BERNAMA ANJUR CSR RAMADAN

Menteri Komunikasi, YB Fahmi Fadzil hadir ke Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Ramadan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) di Dataran Putrajaya pada 29 Mac 2024 (Jumaat).

Program ini merupakan kolaborasi bersama Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) dan rakan strategik antaranya FGV Holding, All Kurma Malaysia, Hong Leong Islamic Bank, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC), Maju Expressway (MEX) serta Miaow Miaow Food Industry.

Pengunjung menerima pek juadah berbuka puasa, manakala sukarelawan POLYCC menerima sumbangan. Turut diagihkan, apron kepada peniaga trak makanan.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi (KK), Datuk Mohamad Fauzi bin Md Isa; Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) KK, Nik Kamaruzaman Nik Husin serta Pengerusi BERNAMA, Datuk Seri Wong Chun Wai.

240329 csr

Jurufoto:
MUHAMMAD ZULFADLI SELAMAT & ROSDIN SABNI

Print Email