PERANAN MEDIA SEBAR INFORMASI DAN MAKLUMAT TEPAT DIHARGAI

Media merupakan nadi bagi penyebaran informasi dan maklumat yang tepat melalui perkembangan dunia digital kepada masyarakat.

Majlis Apresiasi Pengamal Media bersama-sama Menteri Komunikasi, YB Fahmi Fadzil pada 2 April 2024 (Selasa) di Kuala Lumpur diadakan bagi menghargai sumbangan dan jasa para pengamal media yang sentiasa komited memberi kerjasama berterusan kepada Kementerian Komunikasi.

YB Fahmi turut meluangkan masa menyantuni dan beramah mesra bersama-sama pengamal media yang hadir.

Kerjasama erat dalam kalangan media telah membantu menyebarluaskan segala inisiatif kerajaan kepada rakyat selaras dengan konsep Malaysia MADANI.

240402 media

Jurufoto:
MUHAMMAD ZULFADLI SELAMAT, ROSDIN SABNI, ROSMAN ABU BAKAR & HJ SHAHARUDDIN AHMAD

Print Email