PROGRAM JOM BACA BERSAMA 10 MINIT@BERNAMA

Menteri Komunikasi, YB Fahmi Fadzil merasmikan Program Jom Baca Bersama 10 Minit@BERNAMA di Wisma BERNAMA, Kuala Lumpur pada 23 April 2024 (Selasa).

Program ini mendukung budaya membaca dengan tema 'Pembacaan Melestarikan Perpaduan' amat bertepatan dengan konsep Malaysia MADANI yang mencerminkan penekanan ke arah pembentukan masyarakat bertamadun, saling memberi pandangan dan memupuk perpaduan.

Hadir sama Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Adam Adli bin Abd Halim; Duta Besar Sweden ke Malaysia, H.E. Dr. Joachim Bergstrom dan Pengerusi BERNAMA, Datuk Seri Wong Chun Wai.

240424 jombacabernama7

Jurufoto:
MUHAMMAD ZULFADLI SELAMAT

Print Email