakitangan yang akan bertugas sepanjang Hari Raya Aidilfitri nanti.

"Dalam industri ini, kita berkorban untuk membawa kandungan terbaik kepada penonton kita, jadi itulah pengorbanan kita di RTM.

"Banyak program menarik yang telah kita sediakan, kalau terlepas di TV (televisyen) kita ada RTMKlik.

"Jadi di sini kita telah sediakan segala-galanya untuk kandungan-kandungan, kalau tak ada di TV ada di RTMKlik," katanya selepas mengagihkan sumbangan penghargaan kepada barisan hadapan RTM di Menara Angkasapuri di sini.