PM ARAH JEMAAH MENTERI TURUN PADANG TINJAU HARGA, KUANTITI BARANG MENJELANG AIDILFITRI - FAHMI
PUTRAJAYA, 3 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua menteri agar turun padang untuk melihat sendiri keadaan semasa termasuk isu berkaitan harga dan kuantiti barang keperluan di pasaran menjelang sambutan Aidilfitri.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata perkara itu ditegaskan Perdana Menteri pada mesyuarat Jemaah Menteri hari ini susulan maklum balas yang diterima beliau dalam beberapa siri program.