KEMENTERIAN KOMUNIKASI KOMITED PERCEPAT LAKSANA PROJEK PoP

Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi bin Md Isa melawat ke tapak Point of Presence (PoP) Fasa 1 di Sekolah Menengah Imtiaz, Besut, Terengganu dan Fasa 2 di Sekolah Kebangsaan Durian Emas, Kuala Terengganu pada 30 Mac 2024 (Ahad).

Beliau seterusnya mempengerusikan Mesyuarat Kemajuan PoP di pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Terengganu. Antara agenda perbincangan menyentuh status kemajuan dan isu yang dihadapi dalam pelaksanaan Projek PoP di negeri itu. 

Perbincangan ini juga bertujuan menyelaras keperluan dan tindakan penyelesaian untuk mempercepat pelaksanaan Projek PoP seterusnya.

240330 pop

Jurufoto:
SHUHAIMI AHMAD

Print Email