• Home
  • Program Semasa
  • MoU SKIM KESELAMATAN SOSIAL PEKERJAAN SENDIRI (SKSPS) MANFAAT 4,500 PENGGIAT SENI

MoU SKIM KESELAMATAN SOSIAL PEKERJAAN SENDIRI (SKSPS) MANFAAT 4,500 PENGGIAT SENI

Menteri Komunikasi, YB Fahmi Fadzil hari ini menyaksikan Memorandum Persefahaman (MoU) antara Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) pada 23 April 2024 (Selasa) bagi menyediakan sokongan jaringan keselamatan sosial kepada penggiat seni tanah air.

YB Fahmi Fadzil dalam ucapannya berkata inisiatif ini memanfaatkan 4,500 penggiat seni dengan nilai caruman sebanyak RM232.80 setahun setiap seorang. Manakala 90 peratus nilai caruman ditanggung oleh Kerajaan dan 10 peratus ditaja FINAS sebanyak RM104,850.

MoU ini merupakan inisiatif Kementerian Komunikasi dan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) yang melibatkan faedah perubatan, hilang upaya sementara atau kekal, elaun layanan sentiasa, orang tanggungan, pengurusan jenazah, pemulihan dan pinjaman pendidikan kepada penggiat seni tanah air.

Hadir sama Menteri Sumber Manusia, YB Steven Sim Chee Keong; Timbalan Menteri Komunikasi, YB Teo Nie Ching; Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi bin Md Isa; Ketua Setiausaha KESUMA, Dato’ Sri Khairul Dzaimee Daud; Pengerusi Lembaga PERKESO, Dato’ Sri Subahan Kamal dan Pengerusi FINAS, Dato’ Kamil Othman.

240424mou6

Jurufoto:
MUHAMMAD ZULFADLI SELAMAT

Print Email